Jumaat, 16 Julai 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Ancaman bunuh Anwar; Saifuddin gubah skrip fantasi - Syed Ali

Posted: 15 Jul 2010 11:40 PM PDT

SEPERTI skrip filem untuk menarik penonton; Parti Keadilan rakyat (PKR) sekali lagi putarkan cerita kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim kemungkinan berdepan dengan ancaman bunuh, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, skrip karut dan khayalan itu direka oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail untuk menggambarkan kepada rakyat kononnya pemimpin UMNO sanggup berbuat demikian kerana kepentingan politik.

"Cerita itu digubah untuk menutup perhatian rakyat terhadap kes liwat dan hubungan intim Anwar dengan pemimpin Yahudi," jelasnya.

Menurut beliau, skrip terbaru itu dikeluarkan bagi mengalih perhatian rakyat mengenai pembabitan Anwar dengan sekumpulan pemimpin Yahudi di negara Barat.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan cerita khayalan itu kerana ianya sekadar cerita fantasi.
"Dalam cerita khayalan itu, Anwar digambarkan sebagai hero yang ditakuti oleh UMNO dan akan berdepan dengan ancaman bunuh, ini sungguh melucukan,"ujarnya.

Beliau menasihati Ahli Parlimen Machang itu supaya menghentikan cerita kayalan tersebut kerana ianya akan memaparkan watak putar alam Anwar dan saki-baki pemimpin PKR.

Beliau mengulas kenyataan Saifuddin di lobi Parlimen semalam yang mendakwa Anwar mungkin bakal menghadapi cabaran yang lebih dasyat termasuk ancaman bunuh.

Saifuddin seperti dilaporkan oleh sebuah laman web pro-pembangkang turut menuduh pemimpin UMNO sanggup berbuat demikian kerana sejak 12 tahun lalu sudah beberapa kali sanggup memfitnah Anwar sebagai agen asing.

Menurut Syed Ali lagi, UMNO tidak perlu berbuat demikian kerana Anwar bukan tokoh luar biasa, sebaliknya hanya bekas Timbalan Perdana Menteri yang disabitkan dengan kes meliwat.

"Dia pemimpin politik yang sudah berkarat dan terjerumus dengan krisis moral, jadi untuk bersihkan dirinya, maka Saifuddin hasilkan skrip terbaru kononnya Anwar hero PKR yang akan berdepan ancaman bunuh," tegasnya.

Katanya, sebagai penulis skrip tajaan Anwar, sudah menjadi tanggungjawab Saifuddin menghasilkan cerita khayalan untuk mempengaruhi rakyat.

Syed Ali memberitahu, ketika zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Anwar dimasukkan ke dalam lokap, cerita disebarkan kononnya Anwar akan mati kerana diracun.

"Skrip seperti ini sudah lama ditayangkan, tetapi Anwar masih juga hidup sehingga ke hari ini malah boleh melutut di kaki pemimpin Yahudi," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali berkata, UMNO sudah menjangkakan PAS tidak akan 'lembut hati' untuk berbaik dengan UMNO atas kepentingan umat Islam.

Katanya, sikap PAS yang tidak berminat menyatupadukan umat Islam bukan perkara baru malah sudah lama berlaku.

Oleh sebab itu kata Syed Ali, beliau tidak terkejut bila Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali hari ini menegaskan bahawa PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"UMNO sudah faham dengan perangai pemimpin PAS yang suka berdolak-dalik, mereka lebih rela bersekongkol dengan DAP, parti perkauman yang menentang konsep negara Islam," tegasnya.

Menurutnya, UMNO bukan sebuah parti yang lemah sehingga terpaksa untuk berbaik dengan PAS sepertimana dakwaan pihak pembangkang.



Tiada ulasan:

Pengikut