Ahad, 15 Mei 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Nik Aziz juga sanggup berbohong kerana bela Anwar - Syed Ali

Posted: 15 May 2011 06:00 AM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, DATUK Wira Syed Ali Alhabshee mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis jika benar UMNO melakukan konspirasi dan memfitnah beliau dalam isu video seks.

"Selama ini Anwar menjaja isu tersebut ke seluruh negeri kononnya beliau difitnah, saya cabar beliau buat laporan polis mendakwa pihak yang dikatakan terbabit itu," tegasnya.


Beliau berkata, selain Anwar, PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga boleh berbuat demikian jika mereka beranggapan 'bala' yang menimpa keatas diri Anwar itu sengaja dilakukan oleh UMNO.


Katanya, Anwar semakin tertekan dan terpaksa memutarbelitkan cerita video seks itu bagi menagih simpati orang ramai.


Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengulangi sarannya supaya polis mendedahkan segera identiti lelaki yang dikatakan terbabit dalam perlakuan seks dengan pelacur warga China.


Syed Ali turut kesal dengan sikap pemimpin PAS terutama Datuj Nik Aziz Nik Mat yang masih berterusan membela Anwar walaupun sedar Penasihat Umum PKR itu adalah manusia yang suka berbohong.


"Saya hairan kenapa Nik Aziz sanggup mempertahankan pemimpin politik yang bercakap bohong, tetapi menentang mereka yang bercakap benar dan membela nasib rakyat," tegasnya.


Dalam hal ini, Syed Ali menyifatkan pemimpin PAS sengaja memekakkan telinga daripada mendengar suara kebenaran kerana mementingkan kuasa politik.


"Pemimpin PAS selama ini mendendangkan slogan hukum Islam termasuk Hukum Hudud, tetapi apabila rakan mereka terbabit dengan gejala moral yang menjijikkan, mereka tetap mempertahankannya, ujarnya.


Sikap seperti itu kata beliau, jelas menunjukkan perjuangan PAS adalah untuk kepentingan politik peribadi dan bukannya kerana menegakkan perjuangan Islam.


"Ini bermakna PAS juga sanggup berbohong kepada umat Islam kerana bimbang kuasa politik mereka akan terhakis tanpa sokongan Anwar dan DAP," tambahnya.

Tiada ulasan:

Pengikut