Rabu, 1 Jun 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SIAPA KUDA SIAPA ?

Posted: 01 Jun 2011 06:58 AM PDT

DAP peralatkan Anwar

Oleh Zulkifli Bin Noordin
Pendedahan WikiLeaks baru-baru ini mengenai Bahagian Risikan Australia dan Singapura bahawa mereka mempunyai "bukti teknikal" kegiatan homoseksual dan liwat Anwar yang ditabal oleh isterinya sebagai pemimpin anugerah tuhan ini sangatlah serius. Apakah bukti teknikal yang mereka ada? Saya berbincang dengan beberapa rakan diplomat dan anggota risikan baru-baru ini, mereka menyatakan bila perkataan "bukti teknikal" digunakan di dunia diplomasi, itu bermakna mereka ada bukti saperti video, gambar, dan lain-lain. Na'uzubillah!

Persoalan besar yang timbul ialah, jika benar berita itu (ingat Al Hujurat: 6), dan jika benar mereka ada "bukti teknikal" tersebut, ia meletakkan keselamatan negara dalam keadaan terdedah kepada ancaman negara luar jika pemimpin anugerah tuhan ini menjadi pemimpin negara, na'uzubillah min zalik. Kerana mereka boleh mengugut dan menekan pemimpin anugerah tuhan ini bila-bila masa dengan "bukti teknikal" tersebut.

Kedua, kenyataan dalam pendedahan WikiLeaks bahawa mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew mengetahui tentang kegiatan homoseksual dan liwat pemimpin anugerah tuhan ini juga menarik perhatian saya. Ini adalah kerana sebaik selesai Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) pada 8 Mac 2008, Lee Kuan Yew telah mengadakan lawatan ke Malaysia dan antara lain mengadakan perjumpaan dengan Lim Kit Siang, anak lelakinya dan beberapa pemimpin DAP.

Kita semua tahu hubungan rapat Lim Kit Siang, anak lelakinya, Karpal Singh, dan lain-lain pemimpin DAP dengan Lee Kuan Yew. Sehinggakan Lim Kit Siang sanggup memecat seorang tokoh pejuang dan aktivitis DAP yang terkenal, Fan Yew Teng hanya kerana Fan Yew Teng menentang parti Lee Kuan Yew, PAP dalam satu sidang sosialis dunia satu masa dahulu. Fan Yew Teng telah pun meninggal dunia di Bangkok baru-baru ini.

Persoalan besar yang timbul sekarang ialah masakan begitu baik Lee Kuan Yew tidak memaklumkan kepada Lim Kit Siang, Karpal Singh dan lain-lain tentang maklumat dan "bukti teknikal" kegiatan homoseksual dan liwat yang Bahagian Risikan Singapura ada? Saya cukup pasti dengan politiking licik bak belut Lim Kuan Yew, sudah pasti dia akan memaklumkan dan berkongsi maklumat dengan kawan-kawannya. Mungkin juga mengatur strategi terbaik untuk menggunakan maklumat dan bukti tersebut untuk kepentingan sempit mereka.

Saya cukup yakin kepimpinan DAP tahu mengenainya. Sebagai contoh, Karpal Singh, Pengerusi DAP sejak 1997 telah membangkitkan isu berkenaan kegiatan homoseks dan liwat Anwar. Mengikut lapuran Hansard Parlimen bertarikh 22 Oktober 1997, Karpal Singh telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar. Karpal Singh mendesak supaya kerajaan menyiasat sepenuhnya kes liwat tersebut.

Begitu juga pada tahun yang sama, Karpal Singh membuat ucapan terbuka di satu majlis anjuran DAP di Hotel Federal dan beliau menyatakan bahawa beliau ada bukti Anwar terlibat dalam kes meliwat.

Wee Choo Keong semasa berbahas dalam Parlimen (ketika membahas usul menggantung Anwar) menyatakan bahawa beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh tersebut. Dan Wee Choo Keong menyatakan bahawa sememangnya kepimpinan DAP tahu tentang kegiatan homoseks dan liwat Anwar (Wee pada masa itu adalah Ketua Penerangan DAP Pusat).

Membela

Semasa saya menjadi peguam membela Anwar dalam kes menyalahgunakan kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri menggunakan Unit Cawangan Khas Polis untuk mendapatkan surat akuan palsu daripada Azizan dan Ummi Hafilda, Peguam Negara mendedahkan penglibatan Karpal Singh sebagai peguam mewakili Azizan dan Ummi Hafilda, dan bercadang memanggil Karpal Singh sebagai saksi.

