Ahad, 10 Julai 2011

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN


BERSIH Derhaka Pada YDP Agong Dan Raja-Raja Melayu

Posted: 09 Jul 2011 09:46 PM PDT


Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Tuanku Sultan Selangor memberikan titah amaran, tindakan tegas akan diambil terhadap golongan yang mencetuskan ketidaktenteraman dan kekacauan di negeri baginda.


DYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, terpaksa merayu kepada rakyatnya sendiri agar menjauhi demonstrasi Kotor 2.0 yang bakal diadakan puak-puak petualang negara. Sultan Ahmad Shah sendiri bertitah bahawa perhimpunan itu tidak ada sebarang manfaat dan sebaliknya banyak menyusahkan rakyat.


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, sebagai negara berdaulat, tanggungjawab mempertahankan tanah air bukan hanya terletak di bahu pasukan keselamatan, sebaliknya ia merupakan tanggungjawab seluruh rakyat."Suka saya mengingatkan kepada semua supaya sentiasa mempunyai semangat cintakan negara walau di mana jua kita berada," titah baginda selepas menyempurnakan Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ke-30 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)


DAULAT TUANKU

RAJA MELAYU PAYUNG RAKYAT MALAYSIA

Tiada ulasan:

Pengikut