Isnin, 23 Ogos 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


khutbah Jumaat - Islam dibibir Pas

Posted: 23 Aug 2010 07:54 AM PDT

Khutbah Jumaat


1. Terkejut apabila membaca berita tentang penggantian nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada Ketua Menteri , Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat.

Persoalannya ? Adakah ini arahan kerajaan negeri ataupun pemimpin itu sendiri dengan maksud yang tersirat? Perkara ini perlu diperjelaskan supaya tidak mengelirukan orang Islam.

2. Tindakan menggunakan nama ketua menteri dan digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong juga sebenarnya di luar daripada amalan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia selain bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja.

3. Amat mengejutkan kerana seolah-olah ada usaha pihak tertentu untuk mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri ini.

4. Kejadian memperalatkan agama suci Islam demi politik semakin tenat di negara kita. Kak Midah tak mampu nak mengulas dengan panjang lebar, kerana ramai pasti sedia maklum. Pas akan menyediakan nas dan hadis yang membenarkan tindakan mereka selepas ini.

5. Hati Kak Midah memang dah lama terguris dan sebak, Kak Midah tidak dapat diluahkan hanya dengan kata-kata di blog. Memadai Kak Midah kata bahawa keadaaan sekarang amat membimbangkan.

6.Apalah agaknya malapetaka yang akan menimpa kita ekoran kerenah umat Islam yang memperlekehkan agama sendiri. Menjual agama demi pemikiran politik sempit mereka.

7. Yang peliknya, bila isu itu jadi pengetahuan umum, pihak berkenaan menuduh ini semua dakyah UMNO, kononnya kerajaan BN punya fitnah.

8. Akhirnya, khatib tersebut, seorang pengikut tegar Parti PAS bernama Zakaria Ahmad, mengakui dalam satu wawancara dengan akhbar Sinar Harian bahawa dia dah lama berbuat demikian (dah dua tahun katanya).

9.Telah menjadi amalan kita turun temurun, doa di rakaat kedua khutbah ditujukan khas kepada ketua agama, iaitu Sultan untuk negeri yang ada Sultan dan Yang di-Pertuan Agong untuk negeri-negeri yang tidak ada Sultan.

Tidak pernah dibuat orang doa itu diberikan kepada Perdana Menteri atau Ketua Menteri atau Menteri Besar.

10. Pas telah bersedia dengan dakwaan terbaru ini, selain menuduh dakyah UMNO, mereka jugak akan mengunakan nas dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka ini.

11. Kecut perut memikirkan kemurkaan Ilahi. Apalah agaknya malapetaka yang akan menimpa kita ekoran kerenah umat Islam yang memperlekehkan agama sendiri

Kak Midah
Batu Gajah, Perak

Tiada ulasan:

Pengikut