Sabtu, 24 Ogos 2013

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Rakyat Perlu Berkerjasama dengan Polis Bantu Kurangkan Kadar Jenayah - Dr Zambry Abd Kadir!

Posted: 24 Aug 2013 09:49 AM PDT


Rakyat Perak dinasihatkan agar bekerjasama dengan pihak polis untuk membanteras kegiatan jenayah yang semakin berleluasa di negara ini. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata berikutan peningkatan kadar jenayah yang mendapat liputan meluas media, masyarakat kini diselubungi perasaan takut dan enggan bekerjasama dengan pihak polis.

Menurut beliau, penyertaan dan peranan anggota masyarakat merupakan pendekatan paling penting dalam menyalurkan maklumat kepada polis bagi membanteras masalah jenayah yang berleluasa.

"Orang ramai hendaklah bersama-sama dengan pihak polis untuk membanteras masalah jenayah yang kerap berlaku seperti kejadian tembak-menembak serta ragut.

"Dengan kerjasama yang diberikan, pihak polis dapat mengesan suspek dan menyelesaikan masalah ini dengan segera," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak (SADC) serta melancarkan produk keluaran agensi itu di Ipoh, semalam.

Menurut Zambry lagi, setakat ini, beliau sedang menunggu laporan penuh daripada Ketua Polis Perak (CPO) untuk menjelaskan keadaan dan status jenayah yang berlaku di negeri itu.

"Saya masih menunggu laporan dan Ketua Polis negeri juga akan berjumpa dengan saya dalam masa terdekat ini untuk beri gambaran sebenarnya berkaitan keadaan yang berlaku," ujarnya lagi.

Beliau turut berharap agar pelbagai langkah dan pendekatan yang diambil kerajaaan dengan kerjasama orang dapat mengekalkan suasana aman di negara ini .

"Orang ramai harus berganding bahu dengan pihak berkuasa dalam membantu mereka menjalankan tugas untuk memelihara keamanan dan kemakmuran negeri dan negara ini," katanya lagi.

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:

Pengikut