Malahan setelah tragedi pembohongan 16 September 2008 terbongkar, Karpal adalah antara kepimpinan DAP yang sangat kecewa dan marah dengan Anwar. Lalu Karpal Singh membuat kenyataan meminta Anwar bertaubat dan mendesak Anwar supaya berundur dengan kenyataan "Anwar tidak layak lagi menjadi pemimpin".

Jadi daripada rentetan peristiwa ini, adalah sangat jelas sebenarnya kepimpinan DAP saperti Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Karpal Singh dan lain-lain sangat mengetahui kegiatan homoseks dan liwat Anwar, apatah lagi mentor mereka Lee Kuan Yew jelas didedahkan dalam WikiLeaks mengetahui mengenainya dan ada "bukti teknikal" yang menyebabkan Lee Kuan Yew percaya Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat.

Persoalan pokok yang saya tertanya-tanya ialah, mengapa dengan pengetahuan saperti itu, kepimpinan DAP masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar? Jawapannya jelas. Pada saya, Anwar adalah kuda tunggangan terbaik bagi kepimpinan DAP untuk mendapat kuasa dalam negara ini. Melalui Anwar, kepimpinan DAP melihat cita-cita dan nafsu mereka untuk memerintah negara umat Islam ini ada peluangnya. Apa yang saya khuatir ialah mereka menggunakan pengetahuan, maklumat dan mungkin "bukti teknikal" mengenai kegiatan homoseks dan liwat Anwar itu sebagai bahan political leverage.

Peribadi

Ini kerana Anwar, dengan masalah peribadi yang dia hadapi, bersedia berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. Mungkinkah untuk menutup masalah peribadinya itu? Apakah kerana itu maka Karpal Singh sebagai peguam Anwar sengaja membiarkan kes Anwar tertangguh, kerana lagi lama ia ditangguh, lagi banyak ia memberi kebaikan kepada kepimpinan DAP untuk memenuhi agenda mereka. Apakah kerana itu kita melihat Anwar saperti Melayu yang sudah hilang akal dan kewarasan, menjual segalanya termasuk menjual nama Allah untuk disyirikkan oleh kafir, mempertikai ketuanan Melayu yang dia sendiri menjadi juaranya semasa menjadi pemimpin UMNO, dan sanggup menjual jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada manusia cauvinis dan rasis Lim Kit Siang, serta menjual Pulau Pinang kepada anak lelaki Lim Kit Siang?

Dan bagi tujuan itu, kepimpinan DAP akan terus menyokong dan mendokong Anwar, walaupun mereka tahu mereka sedang menyokong dan mendokong biawak hidup. Bukankah ini sesuatu yang sangat merbahaya bagi umat Islam, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, mempunyai pemimpin yang boleh diperas ugut dan diperkudakan oleh golongan cauvinis, rasis dan ekstrem walaupun pemimpin itu diisytihar dan ditabal sebagai anugerah tuhan. Keselamatan negara akan terdedah kepada unsur ugutan. Apakah itu jenis kerajaan dan kepimpinan yang dikehendaki oleh negara ini?

Pada saya, sebenarnya kedua-dua pemimpin DAP dan Anwar saling menggunakan dan memperkudakan demi kepentingan politik sempit dan cauvinis mereka. Tetapi yang paling menyedihkan dalam isu ini ialah kedudukan PAS. Apa peranan mereka? Apa yang saya nampak, akibat daripada kerakusan segelintir "pak janggut" dan golongan penyembah Anwar dalam Pas, mereka telah mengheret Pas dalam satu percaturan politik yang sangat kotor dan jijik. Bagi golongan ini, kepimpinan Pas bawah Haji Hadi adalah kolot dan kekampungan. Tak moden, lekeh dan selekeh. Mereka sanggup mengkhianati dan mengenepikan kepimpinan Pas. Hanya semata-mata kerana penyokong sudah menjadi kelkatu yang terpukau dengan kilauan cahaya Putrajaya.

Pada saya , "pak janggut" ini bukan sahaja sudah sesat, tetapi menyesatkan. Mereka rela, malahan secara aktif membiarkan Pas diperkudakan oleh kepimpinan DAP dan Anwar. Sehingga mereka memperdaya kepimpinan dan ahli Pas untuk bersetuju menandatangani Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang pada 18 Disember 2009 bahawa jika Pakatan Pembangkang memerintah, penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam adalah tidak termasuk didalam agenda Pakatan Pembangkang. Dan sehingga kini tiada sebarang Muktamar Khas dibuat untuk membolehkan para ulama, kepimpinan dan ahli akar umbi Pas berbahas dan berbincang untuk sama ada bersetuju menerima gagasan Pakatan Syaitan yang menolak Islam dengan jelas dan nyata itu. Kemungkinan besar para ulama, kepimpinan dan ahli akar umbi Pas tidak tahu pun kewujudan Perjanjian Syaitan itu!

