Ahad, 29 Ogos 2010

Pemuda Johor Bahru

Pemuda Johor Bahru


Majlis Penyerahan Borang Keahlian Baru Pemuda UMNO Cawangan RP Skudai Kanan

Posted: 29 Aug 2010 07:55 PM PDT

Share/Save/Bookmark

Pemuda Barisan Nasional Johor Bahru Menyerah Memorandum Membantah Kebiadaban Penunjuk Perasaan Indonesia

Posted: 29 Aug 2010 07:44 PM PDT

Pada 26hb Ogos baru-baru ini, Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor Bahru, diketuai oleh Sdra. Khalid Mohamed telah mengadakan Demonstrasi Aman dan menyerahkan Memorandum Bantahan ke atas kebiadaban penunjuk perasaan Indonesia yang membakar Jalur Gemilang serta melontar najis ke Kedutaan Malaysia di Indonesia.

Presiden
Republik Rakyat Indonesia

26hb Ogos 2010

MEMORANDUM MENGUTUK KEBIADABAN AKTIVIS INDONESIA MENGHINA JALUR GEMILANG DAN SERANGAN KE ATAS KEDUTAAN MALAYSIA DI INDONESIA

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor Bahru :

• Mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Kedutaan Malaysia di Indonesia dan mendesak tindakan tegas diambil Kerajaan Indonesia ke atas dalang demonstrasi tersebut serta aktivis-aktivis yang terlibat.

• Mendesak Kerajaan Indonesia menghentikan sebarang gerakan atau sebarang tindakan ke atas Kedutaan Malaysia dan tindakan-tindakan tidak bermoral lain seperti membakar bendera Malaysia dan melontar najis.

• Membantah ugutan Operasi SWEEPING RAKYAT MALAYSIA dan menuntut Kerajaan Indonesia menjamin keselamatan warganegara Malaysia yang berada di Indonesia.

• Mengawal media massa Indonesia untuk mengelakkan sebarang penyampaian berita bersifat provokatif.

• Menuntut pihak berkuasa Indonesia mengambil pendekatan yang lebih diplomatik dalam menangani permasalahan di sempadan sehingga rundingan dua-hala yang bakal berlangsung di Kota Kinabalu pada 6hb September 2010 berjaya menyelesaikan isu-isu berkaitan.

Malaysia dan Indonesia sebagai sebuah negara berjiran yang telah mempunyai hubungan sosial dan ekonomi sejak ratusan tahun tidak mungkin akan terlepas daripada pelbagai masalah sempadan dan isu-isu lain.

Malaysia dan Indonesia tidak boleh bermusuh-musuhan walaupun dalam soal kecil kerana ia tidak memberi faedah melainkan kepada pihak ketiga yang mahu melihat kedua-dua negara itu bertelingkah sesama sendiri dan hanya melalui kerjasama serta persefahaman yang mendalam sahaja akan dapat menjernihkan sebarang situasi yang boleh mengeruhkan hubungan dua hala kedua-dua negara.

Sikap ketidakmatangan segelintir rakyat Indonesia sehingga sanggup menghina dan menguris perasaan hati rakyat Malaysia yang akan menyambut hari kemerdekaan tidak lama lagi tidak boleh diterima dan menguji kesabaran rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia punya maruah dan kedaulatan yang harus dijaga.

Khalid Bin Mohamed
Pengerusi
Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN)
Johor Bahru

Share/Save/Bookmark

Tiada ulasan:

Pengikut