Ahad, 22 Ogos 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Kasih Sayang Ramadan

Posted: 21 Aug 2010 11:28 PM PDT











Parti Islam Semai Kebencian Sesama Islam

1. Alhamdulilah kita telah berada hampir dengan pertengahan ramadan . Hari ini umat Islam telah 12 hari menunaikan ibadah puasa. Cuaca yang baik menjadikan perjalanan masa begitu pantas.

2. Bulan ramadan ini merupakan bulan yang mulia untuk umat Islam mempertingkatkan ibadah kita serta mengeratkan siratulrahim sesama kita dan menghapuskan sifat buruk yang ada dalam diri.

3. Umat Islam digalak hidup bersatu padu dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Tetapi sejak kebelakangan ini, sikap benci membenci sesama Islam semakin ketara dan menular di seluruh negara.

4. Ini semua disebabkan adanya kempen politik keterlaluan oleh sesetengah parti politik yang tidak lagi memperdulikan batasan kesusilaan dengan memaki hamun dan mencerca peribadi pemimpin Muslim yang lain.

5.Ini bertentangan dengan ajaran Islam yang amat jelas melarang umatnya bermusuhan dan saling membenci.

6. Sepatutnya kita sebagai orang Islam menyeru kepada amal makruf nahi mungkar dan akan berbesar hati dengan apa sahaja cadangan dan pandangan untuk tujuan perkembangan Islam.

7. Pendangan Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak telah dihina oleh Mahfuz,dengan menuduh bahawa beliau sebagai penipu dan mendesaknya meminta maaf kepada PAS dan seluruh umat Islam di Malaysia membuktikan dia seorang yang tidak suka kepada perpaduan Islam

8. Apabila seorang Tokoh Islam yang dihormati dihina oleh seorang pemimpin politik Islam dengan tuduhan pembohong, apakah pandangan orang bukan Islam terhadap umat Islam? pernahkan tokoh agama mereka dihina sedemikian rupa?

9. Persoalan ini memang menjadi satu masalah sosial di negara kita, khususnya di kalangan umat Islam masa kini. Memang tidak dinafikan punca utama masalah ini kerana permainan politik keterlaluan oleh sesetengah pihak.

10. Apa sahaja kebaikan yang dilakukan oleh seseorang sekiranya ia merupakan lawan politik, mesti dihina dan diperkecilkan. Tanamkan sifat kebencian atas setiap tindakan pihak lawan.

11. Kalau ditinjau dari sudut pandangan Islam, maka secara terang dan jelas kita akan mendapati banyak ayat al-Quran dan hadis melarang umatnya daripada bertelagah, apa lagi bermusuh-musuhan sesama sendiri.

12. Hubungan sosial atau kemasyarakatan, tunggak kesejahteraan ummah. Oleh itu, setiap anggota masyarakat sewajarnya berada dalam satu kelompok keluarga yang besar secara harmoni tanpa sikap benci membenci antara satu dengan yang lain.

13.Dalam keadaan apapun, umat Islam tidak sepatutnya menyemai sikap permusuhan serta perpecahan kerana kelemahan paling besar bagi sesuatu ummah ialah permusuhan dan perpecahan sesama sendiri.

14. Tindakan segelintir penulis blog pembangkang yang mempertikaikan usaha Kak Midah dan menanam sikap benci, maki hamun, caci maki, dilabel dengan pelbagai penghinaan dan macam-macam lagi keaiban. Apa yang mereka cuba buat itu menjadi kebencian kepada segelintir umat Islam.

15. Memang benarlah kerana sejarah kejatuhan Islam sebelum ini pun membuktikan ianya akibat tindakan khianat sesama Islam yang sanggup bersekongkol dengan musuh Islam.

Sepatutnya kita belajar dari sejarah dan mengambil iktibar darinya kerana orang yang lupakan sejarah akan mengulanginya berkali-kali.

Kak Midah
Batu Gajah, Perak

Tiada ulasan:

Pengikut