Saya berdoa dan berharap agar para ulama, kepimpinan dan ahli akar umbi Pas menyedari bahawa sebenarnya mereka sedang diheret selangkah demi selangkah, sejengkal demi sejengkal oleh para pak turut yang sesat lagi menyesatkan ini, untuk terjerumus ke dalam lubang biawak. Nasihat ikhlas saya, janganlah kita menjadi buta sebagaimana pengikut Fira'un, janganlah kita menjadi pekak saperti pengikut Namrud, janganlah kita menjadi bisu saperti pengikut Attarturk, dan janganlah kita menjadi terlalu taksub saperti pengikut Abu Jahal dan Abu Lahab. Kembalilah ke pangkal jalan. Kembalilah kepada perjuangan Islam berdasarkan al Quran dan sunah. "Bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu."

Yang baik itu datangnya daripada Allah, yang tidak itu adalah kelemahan saya sendiri. Semoga Allah terus memberikan petunjuk dan hidayah serta keampunan kepada saya dan kesemua umat Islam

ANTARA BERLINDUNG DAN TERLINDUNG ATAU MELINDUNGI ?

Posted: 01 Jun 2011 06:53 AM PDT


Berlindung di sebalik Qazaf




Anwar Ibrahim diiringi penyokongnya ketika hadir di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 16 mei lalu.


