Ahad, 1 Mei 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


TIADA LAGI PRK.....CUMA TUNGGU PRU AJE

Posted: 01 May 2011 03:36 AM PDT

Ahad Mei 1, 2011
Tiada Lagi P/Raya Kecil Di Empat Negeri Kerana Tempoh DUN Cukup Tiga Tahun

KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan lagi di empat negeri sekiranya berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran penggal DUN negeri berkenaan telah genap tiga tahun.

Negeri berkenaan ialah Sabah yang tempoh tiga tahun DUN tamat pada 29 April, Negeri Sembilan (25 April), Selangor (22 April) dan Melaka (21 April).

Kedudukan DUN di negeri berkenaan berdasarkan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Tiga negeri akan cukup tempoh tiga tahun DUN pada bulan ini adalah Terengganu (6 Mei), Kedah (20 Mei) dan Pahang (21 Mei), manakala DUN yang cukup tempoh tiga tahun bulan hadapan adalah negeri Perlis dan Perak (24 Jun) dan Johor (19 Jun).

Tempoh tiga tahun bagi DUN Kelantan adalah pada 7 Julai manakala Pulau Pinang merupakan negeri terakhir tempoh tiga tahun DUN tamat iaitu pada 21 Julai.

Mandat Kerajaan Persekutuan sekarang akan berakhir pada April 2013.

Rabu lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas 28 April memandangkan penggal Parlimen ke-12 ini telah mencapai tempoh mandat tiga tahunnya.

Abdul Aziz berkata tempoh akhir bagi mengadakan pilihan raya kecil kerusi DUN adalah berbeza, bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, katanya PRK boleh diadakan selepas tempoh itu sekiranya ada keperluan khas termasuklah jika berlaku situasi kerajaan pusat atau negeri tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat atau DUN, menyebabkan kerajaan sedia ada hilang kelayakan untuk memerintah negara atau negeri.

Selepas pilihan raya umum 2008, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, iaitu enam bagi kerusi Parlimen dan 10 DUN, membabitkan kos lebih RM11 juta.

Enam kerusi Parlimen iaitu Pematang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala 10 kerusi DUN - Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. - BERNAMA

Pre. Obama pun turun padang.......

Posted: 01 May 2011 03:20 AM PDT



PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama berjabat tangan dengan penduduk tempatan ketika meninjau kerosakan akibat taufan di Tuscaloosa, Alabama, hari ini. Obama meninjau kawasan yang teruk dilanda taufan dan ribut mengakibatkan 313 orang terbunuh dan berjanji membantu penduduk di situ membangunkan semula tempat mereka. - Foto AFP

Tiada ulasan:

Pengikut