PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN |
GRAND FINAL FUTSAL ....SEMANGAT KESUKANAN... Posted: 21 Jun 2010 05:34 AM PDT Pada Jumaat 18 Julai..sebagaimana yang dijanjikan telah berlangsung perlawan antara juara futsal PPU Rompin bertempat di gelanggang rakyat Leban Chondong...Sebanyak 10 pasukan yang mewakili pasukan terbaik setiap zon dan Dun telah mengambil bahagian... Sepak mula telah dilakukan oleh YB.Kapten(B) Johari Husin,ADUN Tioman yang juga merupakan Pengerusi Biro Putera PPU Rompin...Turut sama menyaksikan perlawanan ini adalah YH Dato'Hasan Arifin,Timbalan Ketua UMNO Bahagian,NK PPU,Saudara Yusmizan serta AJK PPU yang lain... YB KP,Dato'Mohamad Sahfri yang turut hadir juga sempat menyaksikan perlawanan sehingga ke perlawanan akhir...Beliau melahirkan rasa bangga kerana jumlah penyertaan dari peringkat awal adalah lebih kurang 120 pasukan yang kebanyakannya adalah pengundi dah ahli muda dan kalau dihitung pertandingan ini telah berjaya menghimpunkan lebih kurang 1200 pemain secara keseluruhannya.. Tahniah kepada AJK yang terlibat dalam penganjuran temasya ini dan berjaya menyelesaikan masalah teknikal yang timbul secara berhemah dan penuh semangat kesukanan... |
You are subscribed to email updates from PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan