Selasa, 27 Julai 2010

Razlan's

Razlan's


Rakyat Seputeh Malu.

Posted: 27 Jul 2010 01:37 AM PDT

Merujuk kepada laporan Malaysiakini yang melaporkan ada Ahli Majlis dari DAP yang sedang disiasat pecah amanah kerana memberi kontrak kepada sanak saudara beliau.

Laporan ini sunggguh memalukan kita sekiranya Ahli Parlimen Seputeh terlibat, ini adalah kerana beliau merupakan seorang ahli Parlimen yang memegang jawatan Exco kerajaan Selangor kerana beliau juga memegang ADUN Kinrara.

Walaubagaimanapun laporan ini tidak menyatakan siapakah ADUN terbabit, tetapi sekiranya beliau merupakan Ahli parlimen Seputeh, Rakyat Seputeh sepatutnya merasa malu kerana mempunyai Ahli Parlimen berperangai seperti ini.

Kami juga menyarankan YB Teressak Kok membuat pengakuan terbuka sekiranya tidak terlibat dengan siasatan ini.

Kerajaan Negeri Selangor yang sering kali bercakap pasal intergiti, seharusnya memberitahu umum siapakah exco yang terlibat. Rakyat seharusnya tahu masalah yang melibatkan Wakil Rakyat mereka.

Tiada ulasan:

Pengikut