Jumaat, 16 Julai 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Berkawan dgn BABI lebih baik dari kawan dgn UMNO...

Posted: 15 Jul 2010 05:19 PM PDT

"Perlu diingat bahawa berkawan dengan UMNO, lebih baik berkawan dengan BABI. Sifat yang ada pada syaitan lebih baik daripada sifat yang ada pada UMNO".

Itulah ayat spontan seorang penyokong totok PAS apabila isu kerjasama diantara UMNO dan PAS ditimbulkan kembali oleh Tan Sri Muhyidin Yassin. Ini menunjukkan bahawa apa yang dikatakan oleh Datuk Shafie Apdal baru-baru ini adalah amat bertepatan sekali.

Islam mementingkan perpaduan dan hubungan yang baik diantara umatnya. Islam juga mengajar umatnya supaya menjaga tali silaturrahim sesama mereka.

Tetapi, umat Islam yang berada di dalam PAS pula amat bencikan perpaduan sesama Islam. Mereka lebih rela berkawan dengan BABI dan juga SYAITAN daripada menjalinkan perpaduan dengan UMNO.

Sebab itulah PAS dikatakan sudah SESAT. Mereka lebih memuliakan Babi daripada saudara seIslam mereka. Pengikut PAS juga lebih menyanjung Syaitan daripada menjalin ukhwah dengan muslim lain didalam UMNO.

PAS dikatakan sesat kerana mereka lupa bahawa Babi itu adalah HARAM di dalam Islam. PAS semakin sesat kerana telah diterangkan dalam Al-Quran bahawa Syaitan itu MUSUH umat Islam yang nyata. Tetapi inilah PAS, fikiran jumud mereka melampaui batas yang boleh kita imaginasikan.

Pemimpin-pemimpin PAS serta pengikut bebal mereka lebih rela mencium tangan Lim Kit Siang dan juga Karpal Singh daripada senyum kepada Tan Sri Muhyidin Yassin. Mereka juga lebih rela dibohong dan ditipu oleh kafir harbi DAP daripada berkerjasama dengan saudara Islam mereka di dalam UMNO.

Mereka berkata UMNO menolak Islam sebab itulah kerjasama dengan UMNO wajib diharamkan. Tetapi mereka boleh pula berpeluk dengan DAP yang secara terang menyatakan pendirian menolak penubuhan negara Islam dan juga perlaksanaan undang-undang Hudud.

UMNO dikatakan tak mahu mengikut ajaran Islam oleh pemimpin-pemimpin PAS didalam setiap ceramah. Ayat ini ditanam di dalam kepala semua pengikut-pengikut tegar mereka. Tetapi bagaimana pula dengan PAS? Bukankah menolak perpaduan serta memutuskan silaturrahim sesama Islam itu bermakna mereka juga tak mengikut apa yang ditekankan oleh Islam itu sendiri?

Malah bagi menerap perasaan bencikan umat Islam di dalam UMNO, Nik Aziz yang merupakan wali agung PAS dan pemimpin-pemimpin PAS lain sanggup membuat tafsiran sendiri ayat-ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.

Jika perangai serta tingkah laku PAS ini tidak boleh dikatakan sesat, apakah ada perkataan lain yang sesuai buat mereka?

Akidah pengikut-pengikut PAS ternyata telah menyeleweng akibat dari doktrin dendam kesumat yang diterapkan oleh Nik Aziz, Mahfuz, Mat Sabu, Nizar Jamaluddin, Idris Ahmad dan juga Hadi Awang dalam setiap Majlis-majlis anjuran mereka.

Inilah yang menjadi punca perpecahan umat Islam di dalam negara ini. Dan inilah juga yang dimahukan oleh puak-puak kafir diluar sana bagi mengambil kesempatan di atas kelemahan masyarakat melayu serta Islam.

Tetapi malangnya, pemimpin-pemimpin bodoh sombong seperti PAS langsung tak menyedari semua ini.

Yang mereka tahu, hanya kepentingan perut mereka sendiri dan juga membiarkan hawa nafsu syaitan mendahului akal mereka yang terselindung di sebalik serban !

(Oleh: pak_long)


Tiada ulasan:

Pengikut