Selasa, 29 Jun 2010

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


KEBAKARAN DI KAMPUNG SUNGAI KERAYONG

Posted: 28 Jun 2010 06:58 PM PDT

Pada jam 2. 30 petang semalam , 28hb Jun 2010, di Perkampungan Setinggan Sungai Kerayong,Taman Maluri Cheras, Kuala Lumpur, satu kebakaran telah berlaku dengan pantas yang dipercayai berpunca dari litar pintas dari salah sebuah rumah setinggan di situ. Api kemudian telah merebak dan membakar 10 buah unit rumah. Kira-kira 60 buah rumah, yang dibina rapat-rapat, telah berjaya diselamatkan anggota bomba.


Untuk makluman semua Ahli UMNO , Puteri UMNO , Wanita UMNO dan Pemuda UMNO Bahagian Cheras, satu majlis penyerahan bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Sungai Kerayong akan di adakan pada hari ini , 29hb Jun 2010 di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Kerayong pada jam 1.30 petang. Sumbangan akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.


PERTANDINGAN BOLAJARING PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS 2010

Posted: 28 Jun 2010 05:45 PM PDT

Biro Sukan Pergerakan Puteri UMNO telah menganjurkan Pertandingan Bolajaring bersempena dengan bulan Karnival Sukan Juara Rakyat . Pertandingan Bolajaring tersebut telah di adakan di Pusat Rekreasi Cheras pada 26hb Jun 2010. Sebanyak 12 pasukan yang telah mendaftar untuk bertanding di mana pasukan yang menyertai terdiri daripada ahli - ahli Cawangan Puteri UMNO Bahagian Cheras , Persatuan Belia 4B Cheras , Pelajar - Pelajar IPT dan rakan - rakan Komponen Barisan Nasional.

Aturcara bermula sejak awal pagi, di mana semua peserta Pertandingan Bolajaring dan penduduk setempat telah memanaskan badan dengan acara Senamrobik Gaya Hidup Sihat. Pelbagai aktiviti lain turut di aturkan sempena Karnival Sukan Juara Rakyat, termasuk acara mewarna bagi kanak - kanak dan pemeriksaan kesihatan bagi penduduk setempat.

Pertandingan Bola Jaring Puteri UMNO Bahagian Cheras telah di juarai oleh Puteri UMNO Cawangan Jalan Peel, di ikuti Puteri MIC sebagai Naib juara dan tempat ketiga telah di menangi oleh Persatuan Belia NC 7.

Sepanjang bulan Jun iaitu bulan Karnival Sukan Juara Rakyat, pelbagai acara - acara sukan Rakyat seperti pertandingan Sepak raga Bulatan, Dam Aji ,Batu Semban dan catur telah di anjurkan bersama oleh Biro Sukan Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Cheras. Acara kemuncak dan penyampaian hadiah telah di adakan di Pusat Rekreasi Taman Pudu Ulu pada 27hb Jun 2010 bersamaan hari Ahad yang lepas. Naib Ketua Bahagian UMNO Bahagian Cheras iaitu Datuk Haji Md Nasir Ghani telah menyempurnakan acara penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang - pemenang acara Sukan Karnival Juara Rakyat. Turut hadir pada acara kemuncak tersebut adalah Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Tuan Syed Mehdar Syed Abdullah dan Pengerusi Penganjur Karnival Sukan Juara Rakyat, Saudara Tun Mustafa Hamizudin.

Kepada pasukan - pasukan yang telah berjaya, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengucapkan ucapan syabas dan sekalung tahniah. Semoga semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan yang diterapkan sepanjang pertandingan akan berterusan dan berkekalan.

Tiada ulasan:

Pengikut