Selasa, 22 Jun 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Kerajaan PAS Kedah zalim kepada Pondok Agama di Kedah!

Posted: 21 Jun 2010 11:29 PM PDT

Sangat mengejutkan! Sebuah pondok yang terkenal di Kedah yang juga selama ini "menyokong" PAS telah dikenakan tindakan pemotongan belakan air! Sekolah Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah yang lebih dikenali sebagai "Pondok Pak Ya" yang terletak di "kubu kuat" PAS itu telah diambil tindakan oleh SADA atau lebih dikenali sebagai "Syarikat Air Ustaz Azizan" itu telah mengalami tindakan pemotongan air walaupun rayuan rasmi telah dibuat oleh pihak pengurusan pondok tersebut.

Menurut sumber, Sekolah tersebut mempunyai bil air tertunggak sehingga mencecah ribuan ringgit. Bil utiliti sekolah pondok berkenaan tidak dapat dijelaskan berikutan masalah kewangan yang dihadapi pihak pengurusan sekolah tersebut. Namun, demi meneruskan operasi dan menjamin pendidikan di institusi pondok berkenaan, satu surat rayuan telah dikemukakan kepada pihak SADA.

Surat rayuan berkenaan meminta pertimbangan sewajarnya kepada SADA agar tidak memotong keperluan asas sekolah terbabit. Selain itu, sekolah pondok berkenaan merayu untuk medapat diskaun 50% dari bil air semasa dan akan melangsaikan baki bayaran dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM5 ribu. Namun setelah surat itu dihantar, tiada respon sewajarnya dari pidak SADA. Malah, SADA telah menghantar pekerjanya memotong bekalan air itu dengan segera. Itukah "hadiah" dan jawapan kepada surat rayuan tersebut?

Saya difahamkan bahawa, SADA adalah sebuah jabatan yang menggantikan Jabatan Bekalan Air yang telah diswastakan oleh pihak kerajaan negeri. Pada saya, sebagai sebuah kerajaan yang melaungkan slogan "Kedah Sejahtera", SADA sebagai sebuah anak syarikat negeri harus mempunyai sikap bertimbang rasa dalam menyejahterakan rakyat. Namun, tindakan SADA ini ternyata bertentangan apabila menafikan keperluan asas rakyat, terutamanya sebuah pondok yang melahirkan banyak tokoh-tokoh agama di Kedah.

Untuk makluman semua, "Pondok Pak Ya" ini bukanlah "pondok bermain masak-masak" yang kanak-kanak dok main tu. Pondok Pak Ya di Batu 16 Padang Lumat ini begitu terkenal. Pondok ini pernah terbakar suatu ketika dahulu, namun kerajaan BN ketika itu yang menilai tentang kedhaifan dan kurangnya keperluan asas di pondok ini telah berbesar hati menghulurkan bantuan. Walaupun pondok itu adalah penyokong PAS sekalipun, namun atas dasar kepentingan ilmu agama dan kemanusiaan, kerajaan BN tetap menolong meringankan beban Pondok Pak Ya tersebut.

Berlainan sifatnya dengan PAS yang men"jajah" negeri Kedah, mereka dengan kejamnya, menzalimi keperluan asas kehidupan anak-anak kita yang belajar disitu. Sekali gus, menjejaskan prestasi dan operasi institusi pengajian ilmu agama di sekolah pondok tersebut. Saya faham bahawa Pondok Pak Ya berhutang dengan SADA, namun mengapakah tindakan yang merugikan ini diambil oleh SADA?

Mengapa SADA tidak memberikan pertimbangan sewajarnya kepada Pondok PakYa, sedangkan terang-terangan kerajaan negeri memberikan peruntukan lumayan kepada sekolah cina dan india di Kedah untuk memancing undi? Apakah Pondok Pak Ya tidak memberikan undi kepada PAS di Padang Lumat? Apakah Ustaz Azizan pernah "kalah" di DUN Sala? Siapa yang tidak beri undi kemenangan Ustaz Azizan jika bukan dari pengaruh undi dari Pondok Pak Ya? Namun, ini balasannya dari Ustaz Azizan? Sadis...sadis...

Satu saja soalan terakhir saya kepada Ustaz Azizan. "Mengapa Ustaz Azizan tidak memberi pertimbangan sewajarnya kepada Pondok Pak Ya ini, sedangkan Pondok Pak Ya telah merayu kepada pihak SADA yang mewakili pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah yang melaungkan slogan KEDAH SEJAHTERA?". "Sejahtera"kah mereka? Fikir-fikirkanlah..

(Oleh: dukeofmontecristo)


Perang lawan pembangkang. Mampukah UMNO?

Posted: 21 Jun 2010 09:27 PM PDT

Saya sebenarnya amat teruja apabila mendengar Naib Presiden UMNO, DS Hishamuddin mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap pembangkang. Seharusnya ini yang patut dilakukan oleh UMNO bagi mengekalkan kekuatan parti tanpa memberi ruang kepada pihak pembangkang menyebarkan dakyah sempit mereka.

Pada zaman Tun Lah, pintu untuk pembangkang menghentam kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO dibuka seluas-luasnya di atas nama kebebasan bersuara. Hasilnya, Barisan Nasional tumbang 5 negeri pada PRU12.

Peralihan kepimpinan negara dan juga teraju parti kepada DS Najib juga masih terumbang ambing dek kerana terlalu tebal daki dan kotoran tinggalan zaman gelap Tun Lah yang terpaksa disental keluar. Begitu juga dengan saki baki anasir-anasir dedalu yang diangkat kedalam pimpinan parti pada masa itu yang masih belum dapat dihapuskan hingga kini.

UMNO kini terpaksa bergelut akibat salah percaturan politik kepimpinan sendiri dan inilah sebenarnya punca kepada semua permasalahan yang timbul berkaitan isu kelemahan UMNO. Selagi semua permasalahan ini tak diselesaikan, selagi itulah UMNO akan hilang "magik" yang pernah ada pada parti keramat ini sewaktu legasi Tun Mahathir dan juga pimpinan-pimpinan negarawan terdahulu.

Sebelum DS Hishamuddin mengisytiharkan perang, perlu diteliti dan diperhalusi dulu perang jenis apakah yang sedang wujud sekarang. Jangan membuta tuli masuk ke medan perang tanpa pengetahuan menyeluruh tentang situasi sebenar yang ada. Ini hanya akan menyebabkan kita tumbang sebelum sempat melawan.

Zaman ini adalah zaman teknologi. Jika 10 tahun dulu UMNO dan kerajaan Barisan Nasional boleh berbangga dengan penguasaan media cetak dan juga media elektronik yang ada, kini siapa boleh nafikan penguasaan pembangkang didalam medium siber?

Baru-baru ini DS Rais Yatim telah menyatakan bahawa terdapat 2 juta blogger dalam negara bagi membuktikan kerajaan mengamalkan kebebasan media. Tetapi harus diteliti juga, dari 2 juta bloggers yang ada, berapa banyakkah yang menggunakan medium blognya sebagai medan berpolitik? Tahukah DS Rais bahawa hampir 99.9% bloggers dari jumlah 2 juta tersebut hanya menghasilkan blog peribadi bertujuan suka-suka dan bukan untuk berpolitik?

Jangan terkejut jika saya menyatakan bahawa terdapat hanya 0.1% sahaja bloggers yang menghasilkan blog untuk berpolitik dan jumlah ini makin berkurangan jika hendak dikira mereka yang aktif dan juga meng"update blog setiap hari. Jika hendak dibuat perbandingan, bloggers politik pro pembangkang adalah melebihi bloggers pro kerajaan yang ada. Jumlah perbandingannya kini hampir mencecah tiga kali ganda.

Begitu juga dengan pejuang maya dalam forum-forum menyokong kerajaan. Sepatutnya UMNO dan kerajaan perlukan lebih ramai cybertroopers untuk berhujah di forum-forum dan juga memastikan penghasilan artikel-artikel berita yang up to date bagi menangani serta membenam dakyah pembangkang. Jumlah yang ada sekarang adalah amat jauh dari mencukupi.

