Isnin, 2 Ogos 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Bukan Semua Boleh DiPolitikkan

Posted: 02 Aug 2010 06:35 AM PDT


Hormatilah Perasaan Bumiputera

1. Isu-isu sensitif yang termaktub dalam Perlembagaan seharusnya dijadikan sempadan oleh semua kaum agar perpaduan antara mereka dapat dipertahankan.

2. Cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kepada kerajaan Selangor agar memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera bagi pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di negeri itu dilihat cuba memancing perasaan kaum Bumiputera sekali lagi.

3. Seorang demi seorang pemimpin bukan Melayu yang mempersoal hak istimewa orang Melayu dan bumiputera sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan kaum bumiputra hari ini.

4. Malah untuk sekian kalinya Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan lagi kepada semua pihak supaya jangan menyentuh soal sensitiviti kaum di negara ini.

5. Bukan pihak berkenaan tidak tahu bahawa perkara berkaitan hak istimewa Melayu telah tercatat dengan jelas dalam Perlembagaan dan tidak perlu dikupas.

Dan ini adalah antara formula kepada perpaduan dan keharmonian agama dan kaum selama ini.

6.Masyarakat di negara ini perlu menghormati prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah kaum bukan bumiputera pun tidak pernah rugi selama ini sejak dasar-dasar membantu bumiputera dilaksanakan. Malah mereka senantiasa menjuarai senarai individu terkaya yang dikeluarkan saban tahun.

7. Kesempatan menjelang Ramadan ini, marilah kita tanamkan kembali semangat saling hormat-menghormati yang menjadi asas tongak kenegaraan selama ini.

Kak Midah
Batu Gajah

Tiada ulasan:

Pengikut