Selasa, 20 Julai 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Yang UMNO masih belum buat.., BUNUH Anwar ! - Saifuddin

Posted: 19 Jul 2010 10:29 PM PDT

Hanya semata-mata kerana mahu menarik simpati rakyat, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah membuat membuat dakwaan bahawa Anwar akan ditimpa pelbagai lagi serangan yang dahsyat dari UMNO bagi menamatkan riwayat politiknya.

Kata Saifuddin lagi, kini telah terdapat banyak cubaan untuk menghancurkan Anwar yang dirancang oleh kerajaan UMNO termasuklah kes Homoseksual, Kronisme dan juga tuduhan menjadi agen CIA-Yahudi. Cuma yang masih belum dibuat opleh UMNO ialah, membunuh Anwar !

Beginilah keadaan pemikiran seorang individu yang penuh hasad dengki seperti Saifuddin ini. Dia sanggup melakukan apa saja bagi untuk memperbaiki imej bos nya yang semakin parah.

Biarpun Saifuddin terpaksa memfitnah dan membuat cerita yang bukan-bukan terhadap UMNO, ini tidak menjadi suatu "dosa" baginya kerana memang inilah amalannnya sebelum ini.

Apa lagi yang cuba hendak dinafikan oleh Saifuddin? Tuduhan Homoseksual terhadap Anwar bukannya dibuat oleh pemimpin tertinggi UMNO tetapi dibuat dengan kerelaan Saiful Bukhari yang merupakan bekas pembantu sulit Anwar sendiri.

Saiful juga sanggup bersumpah muhabbalah sedangkan Anwar enggan kerana menyifatkan sumpah dengan nama Allah itu tidak penting !

Kronisme dan juga Nepotisme memang sudah sebati dengan Anwar sewaktu dia masih di dalam UMNO lagi. Ramai yang mengetahui tentang perangai Anwar yang satu ini. Tak payahlah Saifuddin berpura-pura tak tahu hanya semata-mata mahu membodek bos. Agak-agaklah sikit kalau ya pun nak memenuhkan KPI mengampu.

Dan, tetang dakwaan Anwar menjadi AGEN CIA-Yahudi, tuduhan ini dibuat oleh beberapa pihak di Amerika termasuklah penulis blog di sana.

Lagipun Anwar sendiri yang membuktikan dirinya benar-benar pencacai Yahudi apabila membuat Apologies Tour bagi memohon keampunan diatas keterlanjurannya memaki hamun Israel sewaktu demonstrasi protes kekejaman Israel di Ibu Negara.

Lebih menarik lagi, Anwar telah menyatakan kepada pemimpin-pemimpin Yahudi di barat bahawa tindakannya memaki hamun Israel tersebut hanyalah lakonan semata-mata bagi mendapatkan sokongan politik dari masyarakat Islam di negara ini kepadanya.

Sebenarnya, Saifuddin tak perlulah membuang masa dengan memuji-muji kebaikan Anwar yang kononnya cuba diselindung oleh UMNO dan Kerajaan Barisan nasional. Saifuddin juga tak perlu merendahkan tahap pemikiran rakyat Malaysia dengan menimbulkan pelbagai fitnah terhadap UMNO.

Rakyat negara ini kini semakin rasional dan langsung tak boleh menerima dakwaan tanpa asas seperti yang dibuat oleh Saifuddin ini. Rakyat juga takkan terpengaruh dengan segala cerita-cerita baik Anwar kerana tembelangnya kini semakin terdedah di depan mata lengkap dengan bukti-buktinya sekali.

Yang panik dan gelabah sekarang ini ialah pemimpin-pemimpin Pakatan Haram. Populariti Anwar dikalangan rakyat semakin merudum dan imejnya yang diwar-warkan sebagai pemimpin agung juga semakin hancur.

Kini, hanya menunggu masanya sahaja untuk karier politik Anwar Ibrahim terkubur bersama impian serta angan-angannya untuk menjadi Perdana menteri !

(Oleh: pak_long)


Benarkah Melayu Islam akan hilang kuasa selepas PRU-13

Posted: 19 Jul 2010 05:03 PM PDT

Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato' Harussani Zakaria mengulangi kebimbangannya tentang pepcahan bangsa Melayu yang dilihat semakin kritikal di Malaysia. Sambil mengulangi kebimbangannya itu, beliau turut berpendapat bahawa bangsa Melayu akan kehilangan kuasanya di tanahair sendiri jika pepecahan Melayu ini berterusan. Beliau melahirkan kebimbangan itu memandangkan bangsa Melayu boleh dikatakan sebuah bangsa yang majoritinya Islam dan meletakkan keutamaan Islam di dalam agenda mereka.

Selain itu, Mufti Perak itu juga menyatakan bahawa sikap taksub kepada parti sama ada Melayu PAS mahupun UMNO telah sedikit sebanyak menggagalkan usaha menyatukan perpaduan ummat Islam di Malaysia. Beliau memberitahu kepada umum bahawa ada pemimpin PAS dan UMNO yang datang menemui beliau untuk berbincang mengenai perpaduan umat Islam yang semakin meruncing.

