Rabu, 28 Julai 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Kebenaran guru berpolitik : jangan buat keputusan terburu-buru - Syed Ali

Posted: 27 Jul 2010 10:46 PM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mahu kerajaan mengkaji semula kebenaran guru berpolitik demi menjaga kredibilti dan kemuliaan profesyen perguruan.
"Saya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ianya bakal menimbulkan banyak masalah membabitkan profesyen perguruan," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melihatnya secara serius demi menjaga kualiti dan profesyen perguruan di negara ini.

Sebaliknya jelas beliau, bagi memberi hak kepada guru berpolitik, mereka hanya sekadar boleh menjadi ahli parti dan tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan penting.


"Saya berharap keputusan itu tidak dibuat secara terburu-buru kerana tanggungjawab sebenar guru ialah mendidik dan melahirkan pelajar berilmu," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) berkata, langkah membenarkan guru kembali aktif berpolitik hanya menimbulkan kecelaruan di dalam masyarakat.

Katanya, kewibawaan warga pendidik harus dilindungi supaya mereka tidak dicemuh oleh masyarakat kerana perbezaan anutan politik.

Menurut Syed Ali, keputusan yang diumumkan oleh Ketua Setiauasaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengenai perkara itu semalam dilihat sebagai langkah kurang bijak.

Beliau berpendapat, kebenaran berpolitik membabitkan 140,000 guru siswazah dikhuatiri akan menyebabkan guru mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pendidik.

Katanya, sejarah lalu sudah membuktikan apabila guru dibenarkan berpolitik akan berlaku pertelingkahan dan perselisihan dalam perkhidmatan.

Akibatnya kata beliau, selain murid-murid menjadi mangsa adakalanya guru juga turut terheret dengan 'tekanan dan permusuhan politik' di sekolah sehingga menjejaskan mutu perkhidmatan mereka.

"Siapa yang harus dipertanggungjawabkan apabila kepentingan pelajar mula disisihkan kerana guru mereka asyik berpolitik?," soal beliau lagi.

Dalam hubungan ini jelas beliau, warga pendidik selaku kakitangan perkhidmatan awam perlu memberikan sokongan penuh kepada kerajaan yang memerintah.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara mengumumkan guru siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan semula bertanding, dilantik atau memgang sebarang jawatan dalam parti politik, berkuatkuasa 1 Ogos ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Syed Ali menasihati ahli-ahli UMNO supaya tidak terperangkap dengan 'perang psikolgi' yang sedang dimainkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Menurutnya, perkembangan terbaru kononnya PKR tidak akan mengadakan pilihan raya di negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat (PR) jika PRU diadakan lebih awal darpada dijangkakan.

"Ini semua taktik pembangkang supaya PRU diadakan segera kerana mereka terlalu yakin akan menang dengan mengambil kesempatan di atas kekecamukkan yang sedang dihadapi Barisan Nasiona (BN)," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu setiap peringkat kepimpinan UMNO supaya berusaha menjelaskan kepada rakyat mengenai perancangan rapi PKR dan DAP untuk menghapuskan kuasa orang Melayu seprtimana mereka sudah lakukan di Pulau Pinang dan Selangor.

Beliau mencadangkan pemimpin UMNO di semua peringkat mengumpulkan sebagala bahan dan bukti penyelewengan, kezaliman dan kerakusan PR menerusi pelbagai kaedah penyaluran maklumat supaya dapat diketahui oleh rakyat.

"Selama ini rakyat terutama orang Melayu di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang diperbodohkan oleh pemimpin PR dan kita di pihak UMNO perlu bangkit mendedahkan segala pembohongan tersebut," tegasnya.

Menurut Syed Ali lagi, UMNO juga disarankan menggunakan khidmat bekas pemimpin-pemimpin PKR bagi mendedahkan sikap dan perlakuan sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap orang Melayu.

Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menegaskan, Anwar akan menggunakan segala peluang yang ada bagi memastikan 'hayat politiknya' tidak terkubur pada PRU akan datang.

"Jika PR boleh melemparkan pelbagai fitnah jahat terhadap UMNO, maka kita perlu bangun mendedahkan segala sifat petualang, kepincangan dan kerakusan Anwar yang sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa termasuk memijak kepentingan umat Melayu," tegasnya.









Tiada ulasan:

Pengikut