Saya pernah menghadiri satu bengkel kerja yang menganalisis senario jentera kerajaan dan juga UMNO di dalam ruang maya. Apa yang saya dapat lihat, sejak dari tahun 1998 lagi UMNO sudah ketinggalan dari segi gerakan psikologi alam siber. Dari analisis yang dibuat, kini hanya terdapat lebih kurang 4 Portal maya dan berita aktif yang menyokong kerajaan termasuklah myKMU ini. Ini jauh berbeza dengan berbelas portal-portal pro pembangkang termasuklah Malaysia Today milik Raja Petra. Adakah ini difikirkan mencukupi bagi UMNO dan kerajaan untuk berperang dengan pembangkang?

Begitu juga kehadiran ramai kumpulan bloggers pembangkang yang aktif melaporkan segala hal-hal kerajaan dan UMNO yang boleh mereka putarbelitkan. Saban hari mereka memainkan sentimen bencikan kerajaan dan UMNO. Secara teori, ini tak mampu ditangkis sepenuhnya oleh bloggers pro kerajaan yang jumlahnya yang ada tak sampai pun satu pertiga dari kumpulan mereka ini. Namun realitinya adalah sebaliknya tetapi adakah kumpulan bloggers pro kerajaan ini mampu bertahan tanpa sokongan dari parti dan kerajaan sendiri?

Saya akui, banyak pihak dari UMNO cuba untuk mewujudkan kumpulan jentera maya masing-masing yang terdiri dari Bloggers dan juga Facebookers. Namun usaha mereka hanya umpama hangat-hangat taik ayam sahaja dan sering terbabas dari matlamat sebenar. Ini kerana, untuk berperang didalam ruang maya ini, komitmen dan juga minat amat penting. Jika hanya ada komitmen tetapi tiada minat, selalunya kerja tak akan jalan dan begitulah juga sebaliknya.

Saya sendiri adalah seorang bloggers politik dan saya akui bukan senang untuk menjadi seorang bloggers politik yang aktif bagi meng"update artikel untuk dimuatkan ke dalam blog setiap hari. Jika tiada komitmen dan minat, mustahil ia dapat dilakukan dengan sempurna.

Seorang sahabat yang saya anggap sebagai abang pernah berkata kepada saya bahawa blog dan juga medium siber sebenarnya langsung tak menyumbangkan apa-apa kepada sokongan rakyat terhadap parti. Saya hanya tersenyum dan mengangguk lemah sebab tak mahu menyanggah pendapatnya ketika itu kerana rasa hormat saya padanya. Tetapi adakah pendapatnya betul?

Cuba kita kaji semula, mengapa pada awal zaman reformasi 98 hingga ke hari ini, pembangkang lebih banyak menggunakan ruang maya bagi menyampaikan kempen mereka selain dari cara konvensional berceramah seperti yang diamalkan oleh PAS?

Dan jangan nafikan keberkesanan usaha mereka ini didalam menarik sokongan generasi muda terutamanya pelajar-pelajar institut pengajian awam dan swasta negara. Sebagai perbandingan, cuba lihat Portal Malaysiakini yang lebih popular dan dipercayai dari semua media pro kerajaan sedia ada. Apakah portal Malaysiakini itu cenderung kepada UMNO dan kerajaan?

Generasi anak-anak muda di zaman awal reformasi 98 inilah yang kini menjadi pendokong kuat pembangkang. Dan sejak dari zaman itu, generasi muda yang di anggap sebagai pengundi pelapis negara sering terpesong memilih pembangkang hanya kerana termakan hasutan serta dakyah yang mereka timbulkan di ruang maya.

Generasi muda lebih dekat dengan teknologi dan mereka terdedah kepada segala bentuk kecanggihan letusan maklumat kerana ini merupakan zaman mereka. Jauh sekali jika mahu dibandingkan dengan zaman muda kebanyakan pemimpin kerajaan yang hanya ada media cetak, TV dan juga Radio sahaja. Malah, masih wujud sehingga hari ini pemimpin-pemimpin parti yang tak tahu bagaimana hendak menghidupkan komputer pun.

Saya pernah berhadapan dengan Ketua Penerangan Bahagian yang tak tahu langsung bagaimana untuk mendaftarkan akaun email nya didalam internet sewaktu saya terlibat didalam bengkel jentera siber anjuran UMNO Pusat. Ini membuktikan bahawa ada ahli UMNO yang masih mengambil mudah tentang trend teknologi perang terkini dan lebih malang lagi, ramai diantara pemimpin-pemimpin UMNO masih menafikan keberkesanan senjata baru ini.

