Rabu, 14 Julai 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Mengapa pengikut PAS masih belum sedar...

Posted: 13 Jul 2010 09:27 PM PDT

Saya pun tak tahu ubat guna-guna cap apa yang telah diberikan oleh Anwar Ibrahim kepada seluruh pengikut Pakatan Haram terutamanya ahli-ahli PAS bagi membuatkan mereka mengikut telunjuknya umpama lembu dicucuk hidung. Hinggakan Anwar kini telah dianggap umpama seorang hero dan juga menjadi idola kepada mereka semua.

Saya melihat, walaupun datang bermacam-macam pendedahan serta fakta-fakta tentang diri Anwar yang sebenar, langsung 'tak lut' ke dalam hati dan minda para pengikut PAS dan PKR. Ini adalah sesuatu yang sungguh luar biasa. Mereka kini bagaikan buta segala pancaindera dan dan tak berfungsi mindanya.

Hari ini, apabila heboh diperkatakan mengenai Anwar sebagai agen CIA seperti yang didedahkan oleh pihak barat dan juga media dalam negara, ianya tidak langsung menggoyahkan pandangan pengikut Pakatan terhadap Anwar. Bagi mereka, ini semua hanya fitnah yang direka oleh kerajaan.

Malah, saya mendengar bahawa ada pengikut-pengikut PAS mengangkat Anwar Ibrahim setaraf dengan Presiden Iran iaitu Mahmoud Ahmadinejad hanya kerana Washington Post ada menyebut harus berhati-hati dengan Anwar ! Ini menimbulkan rasa takjub dihati saya tentang tahap pemujaan mereka-mereka ini terhadap Anwar Ibrahim.

Dan macam biasalah, PAS dilabelkan oleh ahli-ahli syok sendiri serta tanpa rasa sedar sebagai satu gerakan perjuangan Islam. Dan ini dijadikan hujah untuk menolak tuduhan bahawa Anwar telah menjadi talibarut Yahudi serta agen CIA.

Menurut mereka, mana mungkin seorang yang bersama-sama dengan parti yang memperjuangkan Islam itu boleh menjadi talibarut Yahudi. Dan mana logik jika seorang yang selalu membantu PAS memperjuangkan Islam seperti Anwar ini dikatakan sebagai agen CIA. Tambahan pula Anwar Ibrahim juga adalah seorang Islam !

Hebat sungguh imaginasi pengikut-pengikut PAS ini untuk membela Anwar Ibrahim. Jika inilah hujah mereka, mereka ternyata lupa bahawa di zaman Khalifah-khalifah Islam dahulu pun ramai individu yang menjadi perosak serta talibarut yang memusnahkan sesuatu kumpulan biarpun dia dikalangan umat Islam sendiri.

Para pengikut PAS perlu menghayati kisah tentang bagaimana Musailamah Ibn Habib ataupun lebih terkenal dengan gelaran Musailamah al Kazzab dari suku Bani Hanifah yang menjadi pengkhianat kepada kerajaan Islam sewaktu zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq R.A.

Musailamah ini begitu taksub menentang kerajaan Islam selepas kewafatan baginda Rasulullah saw hanya kerana mahu berkuasa. Dan Musailamah ini jugalah yang menjadi dalang menghasut masyarakat membuat satu pemberontakan hingga akhirnya dia dibunuh oleh seorang pejuang Islam yang bernama Wahsyi.

Yang menyedihkan, semua pengikut-pengikutnya telah menjadi Murtad akibat melawan perjuangan Islam yang dibawa oleh Khalifah Abu Bakar yang menjadi pemerintah kerajaan Islam ketika itu.

Apa bezanya Musailamah al-Kazzab dengan Anwar Ibrahim? Beza mereka berdua ini hanyalah zaman mereka. Yang lain-lainnya semua hampir sama baik dari kerakusan untuk berkuasa ataupun sifat-sifat menghasut demi kepentingan diri sendiri.

Dan perlu diingat, Musailamah bukanlah orang kafir..., dia telah memeluk Islam ketika baginda Rasullullah saw masih lagi hidup !