SUDAH lebih satu dekad, iaitu sejak tahun 1998, Anwar Ibrahim, dengan pelbagai episod kontroversial yang melibatkan dirinya, telah menjadi tokoh yang paling mempengaruhi situasi politik tanah air.
Oleh kerana pada ketika bermulanya Saga Anwar, dengan pemecatannya pada September 1998, beliau merupakan seorang tokoh besar dalam negara maka pelbagai episod yang melibatkan beliau begitu menarik minat dan menangkap imaginasi masyarakat.
Boleh dikatakan beliau adalah tokoh yang paling disanjungi oleh sebahagian daripada kita dan paling dibenci pula oleh sebahagian yang lain. Malah, sanjungan atau kebencian terhadap pelbagai tokoh, pertubuhan dan institusi yang lain dalam negara ini turut banyak dipengaruhi oleh persepsi kita terhadap peranan mereka dalam Saga Anwar ini.
Akhirnya Saga yang cukup panjang dan dramatik ini nampaknya makin menghampiri babak penutupnya. Terutamanya dengan kemunculan dua episod terakhir yang sangat besar kesannya iaitu, episod kes tuduhan liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta episod video seks yang didedahkan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Jikalau terbukti Anwar benar-benar bersalah dalam kedua-dua episod ini atau salah satu daripadanya maka sudah pasti Anwar sudah tiada kredibiliti lagi untuk memimpin, hatta keluarganya sendiri sekalipun.
Kita katakan ini kerana, jika Anwar terbukti bersalah dalam dua episod terbaru ini, maka berkemungkinan besar bahawa semua atau sekurang-kurangnya sebahagian besar dakwaan-dakwaan terhadap Anwar selama ini, sama ada isu moral mahupun bukan moral, juga adalah benar.
Jika dihimbau kembali segala dakwaan dan 'dalil' yang timbul sebelum-sebelum ini, hakikatnya ia menampilkan Anwar sebagai individu yang cukup bermasalah dan berpenyakit. Tidak patut lagi mana-mana pihak mempunyai prinsip menyokong Anwar kecuali mereka yang terdesak dan atau mempunyai agenda sampingan lalu mahu mempergunakan beliau untuk mencapai matlamat lain.
Sebaliknya, jika terbukti bahawa Anwar bersih dan tidak bersalah, maka memang wajarlah beliau mendapat simpati kita semua dan memang sangat zalimlah mereka yang mereka-reka tuduhan palsu terhadap beliau. Kredibiliti moral mereka ini juga akan runtuh daripada melayakkan untuk diangkat atau kekal sebagai pemimpin.
Jadi hakikat sebenar dalam dua episod terakhir Anwar Ibrahim ini sangat kritikal dan besar implikasinya. Soalnya, siapakah dan neraca manakah yang paling tepat untuk membuktikan dan menentukan apa yang sebenarnya berlaku.
Sebagai seorang Muslim yang beriman dengan kemampuan Islam untuk merungkaikan segala persoalan dan sebagai seorang yang punya sedikit latar belakang agama, saya yakin ajaran Islamlah satu-satunya formula penentu yang paling adil kepada kemelut ini.
Cuma dalam Saga Anwar, soal formula Islam dan neraca syariat sering turut menjadi kelabu dan keliru. Ini adalah kerana kes ini melibatkan Anwar. Tokoh yang menampilkan imej agama dan mempunyai latar belakang gerakan Islam.
Faktor ini menjadi punca kegagalan sebahagian masyarakat Islam termasuklah sebahagian ahli-ahli agama untuk bersikap objektif dan neutral apabila menanggapi kes. Apatah lagi bila faktor-faktor lain seperti kepentingan politik atau kebencian melampau terhadap UMNO/BN turut kuat mewarnai sikap mereka.
Akhirnya hujah agama, terutamanya hukum Qazaf, sering dijadikan asas untuk cuba mengelakkan Anwar daripada dibicarakan dan diadili dalam kedua-dua kes ini.
Dalam episod Anwar lawan Saiful Bukhari, hukum Qazaf sering cuba digunakan untuk membenteng Anwar daripada mempertahankan diri dan menjawab dakwaan Saiful. Sedangkan, adalah sangat jelas bahawa fakta kes menunjukkan bahawa ini bukanlah kes tuduhan zina atau liwat biasa tetapi lebih menyerupai kes rogol atau yang lebih tepat sumbang mahram atau gangguan seksual antara majikan dan pekerja.
Perbezaan utama antara kedua-dua kategori ini adalah wujudnya unsur paksaan sama ada secara fizikal atau secara tidak langsung di sebalik perlakuan yang terbabit. Saiful membuat aduan kerana mendakwa tidak rela dan tidak mahu lagi diperlakukan sebegitu.
Beliau juga mendakwa kejadian yang telah berlaku sebelumnya bukanlah dengan sepenuh kerelaan beliau walaupun akhirnya pendakwa memilih untuk mendakwa Anwar di bawah seksyen yang tidak melibatkan paksaan, mungkin untuk memudahkan pendakwaan dan pensabitan kesalahan.
Dalam situasi sebegini, hukum syarak menuntut agar kes Saiful didengari dan diadili dan bukannya ditolak mentah-mentah kerana kegagalan beliau mendatangkan empat orang saksi yang melihat sendiri kejadian tersebut. Memang dalam kes rogol, sumbang mahram ataupun gangguan seks tempat kerja, hampir mustahil untuk si mangsa mendatangkan empat saksi lelaki yang adil.
Oleh itu, syarak menetapkan bahawa beban bukti dalam kes rogol atau sumbang mahram adalah berbeza. Segala bentuk bukti yang boleh diterima oleh syarak selain daripada saksi mata boleh diterima pakai dalam kes ini termasuklah DNA, rakaman CCTV dan seumpamanya.
Hakikatnya kesalahan yang hendak dibuktikan dalam kes Saiful lawan Anwar adalah bukannya hudud zina atau liwat tetapi liwat yang berbentuk rogol, sumbang mahram ataupun gangguan seksual tempat kerja.
Saya yakin mana-mana tokoh ulama sekalipun, termasuklah Syeikh Yusuf al-Qaradhawi atau Syeikh Wahbah al-Zuhaili, akan memberi pandangan yang sama jika fakta kes yang sebenar dijelaskan dengan tepat kepada mereka.
Selain daripada unsur paksaan, Qazaf juga melibatkan tuduhan daripada pihak ketiga. Kes Saiful adalah melibatkan pihak yang mendakwa menjadi mangsa dan bukannya pihak ketiga. Jelas sekali perbezaan fakta kes berbanding dengan kes Qazaf iaitu tuduhan zina daripada pihak ketiga tanpa asas dan bukti seperti dalam kes asalnya melibatkan Sayyidatina 'Aishah ra. Maka tidak salahlah jika dikatakan bahawa sikap berkeras membenteng Anwar atas nama Qazaf adalah suatu kedegilan dalam kekeliruan terhadap hukum syarak.
Dalam episod terbaru melibatkan video seks yang dikatakan melibatkan Anwar, adalah tidak benar jika pihak yang mendedahkan perkara tersebut hendak dipersalahkan dari segi hukum syarak. Kalau nak dikatakan sebagai salah kerana mendedahkan aib sesama Islam, kita semua maklum bahawa larangan membuka aib dalam Islam ada beberapa pengecualiannya.
Kita dibolehkan mendedahkan aib demi memberi amaran tentang kejahatan yang boleh menimpa orang lain dan dalam kes menilai kesesuaian peribadi seseorang untuk diangkat sebagai pemimpin.
Jika hendak dikatakan Qazaf pula, adakah Eskay Shazril seorang penuduh yang datang dengan tangan kosong? Jelasnya beliau datang sebagai pihak yang mendakwa sebagai pihak yang turut terlibat, malah turut ada dalam rakaman video tersebut. Beliau juga datang dengan membawa rakaman video tersebut serta bukti-bukti sokongan yang lain seperti jam Omega yang kuat diperkatakan itu.
Bolehkah kita terus menghukumnya sebagai pelaku Qazaf? Bukankah Qazaf juga sebahagian dari kesalahan Hudud? Kita maklum bahawa Nabi Muhammad SAW dalam satu hadis mengarahkan kita untuk mengelakkan pensabitan Hudud jika terdapat apa-apa syubhah atau kesamaran?
Tidak cukupkah apa yang dibawa oleh Eskay untuk menimbulkan syubhah atas dakwaan bahawa beliau membuat tuduhan zina yang palsu atau tanpa asas terhadap Anwar? Kita juga sangat faham bahawa bukti video tidak mencukupi untuk mensabit kesalahan Hudud Zina, tetapi ia tetap boleh diterima oleh syarak untuk membuktikan kesalahan takzir atau membuktikan kesahihan sesuatu fakta.
Dalam kes Anwar, kita bukannya hendak menghukum beliau dengan Hudud Zina tetapi yang terpenting adalah hendak memastikan adakah beliau orang yang terakam dalam video tersebut, yang akan menentukan tahap keperibadian beliau.
Jika diteliti perspektif di atas dengan insaf, maka jelaslah bahawa Anwar tidak boleh terus-terusan mempergunakan Islam dan hukum Qazaf untuk mengelakkan daripada menghadapi proses kehakiman dalam kedua-dua episod ini.
Beliau dan penyokongnya perlu akur kepada prinsip hukum Islam bahawa beliau perlu membersihkan dirinya daripada dakwaan bahawa beliau telah meliwat Saiful Bukhari serta dakwaan bahawa beliau adalah pelaku dalam video seks terbabit.
Sementara proses ini berlangsung dan belum selesai, kaedah yang terbaik dan amalan yang lebih terhormat ialah dengan meminta Anwar bercuti daripada semua tugas rasminya sehinggalah namanya dibersihkan (jika beliau benar-benar bersih). Bukannya dengan beliau ataupun para penyokongnya yang taksub terus-menerus cuba berselindung di sebalik hukum Qazaf atau atas nama agama

