Khamis, 16 Jun 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Award Notification!!

Posted: 16 Jun 2011 11:31 AM PDT



Your email has won £891,934.00 Pound Sterlings in the Irish National Lottery Draws For Internet Users.
To Begin Send:Name,Age, Address, Tel, Country

To Mr. Sean James

BENARKAH MELAYU TIDAK PANDANG NEGARA ISLAM ?

Posted: 15 Jun 2011 06:25 PM PDT

Put your stuff here
MELAYU TIDAK PANDANG NEGARA ISLAM?

PPUBJ : DAP ANTI ISLAM

AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 12 Jun 2011 memaparkan artikel mengenai perubahan dasar perjuangan Pas daripada Negara Islam kepada Negara Berkebajikan seperti yang dicanangkan pada muktamar tahunan parti itu yang ke-57, baru-baru ini.

Langkah itu dilakukan bagi menarik sokongan bukan Islam kerana dasar untuk mewujudkan negara Islam yang dipegang parti itu sejak sekian lama tidak mendapat sokongan orang Melayu.

Artikel bertajuk 'Adakah Pas akan mungkir janji lagi? yang ditulis pengkritik semasa, Loh Hon Chew disiarkan di ruangan Pendapat Yuanlun, halaman A14.

Pada masa sekarang, kekuatan Pas hanya tertumpu di Kelantan dan Kedah. Pengaruh parti itu yang dikatakan wujud di Terengganu dan Pahang pula telah dikuasai semula oleh UMNO. Di sebelah barat Semenanjung Malaysia pula, kawasan itu semua di tangan parti terbesar orang Melayu itu.

Hakikat ini menyebabkan Pas perlu mengharapkan sokongan orang bukan Islam untuk menang di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia. Berdasarkan pengalaman ketika Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008, Pas amat faham bahawa isu negara Islam digeruni oleh bukan Islam. Jika disebut berkali-kali, ia akan mengundang padah.

Ditambah pula dengan keputusan beberapa pilihan raya kecil dan negeri sebelum ini, Pas menyedari orang Melayu sendiri tidak menyokong konsep negara Islam yang dibawa parti itu.

Langkah beralih kepada perjuangan mewujudkan negara berkebajikan terpaksa dibuat oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan segelintir ulama yang masih tinggal kerana keputusan pemilihan memihak kepada puak liberal dan profesional.

Beliau sebagai Presiden telah dikelilingi oleh puak-puak tersebut sehingga terpaksa akur, tunduk dan mengikut telunjuk mereka.

Dalam pada itu, ada juga pihak yang berpendapat perubahan pendirian parti itu kerana menyedari PRU Ke-13 sudah hampir tiba. Pas khususnya Abdul Hadi mahu menggunakan taktik licik dengan menjadi negara berkebajikan sebagai faktor penarik bagi menipu dan mendapatkan sokongan orang bukan Islam sekali lagi.

Tanggapan negatif terhadap Abdul Hadi berpunca kerana beliau mempunyai rekod bercakap bohong dan mungkir janji. Sebelum PRU Ke-12, beliau pernah menyatakan hasrat untuk mewujudkan negara berkebajikan tetapi selepas pilihan raya pada 2008 itu beliau berpusing 360 darjah, bertindak untuk tutup mulut dan tidak menyentuh langsung mengenai negara berkebajikan. Sebaliknya, beliau tukar tajuk pula untuk mewujudkan negara Islam.

Pendirian Pas yang berpusing ke belakang untuk mewujudkan negara berkebajikan adalah seperti kuda yang berpatah balik. Ia akan membuatkan orang-orang bukan Islam yang menyokong Pas lari lintang-pukang sehingga pecah perut dan kuda-kuda yang ditunggangi mereka pula akan tersungkur.

Kesangsian terhadap perubahan pendirian Pas ini adalah berpunca kerana Abdul Hadi pada awal tahun ini masih kekal dengan agenda negara Islam. Beliau langsung tidak mahu bertolak ansur dengan pendirian itu walaupun didesak parti pembangkang lain.

Keraguan terhadap keikhlasan Abdul Hadi untuk memperjuangkan konsep negara kebajikan juga berpunca daripada langkah parti itu untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO ketika masih lagi bersama-sama pihak pembangkang.

Siapa sangka tidak lama selepas PRU Ke-12, ada satu perbincangan antara kedua-dua parti bagi mengadakan kerjasama. Pada masa itu, Abdul Hadi secara jujur berkata, satu hari nanti Pas sudah pasti akan bergabung dengan UMNO untuk tubuhkan kerajaan.

