Rabu, 4 Ogos 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Kalimah Allah : MCA tidak perlu mengikut rentak DAP

Posted: 03 Aug 2010 10:18 PM PDT

MCA selaku komponen Barisan Nasional (BN) perlu menghormati pendirian kerajaan berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah mingguan Kristian katolik, Herald, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, parti tersebut tidak seharusnya mengikut rentak DAP supaya penggunaan kalimah Allah turut boleh digunakan oleh agama lain.

Menurut beliau, pendirian kerajaan sudah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah adalah sebutan suci oleh penganut agama Islam dan pertikaiannya tidak wajar dilakukan secara terbuka.

"Kita kecewa dengan sikap MCA yang langsung tidak menghormati UMNO sebaliknya seperti berpakat dengan DAP dalam isu tersebut," tegasnya.

Katanya, MCA juga dinasihatkan tidak menjadikan faktor kaum sebagai agenda politik sehingga boleh bersekongkol dengan DAP yang jelas mengamalkan politik rasis.

Beliau kesal kerana MCA seperti telah mengkhianati pendirian UMNO apabila bersetuju dengan desakan DAP supaya kerajaan menarik balik karangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Herald.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak semupa tidak mencetuskan semula isu berkaitan kalimah Allah yang masih dibicarakan di mahkamah.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO mengulas laporan yang menyebut Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok yang dipetik sebagai berkata MCA sependapat dengan DAP supaya kalimah Allah turut boleh digunakan oleh agama lain.

Syed Ali yang juga Setiauasaha Perhubungan UMNO dan BN Wilayah Persekutuan berkata, kenyataan pemimpin MCA itu dilihat tidak mencerminkan semangat setiakawan BN yang dipupuk selama ini.
"Ketika BN sedang berusaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat, MCA pula mencuri peluang untuk mengeruhkan keadaan, tindakan ini dilihat seperti ada motif tertentu," jelasnya.

Beliau berkata, pemimpin MCA hendaklah menerima ingatan Muhyiddin sebagai teguran positif demin kebaika semua pihak.

"Kita tidak tahu apa motif sebenar beliau menyatakan demikian, tetapi hakikatnya pendirian terbaru MCA itu seperti cuba mencari populariti di kalangan bukan Melayu," katanya.

Katanya, walaupun MCA merupakan komponen terbesar dalam BN selepas UMNO, bukan bermakna pemimpin mereka bebas mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyinggung perasaan kaum tertentu.

"Kita berharap kepimpinan baru MCA lebih menghornmati pendirian kerajaan dan tidak sengaja mencetuskan isu kontroversil yang boleh menggundang kemarahan kepada satu kaum yang lain," tegasnya lagi.

Beliau berharap Seng Kok tidak bermain politik dalam isu kalimah Allah kerana dikhuatiri boleh mengundang perbalahan antara kaum di negara ini.

Lagi pun tegas beliau, selagi kes tersebut dalam proses mahkamah tidak wajar-wajar mana pihak membuat kenyataan yang dilihat sebagai cuba mempengaruhi keputusan perbicraan.






Nizar ketagih jawatan MB - Syed Ali

Posted: 03 Aug 2010 07:06 PM PDT

KERAS KEPALA dan ketagih jawatan Menteri Besar Perak ! itulah selayaknya dilebelkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Nizar berkelakuan biadab dengan membuat kecoh sebelum dihalau keluar daripada sidang DUN Perak semalam kerana masih beranggapan dirinya sebagai Menetri Besar.

Katanya, bekas Menteri Besar Perak itu tidak menghormati kemuliaan dewan dan menjadikannya seperti medan ceramah politik dengan menunjukkan lagak keras kepala.

"Perbuatan Nizar itu bukan sahaja mencerminkan sikap sebenar pemimpin PAS yang tidak beretika malah beliau juga telah mengkhiananti amanah yang diberikan oleh pengundi di Pasir Panjang," katanya.

Beliau berkata, mana-mana ADUN, Ahli Parlimen termasuk Ahli Dewan Negara (Senator) tertakluk kepada peraturan dewan dan ianya perlu dipatuhi.

Oleh sebab itu jelas beliau, Speker bertanggungjawab memastikan kelicinan persidangan dan mempunyai kuasa untuk menghalau keluar dewan mana-mana wakil rakyat yang mencabuli etika dan peraturan yang ditetapkan.

"Dalam kes Nizar ini, beliau tahu peraturan tersebut tetapi kerana ego dan ketagih untuk memegang jawatan Menteri Besar, dia sanggup berkelakuan tidak sopan dan bersikap keras kepala," tegasnya.

Beliau mengulas kekecohan yang berlaku pada persidangan DUN Perak semalam berikutan kedegilan Nizar yang enggan mematuhi arahan dikeluarkan oleh Speker, Datuk R. Ganesan.

Pada persidangan itu, Nizar 'berleter' lebih satu jam membahaskan usul dengan tidak memberi laluan kepada ahli dewan yang lain walaupun sudah ditegur oleh Ganesan.

Nizar kemudiannya diarah keluar dewan dan digantung sehari daripada menghadiri persidangan tersebut.

Menurut Syed Ali lagi, kelakuan tidak senonoh Nizar bukan kali pertama berlaku malah sebelum ini pun beliau berbuat demikian seolah-olah dewan tersebut sebagai 'pasar borong'.

"Mana-mana pemimpin politik sepatutnya menonjolkan kepimpinan yang beretika dan tidak bersifat seperti samseng," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pemimpin PAS terutama Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat 'mengajar' Nizar supaya menjadi ahli politik yang baik dan tahu menghormati orang lain.
Katanya, pemimpin PAS yang selama ini melaungkan slogan 'Islam' sewajarnya menunjukkan pekerti mulia supaya diteladani oleh generasi muda.

Tiada ulasan:

Pengikut