Put your stuff here

PAS TERJAJAH DALAM KEPOMPONG SENDIRI....

Posted: 01 Jun 2011 06:49 AM PDT


Pas diancam puak Anwarinas



APABILA seramai 1,100 perwakilan melangkah ke Kolej Universiti Zulkifli Muhammad di Taman Melewar, Gombak pada Jumaat ini, mereka tidak harus melupakan fakta berikut:

''Kemunculan Pas dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulama yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulama Se-Malaya. Ia kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaysia (Pas) pada 24 November 1951.''

Catatan sejarah ini tidak boleh dipadamkan oleh mana-mana juga pemimpin atau ahli Pas dalam mereka meneruskan kesinambungan perjuangan kepimpinan terdahulu.

Atas sebab itulah apabila mereka hendak melakukan pemilihan barisan kepimpinan, nawaitu dan tindakan mereka perlu berasaskan kepada kemahuan sendiri serta memastikan Pas tidak dicemari atau dipengaruhi oleh sebarang elemen luar.

Bagaimanapun sekarang ini sudah ada kebimbangan bahawa Pas kini bukanlah Pas dahulu, Pas sekarang dilihat semakin tenggelam dengan perjuangan Islamnya dan paling meresahkan sudah ada percaturan politik pihak luar bagi menentukan barisan kepimpinan parti tersebut.

Apa yang paling ketara berbanding pemilihan-pemilihan parti sebelum ini, suara yang kononnya mahu menjadikan Pas lebih progresif semakin lantang.

Dalam keghairahan itu, kelompok kepimpinan ulama menjadi sasaran untuk dijatuhkan dan ia semakin 'mengerikan' apabila percaturan turut melibatkan langkah memperluaskan 'jajahan pengaruh politik' pemimpin di luar Pas. Ini jelas apabila wujudnya apa yang dipanggil 'Anwarinas' - iaitu satu kumpulan di dalam Pas yang pro kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kelompok 'Anwarinas' ini seperti mana didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin akan menterjemahkan apa yang telah mereka rancang sejak 2008 pada pemilihan kepimpinan Pas dalam muktamar kali ini bagi menukar saf kepimpinan parti itu yang sekian lama dikuasai oleh para ulama.