Saya tak nafikan keupayaan cara kempen seperti ceramah, turun menemui rakyat dan juga memberi "hadiah" sewaktu pilihanraya dapat menarik undi buat parti dan kerajaan. Tetapi mampukah pemimpin UMNO dan kerajaan memastikan seluruh rakyat khususnya generasi muda hadir mendengar ceramah mereka? Mahukah kumpulan ini keluar menemui pemimpin sewaktu kunjungan ke kawasan-kawasan mereka dan juga bolehkah parti dan kerajaan menjamin undi dari kumpulan generasi baru ini memihak kepada mereka setelah "hadiah" dihulurkan?

Jika pembangkang berperang menggunakan teknologi siber dan memenuhi ruang maya, apa salahnya jika UMNO dan kerajaan mengambil pendekatan yang sama mengasimilasi semua pejuang maya pro kerajaan yang sedia ada baik dari kumpulan portal-portal berita dan juga para bloggers serta para Facebookers yang selama ini hanya umpama hantu tak bertuan bergentayangan diruang maya.

Pada masa yang sama, gunalah tanpa was-was keupayaan serta kemahiran para pejuang-pejuang maya pro kerajaan ini untuk menghasilkan lebih ramai lagi jentera di dalam usaha memerangi pembangkang. Tak salah jika menggunakan semua alternatif yang ada jika itu merupakan tuntutan keperluan masa kini.

Jika mahu berperang, gunalah semua senjata dan peluru yang ada bagi menjamin kemenangan. Jangan pula di pihak lawan telah bertukar menggunakan kereta kebal dan bersenjatakan M16, tetapi di pihak UMNO dan kerajaan masih berkeras mahu menggunakan kereta lembu serta senapang berlaras satu peninggalan tok nenek moyang dahulu.

Jika cara ortodoks begini yang dipertaruhkan, jangankan bermimpi untuk menang perang...., belum sempat lagi hendak mengisi peluru, sudah pasti dah tumbang.

(Oleh: che_wan)


Kontijen SUKMA Selangor mogok kerana Khalid Ibrahim?

Posted: 21 Jun 2010 05:11 PM PDT

Tahniah Terengganu dan takziah kepada Selangor. Di dalam kehangatan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, SUKMA 2010 melabuhkan tirainya dengan "Selangor tidak lagi menjadi Juara SUKMA"! Tahniah Terengganu yang mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2008 dan menafikan kehebatan kontijen sebuah negeri yang paling maju, lengkap prasarana sukan dan berprestasi hebat seperti Selangor.

Siapa yang tidak mengiktiraf kehebatan Selangor? Dalam sejarah kejuaraan keseluruhan untuk SUKMA sejak 1986, Selangor unggul menjuarai 7 kali SUKMA. Dan bermula dari tahun 1996, 1998, 2000, 2002, 2004 dan 2006, Selangor telah menjuarai SUKMA untuk 6 kali berturut-turut! Bukan senang nak "maintain" 6 kali juara berturut-turut. Harus diingatkan bahawa kejuaraan 6 kali berturut-turut kontijen Selangor itu adalah di zaman pentadbiran BN atau lebih tepat lagi sejak Dr. Khir mula menjadi Menteri Besar di Selangor.

Namun, setelah BN ditewaskan oleh "muslihat dalaman parti" yang bekerjasama erat dengan Pakatan Rakyat ketika itu, maka BN tewas di Selangor, dan Dr. Khir sudah tidak lagi menaungi kontijen SUKMA Selangor. Dan dikala itulah juga prestasi kontijen Selangor mula goyah. Setelah 6 kali berturut-turut menjadi juara SUKMA, Selangor tidak dapat lagi mempertahankan kejuaraan SUKMA 2008 apabila Terengganu telah mengambil tempat mereka sebagai juara SUKMA. Dan kali ini juga Selangor hampa merampas kembali "title" itu.

