Jumaat, 15 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Pengakuan RPK : Syed Ali cabar pembangkang minta maaf kepada Najib

Posted: 15 Apr 2011 03:44 AM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mencabar pemimpin PAS menyatakan pendirian mereka berhubung pengakuan Raja Petra Kamaruddin (RPK) bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiada kaitan dengan isu kematian wanita Monggolia, Altantuya Syaribbuu.

Serentak itu, beliau mahu pembangkang menarik balik segala tohmohan yang mereka lemparkan terhadap Najib selama ini berhubung isu terebut.

"Saya cabar mereka (pembangkang) supaya mohon maaf kepada Najib dan Rosmah di atas segala tuduhan fitnah yang mereka lakukan selama ini," tegasnya.

Langkah itu kata beliau, perlu kerana selama ini pembangkang termasuk pemimpin PAS sengaja memburukkan imej Perdana Menteri menerusi ceramah-ceramah politik mereka dengan mengaitkan isu Altantuya.

"Malah pemimpin PAS juga secara terbuka dan lantang melemparkan pelbagai tuduhan kononnya Rosmah terbabit, ini merupakan fitnah jahat dan satu tuduhan tidak berasas yang amat serius," tegasnya.

Beliau berkata, RPK sudah pun membuat pengakuan terbuka bahawa beliau telah diperalatkan oleh mereka yang ada hubungan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggugat kedudukan Najib selaku Perdana Menteri.

Katanya, RPK juga mengakui bahawa dia tidak menuduh Najib dan Rosmah terbabit dalam kes kematian Altantuya.

"Jelas kepada kita bahawa isu tersebut sengaja dicipta oleh Anwar dan dimanipulasikan pula oleh pembangkang termasuk PAS untuk menjatuhkan Najib secara kotor," katanya.

Serentak itu, Syed Ali mahu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am PAS memberi penjelasan secara terbuka berhubung fitnah dan tohmohan yang selama ini dilakukan oleh pengikutnya.

"Kita nak tanya, apa hukumnya orang yang mencipta fitnah kemudian menyebarkannya secara berleluasa dan berniat jahat semata-mata kerana ingin menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat," tegasnya.

"Sekarang, siapa yang menjadi juara fitnah ? saya minta Nik Aziz nasihatkan pemimpjn pembangkang supaya hentikanlah menjaja isu wanita Monggolia itu kerana kebenaran sudah terbukti," tegasnya lagi.

Syed Ali kesal kerana pihak pembangkang terus membudayakan politik fitnah dalam usaha mereka untuk menarik sokongan rakyat.

Bagaimanapun jelas beliau lagi, rakyat negara ini bukan selama-lamanya 'bodoh' untuk menelan apa sahaja yang disogokkan oleh pembangakang.

"Kebenaran tetap akan berlaku dan contohnya dalam kes fitnah terhadap Najib dan Rosmah, akhirnya RPK tampil membuat pengakuan setelah sekian lama bersembunyi daripada buruan polis," katanya lagi.


Tiada ulasan:

Pengikut