Selasa, 20 Julai 2010

HAMIM Ledang

HAMIM Ledang


MASALAH BANJIR KILAT DAPAT PERHATIAN

Posted: 12 Jul 2010 12:20 AM PDT

Ledang : Masalah banjir kilat dan banjir lumpur yang dihadapi beberapa penduduk di Kampung Parit Jarum Tengah dan Parit Kerinci dekat Bukit Gambir, di sini mendapat perhatian wakil rakyat kawasan itu.

Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M.Asojan turun padang meninjau lokasi berkenaan, baru-baru ini bagi mendapatkan gambaran sebenar bagi mencari jalan penyelesaian.

Hamim berkata, banjir kilat yang dihadapi penduduk Jalan Raja, Parit Jarum Tengah berpunca daripada sistem perparitan yang dibina oleh pihak pemaju perumahan berhampiran yang menyekat pengaliran air menyebabkan air bertakung apabila hujan lebat.

"Pembinaan parit longkang di projek perumahan itu lebih tinggi daripada halaman rumah penduduk. Ini menyebabkan air dari kawasan perumahan bukan mengalir ke kawasan parit utama tetapi ke halaman rumah penduduk yang kedudukannya lebih rendah.

"Kita sudah meminta pihak pemaju membina semula sistem perparitan sedia ada supaya air daripada kawasan rumah penduduk dapat mengalir keluar ke parit utama bagi mengatasi berlakunya banjir kilat," katanya ketika meninjau sistem perparitan taman perumahan baru tersebut di Parit Jarum Tengah.

Beliau turut meminta pihak JPS mendalamkan saliran di Parit Jarum Tengah yang menjadi tumpuan air daripada beberapa kawasan kampung berhampiran sebagai alternatif mempercepatkan pengaliran air ke kuala sungai.

Mengenai masalah banjir lumpur yang dihadapi penduduk Kampung Parit Kerinci, Hamim berkata, ia berpunca daripada ketiadaan sistem perparitan yang dibina oleh pihak pemaju perumahan di Bandar Baru Bukit Gambir.

Sumber : Hairozzaman Jalal, Berita Harian-10 Julai 2010

Tiada ulasan:

Pengikut