Khamis, 1 Julai 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Sekali lagi Pas menipu dan tertipu.

Posted: 30 Jun 2010 11:10 PM PDT

Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Sing, terkejut apabila diberitahu oleh Malaysian Insider bahawa Pas telah memaklumkan disetiap ceramah-ceramah mereka yang DAP telah pun menerima konsep negara Islam dan menghormati pendirian Pas tentang penubuhan negara Islam.

Karpal juga menolak idea penubuhan negara Islam yang Pas mahukan dan menyatakan bahawa amat mustahil bagi DAP berkompromi di dalam hal itu dengan Pas biarpun kedua-dua parti itu mempunyai ikatan dalam Pakatan Rakyat.

Bagi Karpal, DAP tetap menganggap Malaysia sebagai sebuah negara sekular biarpun Islam menjadi agama rasmi negara ini. Soal sama ada Pas mahu mewujudkan negara Islam seandainya Pakatan Rakyat berkuasa kelak, itu bukan masalah DAP kerana pendirian parti perkauman tersebut jelas menolak apapun berkaitan Islam.

Pada masa yang sama, Karpal mendakwa bahawa Tun Mahathir yang memulakan proses pengislaman negara Malaysia. Tun Mahathir lah yang mengubah realiti Malaysia dari sebuah negara sekular dan ini disifatkan oleh Karpal sebagai mengelirukan orang ramai tentang identiti Malaysia yang sebenar.

Karpal juga mengingatkan Pas bahawa kini hanya PKR sahaja yang menjadi pengikat diantara Pas dan DAP. Tanpa PKR dan Anwar Ibrahim, Pas tak akan dipandang langsung oleh DAP.

Presiden DAP ini juga berharap bahawa Pas akan mengubah pendirian didalam isu penubuhan negara Islam. Dia mahukan pemimpin-pemimpin Pas menjadi lebih liberal jika mahu menjalin kefahaman dengan DAP. Jika tidak, Pas boleh melupakan sebarang kompromi di antara kedua-dua parti ini.

Jelas disini bahawa Pas sebenarnya syok sendiri didalam kerjasama mereka dengan DAP. Ulamak-ulamak politik Pas tanpa segan silu berceramah kepada rakyat bahawa DAP telah mula menerima Islam, rupa-rupanya itu hanya angan-angan kosong Pas.

Jika mengikut kenyataan Karpal, DAP hanya berlakon baik di depan Pas bagi menjadikan mereka sebagai alat untuk menarik undi melayu/Islam. Pas dimata Karpal dan DAP tak lebih dari seekor kaldai yang digunakan untuk mengangkut muatan mereka menuju ke destinasi yang dituju. Yang pasti, kaldai Pas akan disembelih setelah tak berguna lagi untuk DAP.

Kenyataan terbaru Karpal ini juga telah membuktikan yang Nik Aziz serta Hadi Awang sebenarnya telah menipu seluruh jemaah Pas. DAP yang diwar-warkan mula menerima Islam Pas secara perlahan-lahan, rupa-rupanya tetap berfahaman komunis dan juga rasis mereka.

Sia-sia lah segala ampu dan puji-pujian pencacai-pencacai Pas kepada Lim Guan Eng yang diangkat sebagai khalifah di P.Pinang. Melopong lah mangkuk-mangkuk Pas yang menyanjung Nga Kor Meng sewaktu membacakan surah Aura di Perak dan bergulinglah totok Pas di Kelantan yang sanggup mencium tangan Lim Kit Siang sewaktu Muktamar Pas di Kota Bharu.

Nampaknya sekali lagi Pas membuktikan bahawa disebalik serban pemimpin mereka, tersembunyi akal kurang cerdik didalam berpolitik. Kononnya pemimpin-pemimpin Pas mahu mencontohi Nabi yang berkerjasama dengan kafir di Madinah. Tetapi sebaliknya, ulamak-ulamak cap ayam Pas dibuli dan dipermainkan oleh kafir di Tanah Melayu ini.

Dibawah kepimpinan Nik Aziz, Pas akan tetap selamanya menjadi sebuah parti melayu yang tiada kredibilti dan kualiti untuk menjadi peneraju. Dibawah pimpinan Nik Aziz juga, Pas akan terus dipandang rendah oleh masyarakat dan juga akan selamanya diperbodohkan oleh musuh Islam.

(Oleh: pak_long)


Tiada ulasan:

Pengikut