Ahad, 4 Julai 2010

Pemuda Johor Bahru

Pemuda Johor Bahru


MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JOHOR BAHRU 2010

Posted: 04 Jul 2010 11:02 AM PDT

MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JOHOR BAHRU 2010

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru telah berlangsung semalam di Dewan Besar MPC, Bandar Baru UDA. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Md. Jais Bin Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri Johor merangkap ADUN Mahkota. Turut hadir ialah YB Tuan Haji Adam Bin Sumiru selaku Naib Ketua UMNO Bahagian merangkap ADUN Tg Puteri, Barisan Jawatankuasa UMNO Bahagian, Jawatankuasa Sayap Bahagian serta Ketua-ketua Cawangan UMNO di dalam Bahagian Johor Bahru.

Per. Pemuda UMNO Johor Bahru juga telah melancarkan SKUAD PEMUDA PRIHATIN JOHOR BAHRU yang diilhamkan oleh Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru, Sdra. Khalid Bin Mohamed. YB Tuan Haji Md. Jais Bin Sarday telah memakaikan vest kepada setiap anggota skuad sebagai simbolik pelancaran Skuad Pemuda Prihatin Johor Bahru.

Pada Mesyuarat Perwakilan kali ini, Pergerakan Pemuda UMNO Johor Bahru telah membawa 2 usul :-

1. USUL MENJUNJUNG TITAH D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR, SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM – MEMBINA JAMBATAN BAGI MENGGANTIKAN TAMBAK JOHOR
- Diterima sebulat suara

2. USUL MENYOKONG LANGKAH KEMENTERIAN PELAJARAN MEMANSUHKAN PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) DAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)
- Diterima setelah pengundian

Sementara itu, usul Per. Pemuda UMNO Cawangan Stulang Baru mengenai KEPENTINGAN MENJAGA ALAM SEKITAR telah dibahaskan dan diterima oleh perwakilan.

Berikut pula adalah keputusan pemilihan yang diadakan :-

1. Sepuluh Orang Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian

AZIZAN BIN AHMAD, MOHD ZAKI BIN ZAINAL ABIDIN, ASRAF BIN HJ AWANG, MOHAMAD FADZIL BIN GHAZALI, MOHD FARIS BIN HAMZAH, MOHAMAD YUHAIZAD BIN ABDULLAH, MOHD. ARSHAD BIN ABU BAKAR, SYARUL ADAM BIN RAHMATULLAH, MOHD. HAPIZAL BIN AIM & ZAHIR BIN ABU BAKAR

2. Dua Orang Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ke Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2010

KHAIRUL BIN MOHD AMIN & WAN SAIFUL BAHRI BIN WAN NAWI

Saya bagi pihak Urusetia Pentadbiran Pemuda UMNO Bahagian, ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan & terimakasih kepada semua pihak yang telah membantu melicinkan perjalanan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru.

Tidak dilupakan juga pihak-pihak yang telah bermurah hati memberikan sumbangan terutama sekali YB Tuan Haji Adam Bin Sumiru serta YBhg Datuk Haji Ahmad Bin Kemin, Pengerusi Mutiara Motors.

Semoga segala amanat dan pesanan yang disampaikan sepanjang Mesyuarat Perwakilan menjadi pembakar semangat dan azimat kepada semua Perwakilan yang hadir untuk kita meneruskan perjuangan mendaulatkan agama, mengangkat martabat bangsa dan mempertahankan tanahair tercinta.

Jumpa lagi di tahun akan datang.

SYAIFUL RIZAL BIN ABDUL GHANI
Penolong Setiausaha
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru

Share/Save/Bookmark

Pengikut