Isnin, 12 Julai 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Anwar alat CIA ; PKR perlu diharamkan – Syed Ali

Posted: 11 Jul 2010 08:10 PM PDT

KERAJAAN disarankan mengharamkam pendaftaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika didapati sah penasihat umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi alat Agensi Perisikan Pusat (CIA), kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

"JIka benar CIA menjadikan Anwar alat untuk kepentingan strategik mereka di negara ini, maka kerajaan wajar mengharamkan pendaftaran PKR dan beliau perlu dikenakan tindakan tegas," katanya.

Beliau berkata, polis perlu segera menjalankan siasatan rapi berhubung pendedahan blogger antarabangsa yang mendedahkan pembabitan Anwar dengan CIA.

Blogger tersebut mendedahkan Anwar bukan saja membiayai temubual beliau dengan Cable News Network (CNN) tetapi menjadi alat kepada CIA dan sanggup berlutut kepada Yahudi.

"Inilah lakonan pemimpin yang gila kuasa, sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa menggadaikan maruah bangsa dan negara," katanya.

Beliau bimbang kemungkinan CIA menjadikan Anwar sebagai batu loncatan bagi menjayakan agenda mereka bukan sahaja di Malaysia malah di rantau Asia.

"Pendedahan ini amat membimbangkan dan menimbulkan kemarahan seluruh rakyat kerana Anwar seperti didedahkan blogger tersebut dikatakan sanggup menjadi boneka CIA," tegasnya.

Beliau berkata, jika benar Anwar menjadi alat CIA dikhuatiri beliau telah memperlalatkan PKR sebagai medan mengembangkan doktrin politiknya untuk menguasai negara ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru penyokong PKR supaya segera meninggalkan parti itu kerana perlakuan politik Anwar tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat dan negara.

Katanya, umum sudah mengetahui Anwar akan menggunakan pelbagai taktik dan cara untuk membolehkan dirinya menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurut Syed Ali, sebelum ini Anwar dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan rangkaian pemimpin Yahudi di luar negara terutama di Amerika Syarikat (AS).

"Pengkhianat seperti Anwar ini bukan sahaja sanggup melutut kepada pemimpin Yahudi, malah kemungkinan menjadi alat kepada CIA," katanya.

Jelasnya lagi, perkembangan ini amat membahayakan keselamatan negara dan kerajaan disarankan segera menyiasat sejauhmana pembabitan Anwar dengan CIA.

Menurutnya, jika benar dakwaan blogger antarabangsa itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengambil tindakan tegas keatas Anwar.

Semalam, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata Anwar boleh dikenakan tindakan sekiranya beliau didapati menjadi alat CIA dan mengancam keselamatan negera.

Katanya, buat masa ini KDN belum mempunyai maklumat dan perlu bergantung kepada bukti untuk mengambil sesuatu tindakan.

Tiada ulasan:

Pengikut