Selasa, 20 Julai 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali : PAS bertanggungjawab di atas perpecahan umat Islam

Posted: 19 Jul 2010 07:50 PM PDT

PAS harus dipertanggungjawabkan di atas keruntuhan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Menurutnya, pemimpin PAS perlu dipersalahkan oleh generasi akan datang kerana mereka menolak usaha kearah penyatuan umat Islam.

Katanya, ini kerana sikap degil dan bongkak pemimpin PAS yang turut menentang cadangan perpaduan dengan UMNO sepertimana disarankan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Sebaliknya jelas beliau, pemimpin PAS lebih rela bersubahat dengan DAP yang secara jelas menentang konsep negara Islam dan mengamalkan dasar politik rasis.

Beliau kesal kerana cadangan Harussani untuk menjadi orang tengah dalam pertemuan itu telah dipersendakan oleh pemimpin PAS.

"PAS dengan sombongnya menegaskan mereka tidak akan bersatu dengan UMNO sambil menyelar Harussani tidak berhak mencampuri urusan politik," tegasnya.

Sebaliknya kata Syed Ali, kesanggupan Mufti Perak untuk menjadi orang perantaraan kepada pertemuan itu dibuat atas dasar kepentingan masa depan umat Islam.

Beliau yakin Harussani sanggup menjadi orang tengah bagi memastikan terjalinnya kerjasama PAS-UMNO untuk mengelak berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam.

"Saya tidak nampak Harussani mempunyai agenda politik, sebagai mufti bel iau sudah tentu bertanggungjawab di atas kepentingan dan masa depan umat Islam," tegasnya lagi.

Katanya, pemimpin PAS khususnya Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat sepatutnya menghormati pandangan dan kesanggupan Harussani sebagai tokoh agama yang bersedia merintis jalan penyatuan umat.

Dalam hubungan ini, beliau menyifatkan Nik Aziz sebagai tok guru berjiwa kecil yang lebih mementingkan kedudukan di dunia.

Katanya, Nik Aziz menerusi ceramahnya menyeru orang ramai supaya bersatu dan menjalin hubungan baik, tetapi di dalam dirinya penuh dengan hasad dengki, buruk sangka dan dendam sesama Islam.

"Nik Aziz adalah role-model kepada perpecahan umat Islam di negara ini," katanya sambil menyeru pengikut PAS supaya kembali ke pangkal jalan.

Menurut Syed Ali, Nik Aziz adalah 'hamba politik' yang sanggup bertopengkan ajaran Islam untuk meneruskan agenda peribadinya termasuk dikekalkan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Sehubungan itu, beliau m enegaskan pemimpin PAS tidak sewajarnya mengeluarkan kata-kata kesat, menuduh Harussani berbohong dan menjadi alat UMNO.

" Ini menunjukkan PAS amat benci kepada usaha perpaduan umat dan kesejahteraan rakyat," tegasnya lagi.

Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menjelaskan, pemimpin UMNO menyambut baik jika ada usaha kearah penyatuan umat.

Katanya, UMNO sentiasa mengamalkan dasar terbuka untuk menerima apa jua cadangan jika usaha tersebut membawa kebaikan kepada rakyat khususnya umat Islam.

"Oleh sebab itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyahut cadangan banyak pihak supaya diadakan pertemuan dengan PAS demi kepentingan umat," katanya.

Tetapi malangnya jelas beliau, keikhlasan pemimpin UMNO telah diputarbelitkan oleh PAS kononnya UMNO sudah terdesak.

Perbuatan itu katanya, menunjukkan PAS sebenarnya sebuah parti yang 'hidup' di atas perpecahan umat Islam dan dalam masa yang sama menjadi alat kepada DAP dan PKR.






Tiada ulasan:

Pengikut