Sabtu, 7 Ogos 2010

demi agama bangsa dan negara

demi agama bangsa dan negara


Sarawak: PAS nak takluk 8 DUN???

Posted: 07 Aug 2010 10:56 AM PDT

Angin bertiup kencang di negeri Sarawak yang membisikkan bahawa pilihanraya negeri akan berlaku selepas umat Islam menyambut Aidilfitri. Benar atau tidak belum dapat ditentukan kerana DS Najib masih lagi bercuti tetapi sambutan terhadap isu tersebut di media maya memang hangat diperkatakan. Malah Bulten Utama TV3, 7/8/10, juga menyentuh isu tersebut dengan melaporkan SPR bersedia memperuntukkan rm30 juta untuk persediaan pilihanraya.

Namun apa yang menjadi perhatian penulis ialah 'nafsu serakah' parti yang menggunakan perjuangan jihad islam bagi meneruskan kesinambungan politik mereka, PAS. Parti ini melalui lidah rasmi atau lidah tumpangan dengan bangga akan mewarwarkan bahawa mereka amat yakin kerajaan BN akan tumbang dengan PR pada pilihanraya kali ini. Alasan mereka berdasarkan kepada kononnya sokongan terhadap parti mereka semakin menjulang.

Kawasan DUN yang mereka impikan ialah di Beting Maro, Jepak, Batang Sadong, Senading, Nangka dan Tupong. Selain itu, kawasan2 lain masih lagi dalam pemerhatian mereka. PAS mendakwa rakyat2 dikawasan tersebut sudah muak dengan BN dan mahukan perubahan kepimpinan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Mereka juga mendakwa sudah membuat 'bancian' dan hasilnya mereka amat yakin dapat memenangi kawasan2 tersebut.

Apa yang menjadi PAS sebegini angkuh dan optomis ialah mereka tidak perlu mengeluarkan terlalu banyak bajet kerana semua itu telah disediakan oleh DAP dan PKR (anwar baru balik dari USA). PAS hanya perlu terus menipu rakyat kononnya perjuangan mereka adalah perjuangan Islam kerana dengan 'mengundi mereka, syurga dah ditentukan'. Inilah buah fikiran PAS untuk pengundi di Sarawak nanti. Begitu juga dengan 'habuan pilihanraya'.

Sebab itu kita lihat PAS amatlah bersungguh2 mempertahankan DAP kerana bagi mereka hanya DAP yanga akn dapat membantu mereka. Mereka tak perlukan sangat PKR yang mana mereka lihat DSAI boleh jadi liabiliti jika 'tersangkut' dalam kes liwatnya. Jadi inilah perjuangan 'islamik' PAS..?? Inikah yang dilaung2kan fisabilillah..?? Jika benar, maka benarlah yang dikatakan sebagai "PARTI ASAL SAPU"..mana yang baik tak kira apa konsep perjuangan pon mereka akan 'sapu'...PAS ohh PAS...

Tiada ulasan:

Pengikut