Dalam soal ini, kita tidak perlu menyebut siapa yang dimaksudkan oleh Zulkifli tetapi perwakilan dan ahli Pas boleh menilai sendiri senarai calon yang bertanding.

Dengan hati dan fikiran yang tenang mereka boleh mengetahui siapakah kelompok pro Anwar dalam Pas yang kini semakin ghairah untuk merebut jawatan dalam parti itu.

Kelompok-kelompok ini jika difikirkan secara tidak langsung sudah banyak membawa keburukan kepada Pas sejak parti tersebut bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Mereka ini tidak lagi mementingkan perjuangan apatah lagi idealisme Pas sebaliknya lebih menitik beratkan bagaimana hendak berkuasa sahaja. Sebab itulah apabila berhadapan dengan isu-isu politik tertentu, pemimpin-pemimpin ini akan dilihat menyebelahi Anwar, PKR dan DAP tanpa mempertimbangkan lebih dahulu kesannya kepada Pas.

Kesudahannya, Pas dilihat hanya menjadi kuda tunggangan kepada kedua-dua parti tersebut dan sekali gus mencemarkan kepimpinan ulama dalam Pas.


Punca

Sikap tidak konsisten Pas adalah berpunca daripada mainan kumpulan pro Anwar di dalam parti itu yang bukannya menyebarkan semangat ukhuwah Islamiah sebaliknya meletakkan keuntungan politik mengatasi segala-galanya.

Sebab itulah, dalam pemilihan kali ini mereka menyusun strategi dan gerak gempur yang lebih rapi dan tersusun. Mereka mahu memastikan ulama-ulama atau mana-mana pemimpin yang tidak menyebelahi mereka ditamatkan riwayat politiknya dalam pemilihan berkenaan.
Perancangan mereka menjadi lebih mudah apabila ada di kalangan pemimpin utama di dalam Pas yang merestui hasrat mereka untuk merebut jawatan.

Walaupun dari segi tindak tanduk dan kata-kata ia tidak mencerminkan sikap sebenar sebagai pemimpin Islam tetapi semua itu sudah tidak lagi menjadi kriteria.

Apa yang lebih penting bagi kelompok ini, dengan kedudukan Pas yang dilihat agak ampuh dalam arena politik negara maka pemilihan kali ini dilihat detik terbaik untuk mereka melaksanakan 'agenda penjajahan politik' dengan menjadikan Anwar sebagai idola.

Semua keadaan ini seharusnya menyedarkan perwakilan-perwakilan Pas bahawa mereka mempunyai tanggungjawab besar bagi memastikan undi mereka tidak membuka ruang kepada 'penjajahan politik' tersebut. Walaupun hanya satu undi, ia bakal menjadi penentu kepada kesinambungan perjuangan Pas selepas ini.

Mengulas perkara ini, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Pas memerlukan pemimpin yang dapat membantu Presiden dan kepimpinan Pas secara bebas dan bijaksana tanpa perlu mengikut telunjuk proksi atau mana-mana pihak.

''Di sinilah delegasi ke muktamar perlu merenung dan memilih barisan kepimpinan yang dapat mempertahankan Pas sebagai sebuah wacana perjuangan Islam tulen yang tidak gentar mempertahankan prinsip-prinsip Islam dan bukannya menjadi parti submisif dan bersifat apologetik kepada mana-mana pihak yang menentang Islam serta prinsip-prinsipnya,'' kata beliau.

Justeru perwakilan Pas perlu memastikan pemilihan kali ini sebagai titik tolak untuk menghentikan pengaruh Anwarisme atau kelompok Anwarinas dalam parti itu.

Pemimpin-pemimpin yang dilihat hanya 'berkulitkan' Pas tetapi jiwa dan minda 'dijajah' dan dikuasai oleh pihak lain perlu ditolak habis-habisan. Mereka juga harus mempunyai keberanian untuk menyuarakan kebimbangan mengenai pengaruh Anwarinas ini dalam pembahasan termasuklah mendesak Pas supaya lebih tegas menyatakan pendirian berhubung isu melibatkan Anwar. Perwakilan tidak harus membenarkan Anwar terus mengembangkan pengaruhnya dengan memperkudakan pemimpin-pemimpin tertentu dalam parti tersebut.

Pas dilahirkan, dibesarkan dan disanjung kerana pengorbanan golongan ulama yang menempuh pelbagai cabaran bagi memartabatkan parti itu. Oleh itu wajarkah apabila parti tersebut sudah mantap, berkembang dan digeruni maka golongan ulama mahu dicampak begitu sahaja hanya kerana terpengaruh dengan percaturan politik Anwar, PKR dan DAP?

Berkiblat

Perwakilan Pas perlu memahami bahawa jika terdapat kelemahan kepimpinan dalam parti tersebut, merekalah yang berhak memperbetulkannya dan bukannya orang luar.

Tindakan memilih pemimpin-pemimpin yang dilihat lebih 'berkiblatkan' Anwar dan terlalu menyanjungi hubungan dengan PKR dan DAP sehingga mengorbankan prinsip perjuangan parti sendiri hakikatnya hanya membuka ruang kepada berakhir kepimpinan ulama dalam Pas
.
Memperkatakan lebih lanjut perkara ini, pemimpin dan ahli Pas yang masih sayangkan parti tersebut perlu menyingkirkan sindrom penafian dengan menganggap kewujudan puak Anwarinas atau kumpulan pro Anwar sebagai mainan media arus perdana.

Mereka perlu mengkaji dan menilai apakah ia hanya satu rekaan atau realiti memandangkan seperti mana didedahkan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd Noor Deris bahawa, ''ombak besar yang dibawa oleh kumpulan yang berkiblatkan Anwar seolah-olah tidak lagi mampu ditampung oleh kumpulan yang setia kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang'.'

''Mereka mungkin lemas di dalam gulungan ombak berkenaan. Jika benar itu berlaku, saya ingin menyarankan kepada pengikut 'totok' Pas, bersedialah untuk menjunjung kepimpinan yang berkiblatkan Anwar yang begitu rakus kononnya untuk membawa perubahan di dalam parti dengan pelbagai muslihat dan tipu daya lain,'' katanya.

Bagi mengelak semua itu berlaku, perwakilan sepatutnya sudah faham dan mengetahui sejak pilihan raya umum lalu siapakah di kalangan pemimpin-pemimpin yang dimaksudkan oleh Mohd. Noor. Tindak-tanduk kelompok berkenaan begitu ketara sekali apabila berhadapan dengan isu melibatkan Anwar dan lebih menjaga hati pemimpin-pemimpin DAP.

Lebih malang lagi ada antara mereka tidak mencerminkan peribadi sebagai seorang pemimpin yang mewakili sebuah parti Islam apabila kata-kata yang dihamburkan penuh dengan maki hamun dan caci nista.

Malahan ada pula antaranya semata-mata demi kepentingan politik sanggup bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin DAP mengugat kedudukan orang Melayu. Permainan politik kebencian yang dipelopori oleh PKR turut 'merasuk' sebahagian daripada mereka sehingga sesiapa sahaja yang cuba berbaik-baik dengan pemimpin-pemimpin UMNO biarpun hanya untuk minum secawan kopi pun akan ditentang habis-habisan.

Apa pun orang luar hanya boleh memberi pandangan dan nasihat terserahlah kepada perwakilan Pas untuk membuat keputusan.

Apa yang pasti jika mereka masih menganggap ancaman Anwarinas hanyalah satu mainan atau ciptaan musuh politik mereka, maka mereka juga perlu bersedia untuk bertanggungjawab menjadi penyumbang kepada kejatuhan kepimpinan ulama dalam Pas.

ADAKAH SATU PERANCANGAN TERATUR ?

Posted: 01 Jun 2011 06:37 AM PDT

64 ahli Melayu DAP Cawangan Lembah Kinrara masuk UMNO

KUALA LUMPUR 31 Mei - Seramai 64 ahli Melayu DAP Cawangan Lembah Kinrara, Puchong di sini bertindak menyertai UMNO setelah sedar parti tersebut langsung tidak menjaga kepentingan bumiputera.

Pengasas dan Pengerusi DAP Cawangan Lembah Kinrara, Haron Abdul Wahab berkata, kehadiran ahli Melayu di dalam parti tersebut hanya sekadar 'pencukup kuota' untuk mereka tunjukkan bahawa ada orang Melayu yang menyokong DAP.

"Kehadiran kami cuma sekadar melukut di tepi gantang. Meskipun kami merupakan cawangan aktif DAP yang paling ramai ahli Melayu, pimpinannya yang diketuai Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo langsung tidak menghargai pendapat dan usaha kami," katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita pada Majlis Mesyuarat Mingguan UMNO bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, beliau mewakili 63 yang lain menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Tambah Haron, lebih 100 penduduk yang menjadi ahli DAP di cawangan tersebut dijangka mengikut jejak mereka dalam masa yang terdekat ini.