Pendirian Abdul Hadi yang tidak menentu ini dengan kata-katanya yang terdahulu tidak dapat disamakan dengan kata-katanya sekarang telah menyebabkan orang Cina merasai sangsi adakah mereka boleh mempercayainya walaupun beliau menyatakan "saya berkata benar".

Bagaimanapun, berdasarkan sedikit analisis, terdapat kemungkinan Abdul Hadi tidak bercakap bohong lagi kali ini, berikutan puak profesional dan liberal telah menguasai pucuk kepimpinan Pas. Jika beliau bertindak seorang diri, ia seperti menepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi.

Kecuali puak konservatif Pas dapat merampas kembali pucuk kepimpinan parti itu, perjuangan untuk menubuhkan negara Islam hanya boleh dicakap untuk menyeronokkan hati sahaja kerana ia tidak mungkin dapat dilaksanakan.

FAKTA MENGAPA PEMBANGKANG PERLUKAN BERSIH 2

Posted: 15 Jun 2011 06:14 PM PDT



Sejak pilihan raya umum berkenaan, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan daripada jumlah itu BN menang lapan kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) (tiga kerusi), DAP (satu kerusi) dan Pas (empat kerusi).Mereka mengatakan pengundi bersama mereka tetapi lihat apa hasilnya?

1.Pembangkang bimbang perolehan undi popular sebanyak 3,796,464 atau 49.4 peratus yang diraikan pada tahun 2008 tidak akan berulang lagi pada PRU 13 nanti.

2.Ketua Umum PKR dilanda masalah peribadi.Populariti menurun.

3.Sebenarnya, tujuan pembangkang berbuat demikian adalah bagi menutup segala kemelut yang melanda pakatan mereka dan kerisauan berhubung prestasi kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

4.Mereka bukan sahaja gagal menunaikan berpuluh-puluh janji di dalam manifesto pilihan raya umum 2008, malahan berlaku banyak masalah yang menyusahkan rakyat di negeri-negeri yang dikuasai.

5.Kegagalan ahli Parlimen mereka memainkan peranan yang berkesan di Dewan Rakyat.Mereka hadir ke Parlimen bukannya untuk memperjuangkan agenda rakyat tetapi lebih banyak mahu berpolitik, akibatnya suatu ketika Dewan Rakyat menjadi 'hiruk-pikuk'.

6.Perkara yang paling ditakuti oleh pembangkang ialah kejayaan gagasan 1Malaysia yang kini cukup popular sehingga pembangkang 'mengharamkan' penggantungan logo itu di Selangor.

7.Gagasan itu seolah-olah membantutkan usaha pembangkang untuk terus meniupkan politik perkauman seperti mana diamalkan oleh DAP dan mendorong kejayaan PKR dalam pilihan raya umum lalu.

8.Selain itu, mereka juga seolah-olah 'ngeri' dengan konsep walkabout yang dipopularkan oleh Najib dan dilaksanakan dengan berjaya oleh pemimpin-pemimpin BN terutamanya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

9.Ia kerana ketika pemimpin-pemimpin pembangkang sedang bergelut dengan kelemahan mentadbir kerajaan negeri di bawah penguasaan mereka dan turun naik mahkamah kerana kes moral, pemimpin-pemimpin BN semakin popular di kalangan rakyat.

10.Pembangkang sememangnya terlalu teruja menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana menganggap ia seolah-olah peluang keemasan untuk menumbangkan kerajaan BN.

11.Semua itu berlaku kerana ramai pemimpin pembangkang sekarang sudah lanjut usia dan mengharapkan pilihan raya umum akan datang tercapai cita-cita mereka memimpin Kerajaan Pusat.

12.Ia dilakukan kerana pakatan pembangkang memahami bahawa populariti mereka semakin merudum.

13.Rakyat khususnya pengundi kini telah mengetahui akan temberang mereka selama ini yang mengkudakan pengundi untuk kepentingan peribadi.

KETIDAKSELESAAN PEMBANGKANG TIMBULNYA BERSIH 2 : FAKTA

Posted: 15 Jun 2011 05:54 PM PDT

CUBA fikir dan kaji fakta ini; Pada Pilihan Raya Umum 2008, Barisan Nasional (BN) bukan sahaja gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen malahan turut terlepas genggaman kuasa di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor serta gagal menawan kembali Kelantan.

Sejak pilihan raya umum berkenaan, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan daripada jumlah itu BN menang lapan kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) (tiga kerusi), DAP (satu kerusi) dan Pas (empat kerusi).

Berdasarkan rekod itu, ia jelas membuktikan bahawa pilihan raya di negara ini berjalan secara bersih, telus dan adil.

Oleh itu, adalah sesuatu yang aneh apabila pembangkang secara tiba-tiba mahu mengadakan perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini kononnya bagi menuntut pilihan raya diadakan secara bersih dan adil.

Sebenarnya, perhimpunan itu bukanlah untuk memberi manfaat kepada rakyat sebaliknya mempunyai agenda politik yang tersembunyi.

Pembangkang amat memahami bahawa kedudukan mereka bukanlah lagi selesa seperti mana tahun 2007.
 

KORBAN KABINET PERANG : MANGSA 1 DI MELAKA....

Posted: 15 Jun 2011 05:39 PM PDT

Selama ini pun PAS Pusat bukannya mengiktiraf sumbangan PAS Melaka... Ini berlaku berikutan kekalahan calon PAS di PRK Merlimau tempohari. PAS yang di katakan berpeluang untuk memenangi DUN tersebut akhirnya tersungkur kepada calon UMNO/BN.

SIAPA KORBAN KE 2 DI SELANGOR ?

Posted: 15 Jun 2011 05:28 PM PDT

Dato Dr Hassan Ali korban pertama Kabinet Perang PAS ~ Salam Takziah!

Salam Takziah saya ucapkan kepada Dato Dr Hassan Ali yang dipecat dari kedudukan beliau selaku Pesuruhjaya PAS Selangor pasca Muktamar PAS 2011 baru baru ini.


Korban pertama sesudah PAS selesai bermuktamar dan mereka menggugurkan matlamat asal parti untuk memperjuangkan agenda penubuhan negara Islam dibumi Malaysia ini.


Pemecatan Dato Dr Hassan Ali adalah sesuatu yang kebanyakan kita menjangka setelah beliau gagal untuk mengekang Kerajaan Pakatan DAP-PKR-PAS Selangor untuk membanteras penjualan arak didalam negeri Selangor Darul Ehsan yang ditentang dengan sebegitu keras oleh Exco Kerajaan Tempatan DAP Ronnie Liu.


Maka pemecatan Dato Hassan Ali sudah memang menjadi ramalan rata rata pemerhati politik bila pucuk pimpinan PAS Pusat tidak lagi diterajui para ulamak.


'Groundswell' ini sememangnya menunjukkan perubahan dasar PAS didalam percubaan untuk merampas kuasa di peringkat kerajaan pusat di Putrajaya andainya kebanyakan para pengundi Malaysia termakan umpan janji janji manis mereka dengan DAP dan PKR didalam PRU ke 13 akan datang?


Siapa pula selepas Hassan Ali? Apakah Timbalan Mursyidul AM PAS Al Fadhil Tuan Guru Prof Dato Dr.Harun Din pula?


Prof Dato Dr Harun Din merupakan diantara barisan kepimpinan ulama PAS yang kadangkala melawan arus dan tidak mudah menggadaikan prinsip beliau didalam memperjuangkan penubuhan sebuah Negara Islam didalam Malaysia sekian lama ini.


Beliau terbukti tidak mudah berganjak dari pegangan beliau bahawa tanahair ini semestinya dibawah sebuah Kerajaan Islam sesuai dengan takrif bahawa setiap Melayu itu beragama Islam dan kehidupan orang orang Melayu mesti berteraskan Syariat Islam. 


Mana ada pemimpin PAS lain yang sebegitu istiqomah dengan perjuangan untuk menubuhkan Daulah Islamiyyah Malaysia seperti Prof Dato Dr Harun Din?


Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memelihara Tuan Guru Prof Dato Dr Harun Din dari hasad dengki dan khianat puak puak pencacai penurut perintah DAP dan PKR didalam PAS.


Amin. Ya Rabbal Alamin. 


Sementara itu bersama sama lah kita melihat perkembangan seterusnya didalam drama politik tanahair kita ini.


Sayang seribu kali sayang, demi pangkat dan kedudukan, manusia sanggup lakukan apa sahaja termasuk menggadaikan matlamat menuju keredhaan Allah!

BERLAKU PENGKHIANATAN DALAM PAS SELANGOR?

Posted: 15 Jun 2011 05:22 PM PDT


Khalid mungkin dilantik semula Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor?

AHLI Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkemungkinan besar dilantik semula memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor ekoran perubahan teraju Badan Perhubungan Pas negeri yang menyaksikan pengguguran pesuruhjaya negeri sesi lalu, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali.

Ini berikutan sebelum ini, Khalid yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam telah digugurkan oleh Pas negeri itu dalam rombakan pada 2009 ketika ia diterajui oleh Hasan.

Umum mengetahui kedua-dua pemimpin Pas itu kelihatan tidak 'sebulu' terutama Khalid yang seringkali dilihat mengeluarkan kenyataan mengkritik kepimpinan Hasan dalam beberapa isu melibatkan pentadbiran negeri.

Dengan pelantikan Yang Dipertua Pas Kapar, Dr. Abdul Rani Osman sebagai pesuruhjaya negeri yang baru, Khalid mungkin dibawa masuk kembali dalam saf kepimpinan baru negeri bagi mengukuhkan jentera Pas negeri memandangkan beliau lebih disenangi oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP negeri.

Badan Perhubungan Pas Selangor yang dijadualkan bermesyuarat pada 20 Jun ini dijangka memutuskan senarai 'Kabinet' negeri yang baru termasuk mungkin mengusulkan Khalid dilantik semula ke jawatan asalnya dalam kepimpinan Pas negeri.

Khalid pula dikatakan berada di luar negara pada tarikh tersebut sekali gus memberi laluan besar untuk membolehkan usul pelantikannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya dilakukan oleh ahli jawatankuasa Pas negeri.

Dalam pada itu, Khalid ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, beliau tidak tahu menahu perkara itu dan menyifatkannya sebagai khabar angin ekoran perubahan dalam teraju kepimpinan Pas Selangor baru-baru ini.

''Saya tidak dengar pula mengenai perkara itu (bakal dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor) kerana sebarang perubahan barisan kepimpinan adalah bidang kuasa Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru, Dr. Abdul Rani.

''Beliau yang akan menentukan siapa akan menduduki apa-apa jawatan dalam Pas negeri menerusi satu mesyuarat yang difahamkan diadakan pada Isnin ini," katanya.

Khalid diminta mengulas tentang kemungkinan dilantik semula sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor dalam perubahan barisan ahli jawatankuasa Pas negeri yang bakal ditentukan oleh Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru menggantikan Hasan pada Ahad lalu.

Sebelum ini, Khalid pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, namun beliau digugurkan daripada jawatan itu pada 2008 oleh Hasan atas alasan mahu memberi peluang kepada beliau memberikan tumpuan kepada tugas Yang Dipertua Pas dan Ahli Parlimen Shah Alam.

Tempat Khalid kemudian digantikan dengan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat.

Selepas pemilihan pada Muktamar Tahunan Pas di Shah Alam pada 2009, Hasan mengumumkan barisan kepimpinan Pas Selangor bagi sesi 2009-2011 dengan mengekalkan Dr. Osman Sabran sebagai Timbalan Pesuruhjaya I dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, Iskandar Abd Samad yang juga Exco kerajaan negeri dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya II manakala Che Rosli sebagai Timbalan Pesuruhjaya III.

Sementara itu Khalid berkata, apa yang penting sesiapa sahaja yang dilantik harus mendapat sokongan penuh dan diterima oleh semua Yang Dipertua Pas kawasan.

''Saya tak boleh kata banyak mengenai kemungkinan itu sehingga Pesuruhjaya Pas negeri sendiri memaklumkan perkara itu," katanya.

Beliau turut menjelaskan, proses pelantikan barisan kepimpinan Pas negeri ini diputuskan oleh Badan Perhubungan Pas Selangor bukannya Jawatankuasa Pas Pusat.

''Saya harap sebarang cadangan nama mereka yang dilantik untuk mengisi barisan kepimpinan Pas negeri harus dibincangkan dan diterima baik oleh semua peringkat pimpinan parti khususnya akar umbi," katanya.

BERSIH 2 : ADA UDANG DI SEBALIK BATU

Posted: 15 Jun 2011 05:04 PM PDT


Put your stuff here
Muslihat pembangkang rancang perhimpunan Bersih

KUALA LUMPUR 15 Jun - Perhimpunan Bersih yang dirancang diadakan pada 9 Julai ini menunjukkan parti pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak yakin dengan kemampuan mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) melalui proses pilihan raya.

Malah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perhimpunan itu juga dilihat sebagai jalan singkat bagi Anwar yang sedang mengejar masa untuk menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, Bersih adalah usaha kelam-kabut mengulangi perhimpunan Hindraf yang pada mereka membawa hasil sehingga berlaku tsunami politik 2008.

"Ia juga untuk menutup malu di atas kekalahan mereka semasa pilihan raya kecil, pilihan raya umum Sarawak baru-baru ini dan mengalih perhatian terhadap isu peribadinya.

