Selasa, 31 Ogos 2010

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


BERSAMA MEMERDEKAKAN ...DIRI,BANGSA DAN NEGARA...

Posted: 31 Aug 2010 01:32 AM PDT

Merdeka.......................merdeka...........merdeka...itulah laungan keramat menandakan negara ini sebuah negara yang merdeka dan berdaulat..Kali ini adalah kali yang ke 53 tahun kita warga Malaysia merayakan ulangtahun kemerdekaan..

Apa yang penting adalah bukan sekadar sambutan dan pemasangan bendera sini sana tetapi adalah penghayatan sebenar apa itu erti kemerdekaan yang sebenarnya...Sekarang ini negara kita hebat di tekan dari segenap sudut oleh anasir samada dalaman ataupun luar yang berusaha untuk meruntuhkan kedaulatan negara yang telah kita bina dan pertahankan selama ini...

Sebagai warga yang inginkan negara sentiasa aman,makmur,bersatupadu kita juga mempunyai tanggungjawab menangkis setiap percubaan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin melihat negara ini kacau bilau..

Kerajaan pula mesti bertindak tegas dan berkesan terhadap pihak yang cuba merosakkan kedaulatan negara dan campurtangan asing yang tentunya menanti untuk mengambil peluang merosakan apa yang telah kita bina selama ini..Bersama berusaha kearah mencapai hasrat 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI..

Tiada ulasan:

Pengikut