Selasa, 6 Julai 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Pemuda Cheras sokong desakan Khairy

Posted: 05 Jul 2010 11:31 PM PDT

PERGERAKAN Pemuda UMNO Bahagian Cheras menyokong desakan Khairy Jamaluddin yang mempersoalkan kemampuan polis bertindak tegas ke atas blogger Raja Petra Kamaruddin yang kini bersembunyi di United Kingdom (UK).

Ketuanya, Syed Mehdhar Syed Abdullah berkata, banyak persoalan yang timbul berhubung kemampuan polis untuk menahan Raja Petra yang sebelum ini menghadapi tuduhan menghasut dan mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shaaribu.

Beliau menegaskan, apa yang disuarakan oleh Ketua Pergerakan pemuda UMNO Malaysia itu perlu diberikan perhatian serius oleh pihak polis kerana ianya membabitkan kredibilti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Dalam isu ini, kami menyokong penuh ketegasan Khairy yang mempersoalkan kemampuan polis menangani kes tersebut, kita mahukan polis memberikan jawapan lengkap berhubung perkembangan Raja Petra," ujarnya.

Katanya, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Cheras akan bersama Kairy mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas Raja Petra, pengendali laman blog Malaysia Today.

Di lobi Parlimen semalam Khairy mengecam pihak polis kerana tidak bertindak tegas terhadap blogger Raja Petra.

Syed Mehdhar turut bersetuju dengan kenyataan Khairy bahawa PDRM mempunyai hubungan kerjasama dengan pasukan Scotland Yard untuk mengekstradisi Raja Petra.

Katanya, masa yang terlalu lama untuk polis mengambil tindakan terhadap Raja Petra menimbulkan pelbagai persespsi rakyat terhadap tahap sebenar kemampuan PDRM menangani isu tersebut.

"Kenapa terlalu sukar untuk polis menahan Raja Petra sedangkan blogger tersebut dilaporkan berada dikhalayak umum, seperti didededahkan oleh Khairy semalam," tegasnya.

Raja Petra yang menjadi buruan polis negara ini sejak dua tahun lalu dilaporkan oleh sebuah laman web pro-pembangkang telah menghadiri majlis pelancaran Sahabat Pakatan Rakyat (PR) di luar negara, di London Ahad lalu.

Turut dilaporkan hadir di majlis tersebut ialah Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.

Anwar hina polis, PAS & DAP main sandiwara – Syed Ali

Posted: 05 Jul 2010 09:19 PM PDT

DATUK Seri Anwar Ibrahim sengaja melakukan provokasi membangkitkan sentimen rakyat apabila menuduh polis ibarat Ketua UMNO Cawangan, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

"Beliau cetuskan keresahan rakyat dengan menjadikan polis mangsa politik, ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang menghormati kedaulatan undang-undang," tegasnya.

Menurutnya, Anwar tidak sepatutnya melenting apabila polis cenderung melakukan siasatan berhubung isu pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang dipercayai mendapat tajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kenapa beliau menggelabah dan kecut perut ? biarlah pihak polis lakukan siasatan bagi menentukan kesahihan dakwaan isu tersebut," tegasnya.

Beliau kesal kerana Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri sanggup mempersenda dan menghina Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya siasatan itu membabitkan PKR.

"Sebelum ini ada pemimpin kerajaan disiasat polis, tetapi kita tidak menghina pihak berkuasa sebab kita menghormati tugas mereka dan undang-undang sedia ada," katanya.

Syed Ali menjelaskan, laman web pro-pembangkang berkenaan selama ini dilihat banyak memainkan isu yang dikatakan boleh menjejaskan ketenteraman dalam negeri.

Raja Petra yang sedang berdepan dengan tindakan undang-undang dikatakan telah meninggalkan negara ini dan difahamkan sedang bersembunyi di United Kingdom (UK).

"Anwar, seorang pemimpin tertinggi sebuah pertubuhan politik telah menghina dan mencerca kewibawaan polis, ini tidak sepatutnya berlaku," ujarnya lagi.

Semalam di lobi Parlimen Anwar dilaporkan sebagai berkata kecenderungan pihak polis menyiasat isu tajaan Raja Petra berbanding salah guna kuasa dalam kerajaan seperti Ketua UMNO Cawangan.

Menurut Syed Ali lagi, dakwaan itu hanya cerita dogeng Anwar kerana pihak polis tidak pernah bersikap pilih bulu dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.

Mengulas pertikaian PAS dan DAP berhubung konsep Negara Islam, beliau berkata konflik itu hanya sandiwara untuk menguji sejauhmana tindak-balas UMNO terhadap isu berkenaan.

"Ulamak PAS termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat hanya berlakon dengan Karpal Sing (DAP), mereka nak tengok kita (UMNO) melatah atau tidak, ini semua taktik politik pembangkang," tegasnya.

Beliau berkata, lakonan pertikaian DAP-PAS itu sengaja dihidupkan semula sebagai isu politik menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Syed Ali yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, PAS dan DAP cuba memasang perangkap untuk mengheret UMNO dalam pertikaian fahaman berhubung konsep Negara Islam.
"Apabila kita cenderung untuk turut membahaskannya, akhirnya PAS akan tuduh UMNO sebagai kafir, sepertimana kebiasaan dilakukan oleh Nik Aziz," ujarnya.

Beliau berpendapat, jika PAS jujur dan mengikut ajaran Islam, mereka sudah lama tidak bersubahat dengan DAP yang secara terbuka menentang pelaksanaan negara Islam.

"Cerita DAP tolak negara Islam bukan isu baru, ianya berlaku sejak awal tahun 90-an lagi, kini dibangkitkan semula sebagai lakonan untuk memerangkap UMNO," tegasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut