Rabu, 15 Jun 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


PERPADUAN MELAYU : SYED ALI DAKWA MAT SABU CARI PUBLISITI MURAHAN

Posted: 14 Jun 2011 09:26 PM PDT

TIMBALAN Presiden PAS, Mohamad Sabu hanya mencari publisiti murahan untuk mempopularkan dirinya apabila membangkitkan semula isu kerjasama parti itu dengan UMNO, kata Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, isu kerjasama PAS-UMNO bukan lagi perkara pokok kepada perpaduan Melayu kerana parti tersebut telah dengan bongkak dan angkuh menolak pelawaan yang pernah dibuat oleh pemimpin UMNO sebelum ini.

"UMNO tidak lagi mengharapkan kepada mereka kerana PAS dengan sombongnnya menentang usaha penyatuan umah sepertimana pernah disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak," tegasnya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mendakwa, Mat Sabu sengaja membangkitkan isu tersebut hanya untuk menonjolkan dirinya ketika pemimpin PAS sendiri sudah melupakannya.

Malah jelas beliau, sebilangan besar orang Melayu dan umat Islam di negara ini sudah kecewa dengan pendirian PAS yang sanggup mengetepikan kepentingan mereka hanya semata-mata untuk terus bersekongkol dengan DAP, parti rasis yang menentang keras ketuanan Melayu.

Syed Ali berkata, PAS lebih rela dirinya dijadikan kuda tunggangan DAP semata-mata untuk menjaga kepentingan kuasa politik mereka.

"Mat Sabu sudah kekeringan modal politik dan menggunakan isu yang sudah basi untuk menonjolkan dirinya masih jaguh di kalangan segelintir penyokong PAS," ujarnya.

PAS sanggup jadi kuda tunggangan DAP hancurkan perpaduan Melayu

Beliau menegaskan, UMNO tidak bergantung 'nyawa' kepada PAS kerana sebahagian besar orang Melayu tetap memberikan sokongan kepada UMNO untuk mentadbir negara ini denagn kerjasama komponen Barisan Nasional (BN).

Selama ini pun kata Syed Ali, UMNO masih mampu mentadbir negara dengan cemerlang disamping berupaya membangunkan syiar Islam sehingga dihormati di seluruh dunia.

"PAS hanya bertopengkan Islam untuk agenda politik mereka, oleh sebab itu mereka tidak berminat untuk bekerjasama menyatukan perpaduan orang Melayu dan umat Islam," tambahnya.

Selain itu kata beliau, orang Melayu tetap akan bersatu di bawah satu perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara walaupun tanpa sokongan PAS.

"Biarlah PAS dengan keangkuhannya dan terus bersubahat dengan DAP untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu kerana terlalu taksub dengan ideologi politik sempit," tegasnya.

Dalam portal berita MalaysiaKini semalam, Mat Sabu dipetik sebagai berkata PAS tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan UMNO walaupun atas nama perpaduan Melayu kerana serik dengan permainan UMNO.

Mengulas mengenai 350 laporan polis yang dibuat oleh NGO berhubung Perhimpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini, Syed Ali berkata polis perlu bertindak tegas menghalamg perhimpunan tersebut.

"Kita jangan lupa perhimpunan Bersih pada 2007 telah menyusahkan aktiviti dan pergerakan orang awam dan menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan masyarakat," katanya.

Beliau mendakwa perhimpunan tersebut didalangi oleh parti-parti pembangkang bertujuan mencetuskan kacau bilau dalam negara dalam usaha mereka meneruskan agenda politik kotor untuik menguasai negara ini.

Tiada ulasan:

Pengikut