Rabu, 24 Ogos 2011

DunSemarang

DunSemarang


Sri Paya dapat Kerusi Roda

Posted: 23 Aug 2011 04:10 AM PDT

Kg Seri Paya 22hb Ogos 2011 : Sempena Ramadan Al Mubarak dan menyambut aidilFitri 1431 hijrah YB Datuk Hj Samsol Bari Jamali ADUN Semarang serta Task Force Kebajikan Parlimen Ayer Hitam melawat Encik Jalaludin Madar di Kampung Seri Paya Mk 8 Batu Pahat. Pada kunjungan ringkas itu, YB Datuk Samsol Bari menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda bagi kegunaan dan kemudahan beliau untuk menyambut aidil fitri pada tahun ini. Encik Jalaludin Madar mengalami kedeceraan di kepala dan badan akibat dihempap buat sawit ketika membuat kerja penuaian di kebun beliau.

Sumbangan amal Parlimen Ayer Hitam sempena Ramadan Al Mubarak

Posted: 23 Aug 2011 04:05 AM PDT

Wakil-Wakil Rakyat dalam Parlimen Ayer Hitam merealisasikan bulan ramadan dengan mengadakan penyampaian kepada 826 orang fakir miskin dengan nilai barangan RM 45,430.00 pada 20hb Ogos 2011 di Dewan UMNO Bahagian Ayer Hitam. UMNO Bahagian Ayer Hitam yang menjadi penyelaras kepada program ini memberitahu iaitu dari pada jumlah tersebut sebayak 488 orang dari DUN Semarang dan 338 orang dari DUN Yong Peng. Selain dari wakil-wakil rakyat, turut memberi sumbangan ialah Bank Rakyat Malaysia sebanyak RM 20,000.00, Pasaraya Selesa RM 5000.00 dan para individu dan usahawan tempatan. Atas kedermawanan ini pihak UMNO Bahagian mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada semua yang terlibat menyalurkan sumbangan.

Pendahulua​n PTPTN dan Sumbangan Bakti Parlimen Ayer Hitam Dun Semarang

Posted: 23 Aug 2011 03:56 AM PDT

YB Datuk Ir Dr Datuk Wee Ka Siong ( MP ) YB Datuk Samsol Bari Jamali ( Adun Semarang dan YB Lim Kee Moi ( Adun Yong Peng ) bergambar dengan 26 bakal mahasiswa dari Parlimen Ayer Hitam yang menerima pendahuluan RM 1500.00 dari PTPTN setiap orang dan 10 pelajar miskin yang mendapat sumbangan dari BAKTI sebanyak RM 600.00. Majlis penyampaian disempurnakan pada 20hb Ogos 2011 jam 10.30 pagi di Dewan UMNO Bahagian Ayer Hitam.

Tiada ulasan:

Pengikut