Selasa, 6 Julai 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Kemelut Pasir Selangor: Siapa Mangsa dan Siapa puncanya?

Posted: 05 Jul 2010 05:12 PM PDT

Laporan menyatakan bahawa ADUN PKR Sri Muda, YB Shuhaimie Shafie, dipanggil semula oleh SPRM untuk disoal siasat berkenaan kes "pasir" di Selangor. Ini adalah kali kedua "kambing hitam" ini dipanggil oleh SPRM setelah disoal siasat minggu lalu bersama "seekor" lagi "kambing hitam", yang juga ADUN PKR Sri Muda, YB Amirudin Shaari.

Nampaknya SPRM tidak menghiraukan "amaran" dari "boss baru PKR Selangor" yang cuba menimbulkan kebencian rakyat terhadap agensi Kerajaan itu baru-baru ini. Azmin yang cuba memburuk-burukkan imej SPRM, pastinya "naik berang" terhadap SPRM apabila cuba membuktikan bahawa pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sememangnya korup!

Tapi, mengapa hanya dua ADUN PKR ini sahaja yang di"highlight" oleh SPRM dan pihak media akhbar? Bukankah segala hal ehwal pasir di negeri Selangor adalah di bawah seliaan Menteri Besar? Takkanlah Menteri Besar tak tahu tentang hal ehwal "pasir" di negerinya sendiri?

Saya dikhabarkan oleh beberapa kontraktor di negeri Selangor bahawa nilai pasir di negeri ini bagaikan nilai emas! Begitu berharga sekali. Mereka mengatakan bahawa ketika BN mentadbir Selangor, pengeluaran pasir adalah begitu ketat sekali dipantau oleh pihak kerajaan negeri, malah ada ketikanya, Dr. Khir yang merupakan MB Selangor ketika itu terpaksa turun padang bersama penguatkuasa untuk memastikan tiada "pasir" yang dicuri atau "dipintu belakang"kan. Memang agak perit bagi kontraktor-kontraktor itu. Namun, mereka agak senang hati apabila pengeluaran pasir adalah sangat adil dan berpatutan tanpa sebarang isu "tersembunyi".

Oleh kerana beberapa kontraktor yang saya temui itu telah dijanjikan "kemudahan pasir" oleh pihak pembangkang sebelum PRU12, maka mungkin kerana itulah mereka memilih untuk memangkah undi untuk pembangkang. Malah ada yang sanggup menghulurkan ribuan ringgit kepada parti pembangkang untuk kempen mereka sebagai "pengorbanan" dan "sumbangan" peribadi. Saya ulangi, "sumbangan ikhlas", bukan "rasuah", tau!

Namun malang, rupanya kontraktor-kotraktor ini ditipu bulat-bulat! Bukan hanya mereka susah nak dapatkan bekalan pasir, malah mereka terpaksa menghadapi pelbagai "tol" dan syarat untuk mendapatkan pasir untuk projek mereka. Mereka merasakan bahawa bagai wujud satu "kuasa" yang membolot bekalan pasir di Selangor. Malah menurut mereka, ada beberapa kawasan pasir "haram" telah dipecah masuk oleh "kuasa" itu. Saya bertanyakan kesahihan bukti mengenai dakwaan mereka. Namun seperti biasa, mereka tidak punya bukti kukuh mengenai "rompakan pasir" tersebut mahupun pembabitan "kuasa" tersebut dalam pembolotan pasir di negeri Selangor. Yang pastinya, mereka akan terus dalam kepayahan mendapatkan bekalan pasir.

Pada saya, perkara ini perlu dijawab oleh Khalid Ibrahim yang bertindak sebagai MB Selangor dan juga "chief de mission" untuk perkara "pasir" ini. Namun saya bimbang jika Khalid sendiri tidak tahu menahu tentang perkara pasir ini memandangkan operasinya dijalankan oleh pihak lain. Laporan untung rugi pasir di Selangor pun disalah lapor di dalam sidang DUN, apatah lagi diminta Khalid mengetahu dengan terperinci mengenai kemelut pasir di Selangor. Apa dia peduli asalkan dia "masyukkkkk...", dan orang lain di"kambing hitam" dengan pelbagai persoalan "pasir" dari SPRM!

Saya tidak mengatakan bahawa Khalid Ibrahim meneriman rasuah "pasir" kerana saya tidak punya bukti. Saya bukan seperti PR yang sentiasa memfitnah kerajaan BN dan UMNO dengan membuta tuli tanpa sebarang bukti. Namun, semua rakyat Selangor "celik" dengan kemelut "pasir" di negeri mereka ini. Dikhabarkan bahawa operasi "pasir" di bumi Selangor ini dikawal selia oleh "gangsters", "kongsi gelap" dan "mafia" Selangor, dan bukan lagi Kerajaan Negeri Selangor! Kerajaan negeri mungkin hanya memegang "kertas hitam putih"nya, namun "kuasa" sebenarnya milik siapa? Pandai-pandailah pembaca cari jawapannya.

Yang pastinya, ada beberapa pihak dalam PKR yang menerima kesan tentang perkara ini secara langsung atau tidak langsung. Keadaan Khalid di Selangor mungkin seperti "telur dihujung tanduk". Jika kedua-dua "kambing hitam"nya "mengaum" pada SPRM, mungkin dia akan "selamat". Namun, jika kedua-dua "kambing hitam"nya "mengembek" jua di hadapan SPRM, maka berkemungkinan dia akan "kantoi"dikorbankan. Azmin pastinya "tersenyum puas" apabila perkara ini berlaku. Kerusi MB Selangor dalam igauannya. Siapa agaknya yang menjadi "fire starter" kepada kes "pasir" di Selangor? "Konspirasi peringkat tertinggi"??? Macam pernah dengar je ungkapan ni...