Ditanya kenapa mengambil keputusan menyertai DAP sebelum ini, ujar beliau, dahulunya tuntutan untuk mempertahankan hak orang Melayu kurang menyerlah dalam dirinya akibat terlampau mempercayai manifesto pembangkang yang ternyata palsu belaka.

"Alhamdulillah, kini saya sedar bahawa DAP memang tidak elok. Setelah saya menunaikan umrah, saya menangis tidak henti dan menyesali perbuatan membelakangi perjuangan bangsa sendiri di hadapan Kaabah.

"Sejurus saya pulang ke tanah air, saya telah berazam untuk meletakkan semua jawatan dalam DAP. Hari ini, tercapailah hasrat saya," ujarnya.

Beliau turut menyeru semua orang Melayu yang menganggotai DAP supaya meninggalkan perjuangan parti tersebut dan beralih kepada UMNO bagi memastikan hak Melayu tidak tergugat.

Sementara itu, Ahmad menyifatkan kemasukan bekas ahli DAP itu ke dalam UMNO sebagai bonus yang besar dan perlu dicontohi oleh semua orang Melayu yang prihatin dengan masa depan bangsanya sendiri.

"Alhamdulillah, lebih ramai orang Melayu sedar bahawa hanya UMNO yang mampu mempertahankan hak dan nasib bangsa. Fakta ini perlu diakui oleh semua orang Melayu yang mahu melihat masa depan bangsanya terjamin," kata beliau.e

ANTARA JAMBATAN DAN BAKAR JAMBATAN?

Posted: 01 Jun 2011 06:34 AM PDT

Anwar bukan jambatan jalin hubungan dengan DAP

KUALA LUMPUR 31 Mei - Pas menafikan timbulnya isu parti itu memerlukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai jambatan untuk menjalin hubungan dengan DAP.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Pas, DAP dan PKR sebenarnya adalah saling melengkapi dan saling memerlukan satu sama lain sebagaimana berlaku dalam parti gabungan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, dakwaan yang mengatakan Pas memerlukan Anwar sebagai jambatan itu tidak timbul kerana hubungan itu terjalin bersama di mana setiap parti itu saling hormat antara satu sama lain.

''Sebagaimana yang berlaku dalam mana-mana gabungan politik, ia merupakan disiplin yang diamalkan parti yang saling memperlengkapi antara satu sama lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa Anwar diperlukan oleh Pas sebagai jambatan dengan DAP kerana dengan cara itu Pas akan dapat ke Putrajaya bersama Anwar serta DAP.

BERANIKAH PAS BAWA USUL INI?

Posted: 01 Jun 2011 06:30 AM PDT

Perwakilan Pas diminta bawa usul isu Anwar

KOTA BHARU 31 Mei - Perwakilan Pas diminta membawa usul khas iaitu membincangkan kedudukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan pelbagai salah laku pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-57 yang akan bermula esok.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad (gambar) berkata, kedudukan Anwar dalam pakatan pembangkang perlu diputuskan secepat mungkin kerana ia turut memberi kesan kepada Pas terutama ketika menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Beliau berkata, ahli-ahli Pas perlu menyekat pengaruh ketua pembangkang itu dalam parti tersebut kerana tindak-tanduknya akan menghakis dasar perjuangan mereka.

"Saya harap perwakilan Pas melihat perkara ini secara mendalam, lihat di Turki dan Indonesia, pemimpin yang dikaitkan dengan kes peribadi seperti seks semuanya meletakkan jawatan kerana imej mereka sudah tercalar, tetapi Anwar bersikap sebaliknya.

"Perwakilan Pas perlu menilainya kerana parti itu akan mendapat tempiasnya disebabkan rakyat sudah muak dengan sikap Anwar. Jangan biarkan Pas dikuasai oleh pemimpin seperti ini kerana dia hanya memperjuangkan kepentingan peribadi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai golongan pro-Anwar yang cuba sedaya upaya untuk mempengaruhi perwakilan Pas pada pemilihan parti itu Jumaat ini.

Wan Khairul Ihsan berkata, sememangnya wujud dua kumpulan dalam Pas iaitu pro-Anwar dan golongan ulama yang memperjuangkan dasar Islam dalam parti itu.

"Puak pro-Anwar ini amat rapat dan mampu mempengaruhi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau digunakan sepenuhnya sehingga dalam beberapa isu pendiriannya bertentangan dengan Pas Pusat," katanya.

BENARKAH INI TIDAK BERLAKU ?

Posted: 01 Jun 2011 06:04 AM PDT


Tiada ulasan:

Pengikut