"Perhimpunan itu juga ada muslihat lain iaitu mahu meneruskan perang polemik agar dapat memanjangkan jangka hayat politik Anwar dan mempermainkan sentimen rakyat. Dengan kata lain, momentum kebencian rakyat terhadap kerajaan BN mesti dikekalkan," katanya dalam entri terbaru 'Anwar out of the race' di laman http://puadzarkashii.blogspot.com hari ini.

ANWAR 'OUT OF THE RACE'
Tali barut Anwar iaitu Lim Kit Siang dakwa BN sedang panik. Tetapi kenapakah perhimpunan Bersih pada 9 Julai 2011 mahu diadakan? Jawapannya amat mudah, iaitu pembangkang khususnya Anwar tidak yakin untuk menumbangkan BN melalui proses pilihanraya. Pilihan yang ada ialah tumbangkan BN melalui demonstrasi jalanan. Realitinya, pembangkang yang panik.

Anwar sendiri sedang mengejar masa. Dia sebenarnya 'out of the race' untuk menjadi Perdana Menteri. Justeru, dia perlu mencari jalan singkat lain untuk memenuhi cita cita menawan Putrajaya. Percubaan demonstrasi jalanan pada tahun 1999 gagal. Percubaan membentuk kerajaan 16 september juga gagal. Selain untuk mengalih perhatian terhadap isu mahkamahnya, maka perhimpunan Bersih adalah usaha kelam kabut untuk mengulangi perhimpunan Hindraf yang pada mereka membawa hasil sehingga berlakunya tsunami politik 2008.

Anwar 'out of the race' bukan sahaja kerana masalah peribadinya yang melonggok, tetapi kerana beberapa keputusan pilihanraya kecil mutakhir yang semuanya dimenangi BN. Sokongan kepada BN khususnya UMNO semakin bertambah. Begitu juga sokongan daripada pengundi muda. Kegagalan menawan Sarawak menghantui Anwar kerana PKR cuma menang tiga kerusi sahaja. PKR dapat kuah, DAP sapu bersih lauknya. Gejala 'defection' dalam parti menjadikan PKR parti minoriti dalam Pakatan Rakyat.

Untuk menutup malu di atas kekalahan tersebut dan mengalih perhatian terhadap isu perbadinya, maka perhimpunan Bersih dirancang. Perhimpunan itu juga ada muslihat lain. Iaitu mahu meneruskan perang polemik. Perang polemik diharap dapat memanjangkan jangka hayat politik Anwar. Dia dan pembangkang hidup atas isu. Isu dan polemik digunakan untuk mempermainkan sentimen rakyat. Dengan kata lain, momentum kebencian rakyat terhadap kerajaan BN mesti dikekalkan.

Perhimpunan Bersih dijadikan alat untuk mengekalkan momentum panas, marah, keliru, benci dan tidak tenteram. Sebab itu ia mahu diadakan di tengah kota dan di tempat yang sebok. Kalau diadakan dalam Stadium matlamat itu tidak akan tercapai. Nanti dikatakan syok sendiri. Oleh itu matlamat utama perhimpunan Bersih ialah supaya rakyat bangun seperti apa yang berlaku di beberapa buah negara Arab di mana rakyat memberontak di jalan jalan raya. Maka mudahlah kerajaan BN yang kembali mendapat sokongan rakyat ditumbangkan.

Inilah jalan singkat terbaru setelah jalan singkat sebelumnya seperti kerajaan 16 september gagal. Kejayaan perhimpunan sejuta Belia di Putrajaya dilawan dengan perhimpunan sejuta Bersih. BN menghimpunkan belia dengan cara yang positif, pembangkang menghimpunkan belia dengan cara yang negatif iaitu berdemonstrasi. Jelas sekali Anwar yang panik. Dia 'out of the race' untuk menjadi PM.


Tambah Mohd. Puad, ketika ini sokongan rakyat kepada BN khususnya UMNO semakin bertambah termasuk sokongan daripada pengundi muda.

"Bersih dijadikan alat untuk mengekalkan momentum panas, marah, keliru, benci dan tidak tenteram. Sebab itu, ia mahu diadakan di tengah kota dan di tempat yang sibuk," ujarnya.

Menurutnya, matlamat pembangkang berhubung penganjuran perhimpunan itu tidak akan tercapai kalau ia diadakan dalam stadium.

"Matlamat utama Bersih ialah supaya rakyat bangun seperti yang berlaku di beberapa buah negara Arab di mana rakyat memberontak di jalan-jalan raya. Maka, mudahlah kerajaan BN yang kembali mendapat sokongan rakyat ditumbangkan," ujarnya.

Tiada ulasan:

Pengikut