Jumaat, 6 Ogos 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Hayat politik Anwar semakin berkubur – Syed Ali

Posted: 05 Aug 2010 08:55 PM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi pertuduhan meliwat semakin berkubur.

Oleh sebab itu katanya, Anwar terpaksa mengemis sokongan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al Gore dan bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz supaya kerajaan AS campur tangan dalam kes liwat yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau berkata, orang lemas di laut yang terdesak untuk 'hidup' sanggup melakukan apa sahaja asalkan boleh sampai ke tebing atau disitinasi tertentu.

"Oleh sebab itu, Anwar berusaha mencari helah supaya perbicaraan kes liwat beliau di tangguhkan beberapa kali dan kemungkinan berlarutan sehingga selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13," ujarnya.

Katanya, ini semua muslihat Anwar bagi membolehkan beliau melemparkan pelbagai tuduhan dan provokasi kepada kerajaan dengan harapan rakyat menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dalam hal ini jelasnya, bukan sesuatu yang pelik jika Anwar juga tergamak menjadi alat kepada pihak luar asalkan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.

Syed Ali menambah, sistem perundangan yang ada di negara ini hanya akan dilihat baik oleh Anwar jika keputusannya memihak atau memberi keuntungan kepada pihak pembangkang.

Katanya, Anwar sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri sepatutnya mempercayai sistem perundangan negara ini jika beliau berasakan dirinya benar dan yakin tidak bersalah dengan pertuduhan meliwat.

"Kalau tak lakukan sebarang kesalahan, apa nak ditakutkan, biarlah keadilan mahkamah memutuskan sama ada dia bersalah atau sebaliknya," tegasnya lagi.

Sambil mengecam usaha campur tangan kerajaan Amerika, beliau menjelaskan kedua-dua rakan karib Anwar itu adalah tokoh Yahudi berpengaruh dan tidak ada hak campur tangan dalam sistem perundangan negara ini.

"Anwar seolah-olah sudah tahu hayat politiknya semakin berakhir, oleh sebab itu dalam kedaan terdesak dia dilaporkan terpaksa meminta pertolongan sahabat Yahudi dalam kes pertuduhan liwatntya," katanya.

Beliau mengulas kenyataan keras Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Malaysia tidak akan tunduk terhadap campur tangan negara luar berhubung kes liwat membabitkan Anwar.

Timbalan Perdana Menteri berkata, desakan seperti itu tidak wajar kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan mempunyai undang-undang serta sistem perundangan yang dilaksanakan dengan baik.

Sebelum itu, Akhbar Asian Wall Street Journal dipetik sebagai melaporkan kenyataan Al Gore dan Wolfowitz yang mahu kerajaan Amerika campur tangan dalam kes liwat yang kini dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Tiada ulasan:

Pengikut