Khamis, 8 Julai 2010

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Tahniah, Kota Belud Terpilih Sebagai Lokasi Kejohanan Piala Naib Presiden, Persatuan Sepak Takraw Malaysia.

Posted: 08 Jul 2010 10:56 AM PDT

Pada tanggal 3-4 Julai 2010 daerah Kota Belud telah dipilih sebagai lokasi Kejohanan Piala Naib Presiden, anjuran Persatuan Sepak Takraw Malaysia yang telah diadakan di Dewan Tun Said.

Selaku Wakil Rakyat di kawasan ini, saya merasa amat bangga kerana daerah ini terpilih menjadi lokasi kejohanan, saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya kepada pihak persatuan kerana memberi peluang kepada masyarakat di daerah ini melihat sendiri kejohanan sepak takraw yang bertaraf kebangsaan.

Kejohanan ini juga mempamirkan kelibat-kelibat pemain-pemain sepak takraw negara yang berjaya mencuit hati para pencinta sukan di daerah Kota Belud.

Saya berkeyakinan dengan kehadiran para pemain negara ke daerah ini saya percaya dapat menjadi pendorong kepada anak-anak muda di daerah ini untuk bergiat cergas dalam acara sukan tersebut.




Malam 3 Julai 2010, saya menghadiri satu majlis makan malam sempena meraikan kehadiran Persatuan Sepak Takraw Malaysia dan para pemain sepak takraw Malaysia yang diadakan di Rumah Rehat, Kota Belud.

Ketika berucap pada majlis itu, saya berpendapat acara sukan sepak takraw mempunyai ruang yang luas untuk dilonjakkan menjadi acara sukan yang digemari bukan sahaja rakyat di Asia malah rakyat Antarabangsa secara keseluruhannya.

Bagi meralisasikan impian itu pendekatan holistik yang terperinci memerlukan kerjasama dari semua pihak di negara ini.

Sebagai contoh acara sukan 'Baseball' yang satu ketika dahulu hanya begitu popular dimainkan di Amerika Syarikat, kini telah terkenal di negara Jepun, Korea, Taiwan, Australia dan sehinggakan acara sukan ini menjadi pertandingan antarabangsa yang diiktiraf oleh masyarakat dunia.

Begitu juga dengan sukan 'American Football' hanya popular di negara Amerika Syarikat tetapi kini telah menjadi sukan antarabangsa.



Maka sebab itu saya tidak hairan satu masa nanti atas kerja keras Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Majlis Sukan Negara dan kerajaan di Negara ini tidak mustahil acara sukan sepak takraw akan betul-betul menjadi sukan bertaraf antarabangsa bukan sahaja di Asia malah di seluruh dunia.

Sukan sepak takraw merupakan salah satu acara sukan yang berupaya menyatupadukan pelbagai kaum, perbezaan ideologi politik dan pelbagai anutan agama di negara ini.

Ini terbukti setiapkali pertandingan sepak takraw diadakan samada ada di peringkat kampung, daerah, negeri mahupun hingga ke peringkat kebangsaan acara sukan itu sentiasa mendapat sambutan hangat dari pelbagai lapisan rakyat di negara Malaysia.

Hadir sama pada majlis itu antaranya, Naib Presiden 1, Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Awang Sham Amit, Naib Presiden 4, Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Dr. Wadi Bahadi, Pengurus Sukan, Majlis Sukan Negara, Kamal Asnawi, Ketua Polis Daerah Kota Belud, Asp.Mohan Nadasen, Ketua Pemuda Umno Kota Belud, Bahrol Senawi, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta para pemimpin setempat yang lain.

Sallam.

DARD

Tiada ulasan:

Pengikut