Bagi saya, Anwar Ibrahim selama ini diketahui bahawa mempunyai cita-cita untuk menjadi orang nombor satu dalam negara, dan apabila dia tak berupaya meraihnya secara SAH, Anwar terpaksa menjadi pengkhianat nombor satu negara juga bagi merealisasikan impiannya.

Walaupun terpaksa menjadi talibarut kepada Yahudi ataupun teraksa menjual negaranya, ini semua bagai tiada apa-apa bagi Anwar kerana baginya, yang penting hanyalah kuasa dan juga kedudukan sahaja.

Orang yang sanggup menjadi talibarut seperti Anwar ini ialah orang yang paling berbahaya. Jika tak ditangani dengan bijak, talibarut ini mampu meruntuhkan sesebuah empayar hanya dalam sekelip mata.

Saya amat berharap pihak berwajib dapat memantau dan juga mengambil tindakan awal sekiranya perlu bagi mengekang kerosakan yang dilakukan oleh mereka terhadap keselamatan negara.

Amaran sahaja tidak cukup melainkan ada satu bentuk tindakan fizikal yang dapat membatasi segala pergerakannya.

(Oleh: che_wan)


Cerita lawak dari DAP..!!!

Posted: 13 Jul 2010 04:07 PM PDT

Sampai keluar air mata aku ketawa. Nasib baik aku dapat "kontrol" sikit sekarang, barulah dapat menulis di sini. Jom aku konsi dengan pembaca semua kisah lawak dari DAP ini.

Sebetulnya, cerita ini aku dapat dari seorang rakan yang juga seorang wartawan yang agak "famous". Biarlah aku rahsiakan tentang rakan aku tu. Cerita ini ada juga disahkan kesahihannya di Malaysian Instinct. Sebab tu sekarang ni aku berani cerita kat korang...

Ceritanya adalah tentang seorang Timbalan Ketua Publisiti DAP Sabah iaitu Jeffrey Wong Su En yang mengaku telah dianugerahkan bintang "Knighthood" dari Queen Elizabeth II. Yang bestnya, kawan aku ni ada masa dia buat "press conference" yang dia adakan semata-mata nak beritahu media dia dapat gelaran tu. Dihebohkan pada media bahawa dia kini bergelar "Sir" Jeffrey! Perghhh..!!!

Lepas tu dia edarkan gambar dia dapat bintang tu. Dia ingat wartawan semua bodoh ke apa? Setelah gambar tu ditenung betul-betul, semua orang tahu bahawa gambar tu sudah di"edit". Gambar super imposed!!! Hahahahahahaha....!!!

Telegraph.co.uk online pulak membongkar lagi penipuan "Sir" Jeff nih! Akhbar online yang dari UK ni kata takde pun nama si Jeffrey ni dalam senarai penerima anugerah dari Queen Elizabeth II. Perghhh...! Mana la si Jeffrey ni nak letak muka dia?

Lepas tu pulak, Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur pun menafikan sekeras-kerasnya dakawaan si Jeffrey ni. Maka bertambah mengelupurlah mamat "gila nama" tu...Nak terbalik DAP Sabah dibuatnya!

Nak cover malunya, si Jeffrey ni cuba nak betulkan keadaan. Katanya dia dapat dari negara Papua New Guinea sempena "birthday" Queen Elizabeth II kali ke 84. Hahahaha...kali ni sapa nak percaya lagi cerita "Sir" Jeffrey ni?

"Latest news" yang aku dapat dari Malaysia Instint, DAP dah "angin satu badan" dengan mamat ni. Dengar kata ada "konspirasi" nak buang "Sir" Jeffrey ni dari DAP sebab memalukan DAP dikhalayak dunia.

Dah tu DAP bagi pulak alasan mamat ni mengaku sebagai "Ketua Pemuda DAPSY Sabah" pada media. Haruuuu la DAP ni. Elok la tu. Penyangak jual penyamun. Kat Semenanjung ni DAP jadi penyangak, kat Sabah Sarawak DAP jadi penyamun. Yang "beli" penyamun dari penyangak ni ialah PAS dan PKR. Hancusss!!!

(Oleh: dukeofmontecristo)

Tiada ulasan:

Pengikut