Selasa, 2 April 2013

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


bendera BN dibakar..Gara-gara sokongan terhadap BN meningkat di Kuala Langat

Posted: 01 Apr 2013 10:43 PM PDT


Bak kata pepatah,marahkan nyamuk habis kelambu dibakar..sesuai sangatlah perumpamaan ini diguna pakai.Aku pun tak faham kenapa dan mengapa ianya boleh berlaku..walhal semuanya dah berakal dan mampu berfikir.Nak sokong mana-mana parti aku pun tak larang,akan tetapi belajarlah untuk hormat akan hak orang lain..ni tak.,sanggup lakukan perkara-perkara yang di luar jangkaan,seperti kejadian terbaru di Telok Bunut,Banting dimana beberapa helai bendera milik parti BARISAN NASIONAL telah dibakar.
Nampak benar pihak yang terbabit tergugat dan mula rasa terancam pabila mereka dpat tahu rakyat di Kuala Langat kembali ke pangkuan BN.Adeh..aku memang pantang bila dapat tahu akan berita ni..sehelai korang bakar 10 helai aku akan suruh orang BN pasang.
Dasar bacul..Dasar main belakang..
Sehubungan dengan itu,satu laporan POLIS telah dibuat di IPD KUALA LANGAT bagi mencari dalang disebalik kejadian ini.Laporan telah dibuat oleh Penyelaras Pembangunan Persekutuan Dun Teluk Datuk,Puan Ng Siok Hwa pada awal pagi ini.

TAHULAH KORANG NANTI..PRU13 KORANG PASTI AKAN TERDUDUK.


BN rampas semula Selangor dan Kedah

Posted: 01 Apr 2013 07:14 PM PDT


Bukan mudah untuk menjadi mudah.dan bukan senang hendak menjadi senang.Semuanya harus dilalui dengan pelbagai ujian dan rintangan.Namun BARISAN NASIONAL sudah bersiap sedia MEMPERTAHANKAN PUTRAJAYA seterusnya MENGEKALKAN KEMENANGAN BESAR!


Dalam wawancara bersama akhbar China Press, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional akan menang majoriti yang lebih besar dalam PRU13.Tun Daim juga turut percaya bahawa kerajaan BN MAMPU RAMPAS kembali Negeri Selangor dan Kedah JIKA calon yang benar-benar sesuai,malah beliau juga berkata BN MAMPU MENANG BESAR.



Katanya, walaupun BN mungkin kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Sabah dan Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008 kerana BN juga dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor, Kedan dan Kelantan.
Beliau berkata demikian dalam temuramah bersama akhbar China Press yang disiarkan hari ini.
Kata beliau, BN memiliki peluang yang cerah untuk menawan kembali Selangor dan Kedah tetapi masih tidak mampu untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang dan Kelantan.
"Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu," katanya.
Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar yang sesuai dan diterima ramai.
Perak pulak jelas beliau, wujud peluang sama rata atau 50-50 kepada BN dan Pakatan Rakyat bagi menguasainya.
Menurut Daim, permasalahan terbesar dengan pembangkang di negara ini ialah mereka tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto tahun 2008.
Katanya, disebabkan itu pembangkang dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai rakyat.
Beliau juga menafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai terlepas peluang keemasan untuk membubarkan Parlimen seperti yang dijaja beberapa pemimpin DAP.
Katanya, pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dan bukan dalam tempoh tertentu sahaja.
Dalam temuramah berkenaan, beliau juga menasihati pengundi Cina agar berfikir secara mendalam dan berhati-hati sebelum mengundi.
"Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN," soalnya.
Beliau juga yakin pengundi kali ini akan mengundi berdasarkan tiga faktor utama iaitu menolak penyelewengan, ekonomi dan masa hadapan.
Mengulas mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu beliau berkata, ia merupakan sesuatu yang menyebelahi BN walaupun ia tidak dirancang oleh pihak itu.
Pandangan Daim mengenai keputusan pilihan raya umum adalah sesuatu yang ditunggu terutama apabila meramal dengan tepat keputusan PRU ke 12 (2008) yang menyaksikan BN kehilangan beberapa negeri yang dilihat kubu kuat kerajaan ketika itu. – Mynewshub





#BNBagus #PRU13 #GE13 #Transformasi #BN4Malaysia #Najib4PM #BetterNation

 

Macam-macam ada...main depan ada,main belakang ada..main sendiri pun ada..itulah PKR

Posted: 01 Apr 2013 08:28 AM PDT


Memang tak faham aku dengan PKR ni..yang terang-terangan buat onar takde diambil tindakan,namun yang sikit buat onar..perghh cepat benar jatuhkan hukuman.Bukanlah aku nak sokong dengan tindakan mamat ni..tapi nampak benar ketidakadilannya.Orang bawahan confirm SALAH.Tu baru sedikit je yang kita ketahui.
Nampak di sini bahawa demi kepentingan individu tertentu sanggup sembunyikan fakta dan mengatakan ianya satu konspirasi politik.
Apa nak dikata..sendiri sedap..sendiri tanggunglah.

Tiada ulasan:

Pengikut