(Oleh: dukeofmontecristo)


Azmin cuba hasut rakyat Selangor benci SPRM, PDRM & Peguam Negara.

Posted: 04 Jul 2010 09:13 PM PDT

"Raja PKR Selangor" yang baru menggulingkan "Raja Pasir Selangor" dilaporkan menuduh pihak BN menyalahgunakan agensi Kerajaan seperti SPRM, PDRM dan pejabat Peguam Negara untuk menjatuhkan Kerajaan PR Negeri Selangor. Azmin mengeluarkan dakwaan beunsur hasutan itu di hadapan penyokong-penyokong PR baru-baru ini. Nak termuntah saya mendengar hasutan berbau busuk perut tersebut!

Azmin berkata begitu setelah mendengar "cerita" dari dua ADUN Pakatan Rakyat yang disoal siasat SPRM, iaitu Amirudin Shari dari Batu Caves dan Shuhaimie Shafie. Kepala hotak dia laaa!!! Tidakkah dia tahu bahawa berapa ramai pemimpin BN, tak kira dari UMNO, MCA, MIC dan lain-lain parti komponen disoal siasat sebelum ini? SPRM tidak mengenal partilah, bongok! Dr. Khir sendiri pernah disoal siasat lebih dari enam jam, siang dan malam disoal bertubi-tubi, di asak dengan pelbagai persoalan. Itu baru Dr. Khir. Ramai lagi yang disoal-siasat, tapi tak pernah mengadu pun sebab YB-YB dari BN ini semuanya lelaki. Tidak macam YB-YB Pakatan Rakyat yang "separa lelaki" yang sikit-sikit nak mengadu. Nak tanya sikit, "dah adu pada mak bapak ke??? Auuww...

Siapa yang desak tubuhkan SPRM? Siapa yang tubuhkan SPRM? Bukankah Pakatan Rakyat juga yang desak Pak Lah tubuh SPRM dulu. Keanggotaan SPRM dan ketelusannya? Sila tanya Zaid "kesayangan" korang tu! Dia yang tubuhkan SPRM. Kementerian dia tu! Mengapa sekarang dipersoalkan pula SPRM tu? Sebetulnya, dulu dah ada SPR, dan kononnya diperkukuhkan lagi agensi pencegahan rasuah dengan penubuhan SPRM. Mengapa pula baru sikit disoal siasat sudah bising-bising? BN takde masa nak campur tangan dalam SPRM. Pemimpin BN sendiri ramai yang "terkulai" di tangan SPRM, takkan SPRM tak boleh sentuh pemimpin PR kottt...???

BN guna PDRM? Rakyat semua tahu PDRM tidak pernah menyebelahi mana-mana parti. Tak kira BN atau parti "haram" seperti Pakatan Rakyat yang belum berdsftar. Semua orang tahu PDRM akan mengambil tindakan kepada sesiapa saja yang mencabul undang-undang Malaysia. Tak kira Menteri mahupun tukang kebun, siapa langgar undang-undang, PDRM cekup!

Masalahnya, pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokongnya suka langgar undang-undang. Takkanlah PDRM nak duduk diam pula? Kalau duduk diam, nanti rakyat kata PDRM"makan gaji buta" pula! Cuba "cermin diri" tu sikit. Si De Facto suka "bontot" orang, takkan polis duduk diam kot? Dah tu pemimpin-pemimpin PR dan penyokong-penyokongnya pula suka buat perhimpunan haram, halang lalu lintas, rugikan peniaga, kacau ketenteraman awam (public nuisance), takkan PDRM nak duduk diam kot? Mentang-mentanglah rakyat Malaysia ni kurang ilmu undang-undang, kalau di "oversea" dah lama dah korang kena saman sebab ganggu ketenteraman awam ni. Itu pun nak salahkan BN ke?

BN guna pejabat Peguam Negara? Si Azmin ni dah "berterbiat" ke apa? Peguam Negara tu adalah badan yang "free political interest". Kalaulah BN nak salah guna kuasa menggunakan Peguam Negara, dah lama dah pemimpin Pakatan Rakyat masuk "kandang besi" sama ada di Sungai Buloh atau Kajang! Hari-hari pemimpin Pakatan Rakyat boleh kena dakwa. Dah penuh dah penjara dengan muka korang semua! "Menguek" sikit je, terus "masuk dalam". Sedangkan sekarang semua pemimpin Pakatan Rakyat kelihatan sangat bebas! Bebas hingga mampu menganjurkan "aktiviti kegemaran" seperti perhimpunan haram, fitnah besar-besaran, cabar perlembagaan, cabar DYMM Sultan dan Raja-Raja Melayu dan "bebas" jual arak! Itu pun cakap pejabat Peguam Negara diperguna BN ke? Rasanya pejabat Peguam Negara sendiri pun malas nak campur tangan "politik budak-budak" Pakatan Rakyat tu!

Azmin dah tunjuk "belang". Konon "belang"nya itu akan menggugat angin perubahan sokongan rakyat Selangor kepada BN dan UMNO. Dia fikir bahawa dengan ditabalkan menjadi "Raja PKR Selangor", maka dia akan dapat mempertahankan PR di Selangor dan seterusnya menjadi MB? Sedangkan dia sendiri sedar bahawa PKR sudah "nyawa-nyawa ikan" diseluruh negara. Sedangkan dia tahu betapa rakyat Selangor sangat menyesal mengundi PR pada PRU12 yang lalu. Dia sendiri tahu betapa korupnya PR berbanding fitnahnya terhadap BN. Jangan mimpilah Azmin!

(Oleh: dukeofmontecristo)


Tiada ulasan:

Pengikut