Dalam majlis yang berasingan, Zainur Zakaria yang merupakan bekas Naib Presiden Keadilan (PKR kini) menyeru agar bangsa Melayu untuk tidak takut untuk mempertahankan hak-hak keistimewaan mereka di tanah air mereka sendiri.

Pada saya, memang benar sekali kebimbangan Mufti Perak tersebut. Kuasa bangsa Melayu yang mentadbir di Tanah Melayu ini mungkin akan hilang pada PRU-13 yang akan datang. Ianya tidak mustahil untuk berlaku jika bangsa Melayu masih leka di"main" dan di"buai" oleh mainan politik. Mungkin Mufti Perak itu merujuk kenyataannya itu kepada perpaduan yang cuba dicapai oleh dua parti politik Melayu Islam terbesar di Malaysia iaitu PAS dan UMNO.

UMNO masih lagi kurang sempurna. Walaupun UMNO dilihat berjaya mengekalkan kuasa Melayu di Tanah Melayu, namun UMNO masihj lagi "gagal" untuk menyatukan semua Melayu di bawah "satu payung". Mungkin UMNO perlu mengkaji kelemahan tersebut. Mungkin ada yang tak kena pada UMNO sendiri. Selain itu, mungkin UMNO masih "gagal" merubah nasib dan minda bangsa Melayu untuk ber"tuan"an di tanah air sendiri. Melayu masih "gagal" dalam merubah budaya hidup negatifnya sehingga mantan Presiden UMNO sendiri, Tun M menggubah sajak yang bertajuk "Melayu mudah lupa" dan "perjuangan yang belum selesai...".

Mahupun begitu, PAS cuba menjuarai bangsa Melayu dengan menolak perpaduan bangsa Melayu ini dengan alasan bahawa perpaduan bangsa itu "holistik" berbanding perpaduan berteraskan Islam. Di dalam landskap ini, PAS berkeras untuk bersatu demi Islam dan mendesak agar UMNO menukar dasar partinya mengikut acuan mereka. Walaupun begitu, PAS enggan sekali mengakui kesilapan mereka. PAS bagaikan "maksum" seperti Rasulullah S.A.W.

Ego PAS bagaikan "mereka lebih Islam dari Melayu UMNO". Mereka sanggup menolak UMNO yang menghulurkan "salam perpaduan", tapi PAS memeluk erat pula "kafir harbi" dan "saudara kandung Yahudi". "Islam" PAS begitu angkuh sehingga Mursyidul Amnya sanggup mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan Islam yang sebenar. PAS enggan bersyura dengan UMNO. PAS begitu sombong sekali setelah mengikat tali persaudaraan dengan "kuffar" yang terang-terangan bertentangan dengan prinsip dan perlembagaannya.

PAS lebih sanggup diperkudakan "pembenci Islam" dari bergandingan bersama UMNO membangunkan Islam di Malaysia. Entah mengapa PAS begitu sukar untuk bekerjasama dengan UMNO untuk membangunkan sebuah negara Islam. UMNO sudah pun menubuhkan sebuah negara Islam, namun mengapa pula PAS enggan sama-sama mengimarahkan negara ini dengan cahaya Islam?

Sukar untuk diterima apabila PAS memperdagangkan Islam untuk manfaat politik mereka. Adalah sukar untuk diterima apabila Mursyidul Amnya mengatakan bahawa Allah itu juga Maha "Samseng". Malah Nik Aziz juga membenarkan ahli-ahli parti yang "lebih Islam" ini untuk mencarut sewenang-wenangnya. Mencarut dalam erti kata menghina pulak tu!

Sebaiknya, kedua-dua parti tak perlulah membuat kenyataan dan menuding jari menunjukkan salah pada mana-mana pihak. Sebaiknya, muhasabahlah diri dan lihatlah kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan. Lakukanlah kerana ikhlas demi Islam. Tidak rugi mengakui dan mengenal pasti kelemahan masing-masing. Dan kemudian, bertautlah untuk menampung mana yang kurang pada diri masing-masing. Jika PAS kaya dengan ilmu Islamnya, UMNO mungkin boleh belajar dari mereka. Jika UMNO hebat dengan kepimpinan dan pengalamannya, maka PAS belajarlah dari UMNO. Tak salah, kan?

Buanglah ego tu. Ego itu bukannya boleh dibawa ke kubur. Ego itu akan hancur apabila bertemu dengan Allah di akhirat kelak. Segala tanggungjawab, perlakuan, keluar masuk wang dan segala-galanya akan diperhitungkan Allah. Malah sehalus zarah sekali pun tidak akan terlepas. Mungkin alim ulama yang ada pada UMNO dan PAS lebih arif mengenainya. Jadi, tidak ada alasan lagi pada Melayu untuk bersatu. Jika mana-mana pihak yang menolak dan berdolak dalih, mungkin kita akan dapat meneka "isi hati"nya sama ada dia benar-benar mengikut syariat Islam atau tidak. Jika dia benar-benar Islam, pastinya Melayu akan bertaut menjadi satu kembali. Lainlah kalau ada kepentingan duniawi...kan?

(Oleh: dukeofmontecristo)


Tiada ulasan:

Pengikut