"Mogok"kah kontijen Selangor? Atau ini adalah hasil silap percaturan strategi pengurusan kontijen SUKMA negeri Selangor? Atau kontijen Selangor mempunyai "penaung baru" yang sememangnya tidak tahu buat kerja?

Pada perkiraan saya, skuad atau kontijen Selangor tidak perlu dipersalahkan dalam hal ini. Mereka sudah berjuang dengan sebaik mungkin. Namun, saya musykil dengan prestasi mereka. Kontijen Selangor sebelum ini begitu kuat sekali semangat juangnya dalam SUKMA. Saya sendiri kagum dengan sikap yang "tidak tahu erti kalah" dalam kontijen Selangor. Saya sendiri menyaksikannya pada kejohanan SUKMA 2006 di Alor Setar, di mana Selangor menjadi juara untuk kali terakhir. Apakah Kontijen Selangor sudah kurang bersemangat seperti dahulu? Apakah kontijen Selangor "mogok"? Mengapa "mogok"? "Mogok" kerana salah percaturan strategi dan salah urus pihak kerajaan negeri?

Pihak pengurusan negeri silap percaturan? Dimana silapnya? Kontijen Selangor harus melakukan "post mortem". Mengapa mereka mampu menjadi juara SUKMA selama 6 kali berturut-turut dan tidak lagi mampu menjuarainya selepas BN tewas di Selangor. Di mana silapnya? Carilah silap sendiri sebelum menyalahkan pihak lain. Satu jari menuding kepada orang lain, empat jari lagi menuding ke arah diri sendiri. Fikir-fikirkanlah.

Apa kata Khalid Ibrahim? Mengapa kontijen Selangor tidak lagi bergelar "juara SUKMA" setelah dia "menjajah" Selangor? Apakah Khalid tidak belajar dari kesilapan kontijen SUKMA Selangor pada kejuaraan SUKMA 2008? Apakah dia tidak mencari sebab musabab tentang kegagalan Selangor mengekalkan kejuaraannya pada 2008? Nampaknya Khalid memandang "remeh" tentang bidang sukan di Selangor. Mungkin kerana berlatar belakangkan sejarah "korporat"nya, maka Khalid tidak memberi tumpuan sewajarnya kepada kemajuan sukan di negeri yang baru di"jajah"nya?

Pada perkiraan saya, Khalid tidak mengambil berat tentang hal ehwal sukan di negeri Selangor. Khalid hanya akan muncul jika pasukan negerinya akan menjadi juara. Sebagai contoh, Khalid akan berada di Stadium jika dia tahu bahawa Selangor akan muncul Juara Piala FA. Hadirnya disitu bagaikan "orang gila glamour"! Maklumlah, "kera dapat bunga"!

Pada saya, Khalid tidak tahu menguruskan hal-hal sukan di negeri Selangor. Dia perlu tahu bahawa Kejohahan SUKMA adalah sangat penting bagi setiap negeri dan diperingkat kebangsaan kerana dari SUKMAlah akan lahir jaguh-jaguh sukan yang akan mewakili negara dalam pelbagai kejohanan dunia. Dari bola sepak hinggalah ke acara boling padang, dari acara balapan hinggalah ke acara perahu layar. Dari sinilah akan lahir "jagoan" yang akan mengharumkan nama negeri dan negara. Pada saya, Khalid "buta" tentang itu. Dia tidak tahu menilai mana satu keutamaan yang perlu ditekankan dan mana satu yang kurang patut diberi keutamaan, Sedihnya, Khalid lebih mementingkan "glamour"nya dari "buat kerja"!

Kepada kontijen Selangor, sekali lagi saya ucapkan takziah. Kepada pengurusan sukan di Selangor, saya menyarankan agar carilah "penaung baru". Dan akhirnya, kepada "penaung baru" yang mencacatkan kegemilangan kontijen SUKMA Selangor, "letak jawatan" sajalah!!! Si "gagap" ini bukan tahu buat apa pun. Apa yang dibuatnya selama ini semuanya berpaksikan "isi kocek sendiri sampai kembung". Sampai habis duit negeri Selangor di"joli"nya. Bila habis duit negeri, duit zakat pun dia nak kebas? "Resign" sajalah woihhh!!!

(Oleh: dukeofmontecristo)



Tiada ulasan:

Pengikut