Selasa, 6 Julai 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Publisiti Politik

Posted: 06 Jul 2010 05:43 PM PDT



Sendiwara Nik Aziz dan Karpal Sigh Bermula.



1.Karpal Singh membuat kenyataan bahawa pemerintahan sekular adalah yang terbaik dan secara langsung menolak cita-cita Pas untuk mendirikan negara Islam jika dapat membentuk Kerajaan Pusat bersama PKR dan DAP.

2. Nik Abdul Aziz berkata PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, termasuk DAP.

3. Nik Azizi beranggapan bahawa ia merupakan pandangan peribadi Karpal dan bukanya pimpinan parti DAP, persoalannya bukankah Karpal merupakan pemimpin kanan DAP dan setiap perkara yang disuarakan merupakan inspirasi DAP ?

4. Dalam perbalahan ini, dimana pendirian Pakatan Rakyat? apakah ianya akan berlarutan atau sekadar memancing undi pengundi Islam yang semakin berkurangan menyokong PAS? Perwakilan-perwakilan PAS sendiri mengakui bahawa sokongan Melayu hari ini mula beralih arah kepada UMNO.

5. DAP pula dilihat cuba menunjukkan taringnya bahawa hak bukan Melayu akan terus terbela di bawah kepimpinan DAP.

6. Menurut Prof Aziz Bari, sokongan terhadap PAS semakin berkurangan disebabkan PAS membuka keahlian terhadap ahli bukan Islam. Banyak persoalan yang perlu dijawab oleh PAS yang dilihat tidak memperjuangankan Islam.

7. Kak Midah percaya dan yakin ini merupakan satu lagi sendiwara politik yang cuba di'bina' untuk merasakan bahawa pihak yang menyokong Islam berasa selamat dan pihak yang inginkan negara sekular dilindungi.

8. Selangor merupakan contoh terbaik dimana PAS sendiri gagal dalam melaksanakan kehendak Islam seperti yang dicita-citakan.

9. Label Negara Islam sahaja tidak akan dianggap hebat jika negara tersebut terus mundur, berada pada tahap ekonomi sehingga tidak mampu membantu rakyatnya, miskin dan tidak menjana ekonomi.

10. Lihatlah Jepun sebuah negara bukan Islam tetapi mampu menjana ekonomi dan peradapan bangsanya sehingga dianggap begitu hebat dan menjadi rujukan kepada negara bukan Islam dan umat Islam khususnya.

11. Perbalahan Nik Aziz dan Karpal Sigh pada Kak Midah tidak lebih kepada sebuah retorik politik untuk 'menghangatkan' suasana dan memastikan bahawa parti PAS dan DAP masih dilihat sebagai 'pejuang'. Apa yang diperjuangkan ?


Kak Midah
Ipoh

Tiada ulasan:

Pengikut