Sabtu, 3 Julai 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Melayu Semakin Terpinggir

Posted: 03 Jul 2010 05:48 AM PDT



Hilangnya Kampung Melayu

1. Kampng Melayu di Pulau Pinang hari ini akan menerima masib yang sama dengan tagedi pengusiran kedai Three N Ikan Bakar, Kafe Do Re Mi dan Kampung Buah Pala, kini giliran Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong.

2.Kak Midah bersimpati dengan masalah yang sedang dihadapi oleh kira-kira 200 penduduk kampung yang berusia hampir 100 tahun itu.

3. Atas nama pembangunan, setiap perancangan perlu kajian menyeluruh serta pendekatan secara berhemah dan bijaksana.

4. Ketika ada pihak mahu Penjara Pudu yang menempatkan 'orang salah' dipertahankan sebagai 'warisan sejarah', kenapa tidak kampung dalam bandar yang juga sudah tua itu?

5. Jika tidak mampu dipertahankan bagi memenuhi tuntutan pembangunan, pihak berkenaan perlu berusaha meletakkan nilai yang lebih tinggi supaya penduduk mendapat manfaatnya.

6. Apakah jenis rumah yang boleh dibeli dengan nilai pampasan RM75,000. Rumah apa yang mampu dibeli di tengah bandar raya George Town itu? Apakah kehidupan kampung selama ini mampu dikembalikan pada harga itu?

7. Apakah nilai pasaran sebenar disebuah bandar raya Geoge Town sekitar RM 75, 000 sahaja?

8. Nasib Melayu di tengah-tengah bandar raya itu. Berapa lama lagi mereka mampu bertahan? Mungkin Melayu Pulau Pinang hanya mampu bertahan di tanah-tanah wakaf. Itu pun belum pasti.

9. Perubahan politik dan kehilangan kuasa Melayu menjadikan Melayu Pulau Pinang semakin terpinggir. Bersediakah kita di Perak ?

Kak Midah
Sg Rapat

Politik Baru dan Kesannya

Posted: 03 Jul 2010 05:45 AM PDT

Tukar baju politik: Kampung Melayu di P. Pinang tanggung padah

03/07/2010 4:38pm


KEMAMAN 3 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan nasib yang menimpa kampung dan orang Melayu di negeri itu yang kini semakin terpinggir sebagai harga mahal yang terpaksa dibayar kerana cuba menukar "baju politik".

Beliau berkata, apabila kuasa terlepas kepada parti yang tidak memperjuangkan nasib rakyat terutama kaum Melayu, maka itulah hasil yang terpaksa dihadapi.

Ahmad Zahid berkata, rakyat Malaysia terutama orang Melayu perlu sedar bahawa UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN) sentiasa memperjuangkan kepentingan semua pihak berbanding DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Ini terbukti dengan apa yang telah BN lakukan walaupun mungkin dalam kerajaan lalu di Pulau Pinang kita ada kelemahan, tetapi kita boleh baiki semula jika kita mengambil alih semula Pulau Pinang.

"Namun DAP belum cukup tiga tahun memerintah, banyak gerai Melayu yang telah dirobohkan dan tidak ada penggantian dan jika ada sekalipun diletakkan di kawasan pinggir dan kawasan yang tidak strategik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di sini, hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini tentang nasib kira-kira 200 penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong, Pulau Pinang yang hilang tempat tinggal apabila diusir pemaju bagi membolehkan kawasan itu dibangunkan. – Bernama

Tiada ulasan:

Pengikut