Jumaat, 27 Ogos 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Elok bubarkan saja PAS demi kebaikan Islam….

Posted: 27 Aug 2010 02:33 AM PDT

Spy ingat lagi…masa zaman Datuk Asri dulu, PAS kata nak memperjuangkan negara Islam dan melaksanakan hukum HUDUD jika mereka berjaya menguasai negara.

Maka, dari situ, bermulalah propaganda serta fitnah-fitnah menuduh UMNO tak mampu menjamin ke syurga dan juga UMNO adalah parti sekular demi untuk menarik sokongan bangsa melayu dan umat Islam di Tanah Melayu.

Dan pada pengetahuan Spy, dari sejak itulah timbul bermacam-macam "fatwa" tentang UMNO oleh kononnya ulamak-ulamak di dalam PAS. UMNO dituduh sebagai kafir, sembelihan orang UMNO haram dimakan, tak sah berimamkan orang UMNO didalam sembahyang, UMNO takkan membawa ke syurga dan juga pelbagai fitnah lagi didoktrinkan ke dalam kepala pentaksub PAS.

PAS sanggup menghalalkan segalanya demi perjuangan sempit mereka. Yang paling terkini, doa didalam khutbah Jumaat pun sanggup dipermainkan oleh PAS dengan menyelitkan nama kafir didalamnya.

Ini semua kerana apa? Semuanya hanya kerana pemimpin-pemimpin didalam PAS mahukan kuasa dan kedudukan didalam politik sahaja. Tidak terlintas pun sebenarnya didalam pemikiran ularmak-ularmak PAS untuk memartabatkan Islam dan melaksanakan hukum Islam di Tanah Melayu ini.

Spy tengok, dari dulu lagi matlamat PAS cuma mahu menumbangkan UMNO kerana dendam Nik Aziz dan Hadi Awang. Maka di war-warkan bahawa UMNO tak layak mentadbir negara kerana pemimpin-pemimpin PAS lebih bijak dan berpengetahuan didalam pentadbiran Islam.

Tetapi cuba kita teliti dengan mendalam, PAS telah lama diizinkan Allah swt untuk memerintah Kelantan. Namun apakah Kelantan dibawah pentadbiran PAS mampu mengimplikasikan hukum Islam dan menegakkan syiar yang dituntut oleh Islam?

Hadi Awang juga menipu seluruh rakyat negeri Terengganu dengan mengatakan mahu melaksanakan HUDUD sebelum ayam berkokok jika PAS berjaya menawan negeri tersebut. Dengan takdir tuhan, PAS telah berjaya mentadbir Terengganu namun Hadi memutarbelitkan kenyataan apabila mengatakan HUDUD cuma 0.00001% didalam perundangan Islam.

Semua ini telah menjelaskan perjuangan PAS yang sebenar. Sebenarnya pengikut mereka telah lama ditipu dengan retorik perjuangan negara Islam dan juga perlaksanaan HUDUD oleh para munafiqun didalam PAS.

Hari ini, PAS langsung tak mampu angkat muka apabila rakan sekutu mereka DAP menempelak agar PAS melupakan niat untuk menubuhkan negara Islam dan juga melaksanakan HUDUD selagi bersama dengan Pakatan Rakyat.

Malah, Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad juga akur dan menggesa semua pemimpin mereka supaya menghentikan perbalahan mengenai ura-ura hukum hudud akan dilaksanakan jika mereka membentuk kerajaan persekutuan.

Nik Aziz juga tak mampu bersuara apabila Karpal Singh membidasnya berkenaan hukuman HUDUD terhadap pesalah kes buang bayi. Dan Nik Aziz juga tak mampu berkata sepatahpun apabila nama Lim Guan Eng berkumandang didalam khutbah Jumaat dibacakan oleh khatib PAS.

Bagi Spy, ini semua merupakan satu signal bahawa perjuangan Islam PAS sudah sampai ke tarikh luputnya. PAS kini bukan lagi berkiblatkan Islam didalam hala tuju parti mereka, tetapi kini PAS telah bertuhankan DAP dan berkiblatkan Putrajaya semata-mata.

Maka, eloklah dibubarkan saja parti PAS itu demi menjaga maruah Islam dan imej Islam itu sendiri sebelum ia semakin teruk dirosakkan oleh tangan-tangan kotor didalam PAS yang kini telah "bertuhankan" DAP. Betul tak?

Laporan Spy Leman dari perkarangan Surau Al Huda, Kajang Sentral, Selangor.

(Oleh: Spy Leman)

Tiada ulasan:

Pengikut