Selasa, 29 Jun 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Lawak of the day, PM diugut perisik S'pork

Posted: 29 Jun 2010 06:03 AM PDT

Manusia bernama Badrul Hisham dari PKR ni tak habis-habis dengan imiginasi perisikan ala-ala James Bondnya, mungkin pengaruh CIA dan KGB yang terlalu kuat agaknya. Kali ni ddalam tulisan terbaru blognya yang disiarkan media yang bakal bankrap, Suara Keadilan di sini, Badrul cuba menimbulkan teori konspirasi kononnya DSN diugut perisik Singapork berkaitan hubungan dengan mendiang Altantunya sehingga dengan mudah menyerhkan tanah KTMB kepada kerajaan Singapork. Andaian dan teori Badrul ialah bersandarkan akuan bersumpah P Balasubramanian yang penuh keraguan dan diketahui didalangi Ketua Umumnya sendiri.

Biar pun telah berkali-kali dinafikan termasuk bersumpah dengan nama Allah swt, pihak pembangkang PR nampaknya masih tidak putus asa untuk mengaitkan PM dengan kes pembunuhan Altantunya. Badrul yang diketahui cepat kecut telur bila diugut untuk disaman (dengan KJ dialam isu pengundian di Parlimen Rembau), cuba menghidupkan peluangnya dengan mengaitkan PM sebagai pemimpin yang ditarik muncung oleh pihak asing terutama Singapork. Lawan dengan budak hingus ehsan Pak Mertua pun kalah, nak lawan pemimpin hebat dan penuh pengalaman macam Perdana Menteri pulak.

Seperti yang dijelaskan kerajaan, KTMB masih lagi memiliki tanah di Singapork cuma lokasi itu saja yang diubah daripada Tanjung Pagar ke Woodlands, tiada tanah yang tergadai seperti mana yang difitnahkan pembangkang. Malahan tanah baru yang digantikan ini adalah di Marina Bay iaitu daerah kewangan Singapork yang sedang naik harga hartanahnya. Dengan itu andaian Badrul bahawa KTMB boleh menjadi bankrap juga tidak masuk akal.

Dengan tanah yang ada di Tanjung Pagar itupun, apa sangat yang boleh dibuat oleh KTMB kerana perjanjiannya hanya untuk menjalankan operasi keretapi, pendek kata memang kerajaan Singapork tidak boleh usik tapi KTMB (sebut kerajaan Malaysia) juga tidak boleh nak majukan atau Singapork berhak mengambil alih tanah tersebut. Fakta ini yang cuba diputar belitkan oleh pembangkang sepeti Badrul yang cuba menunjukkan semangat patriotiknya sebagai rakyat Malaysia secara tiba-tiba. Tanah baru, perjanjian juga baru, berbanding dengan perjanjian di Tg Pagar yang tidak membenarkan kawasan tersebut dimajukan selain daripada yang berkaitan dengan kereta api, KTMB mempunyai hak untuk membangunkan tanah di Woodlands. Keputusan ini jelas memberi kelebihan kepada kedua-dua pihak Malaysia dan Singapork.

Oleh itu kita tidak nampak sebab bagaimana Datuk Seri Najib perlu akur kepada tekanan daripada pihak perisik Singapork seperti yang cuba di bangkitkan oleh Badarul. Kita pun tahu gambar yang di war warkan itu sebenarnya tidak wujud sehingga Tien Chua terpaksa membuat super imposed konon-konon Datuk Seri Najib pernah berjumpa altantunya. Sebetulnya pembangkang cemburu dengan kejayaan Datuk Seri Najib menyelesaikan isu-isu tertangguh dengan negara jiran kita, jika mereka menjadi kerajaan pusat sekalipun, belum tentu mereka mampu menyelesaikan permasalahan tersebut seperti mana yang dilakukan Datuk Seri Najib sekarang.

Kita tidak bermaksud mahu merendahkan martabat PM dengan melayan teori bodoh budak mentah seperti Badrul, cuma kita mahu sementara Datuk Ahmad Maslan menyediakan writ saman berhubung kenyataan muka depan Suara Keadilan kononnya Felda Bangkrap, sudilah kiranya dimasukkan juga sedikit ruang untuk menyaman Badrul sekali sampai tinggal seluar dalam saja.

(Oleh: adamyan)



Tiada ulasan:

Pengikut