Jumaat, 8 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Kabinet hari ini dijangka putuskan penubuhan suruhanjaya diraja siasat video seks

Posted: 07 Apr 2011 09:23 PM PDT


MESYUARAT kabinet hari ini difahamkan akan memutuskan sama ada perlu atau tidak penubuhan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat pita rakaman video seks yang dikatkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Keputusan tersebut dijangka akan diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul Aziz.

Pelbagai pihak termasuk Badan Bukan kerajaan (Ngo) dan orang ramai sebelum ini mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya tersebut bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan.

Pendedahan video seks berkenaan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang mewakili 'Trio 3 T' telah menggegarkan seluruh negara.

Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pantas menafikan imej lelaki berkenaan bukan dirinya berdasarkan perbezaan saiz perut (buncit).

Dalam pada itu, pengakuan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengenai jam tangan jenama Omega dalam simpanannya terus menjadi personalan apabila beliau gagal menunjukkan kepada pihak media.

Jam tangan Omega yang didakwa milik Anwar sebelum ini dikatakan telah tertinggal di dalam sebuah bilik yang membawa kepada penemuan video seks lucah membabitkan seorang pelacur asing.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Charas, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengulangi gesaannya supaya kerajaan segera menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut.

Beliau turut mencadangkan pelbagai pihak termasuk ketua-ketua parti politik pembangkang termasuk pakar daripada luar negeri dilantik menganggotai suruhanjaya berkenaan.

"Rakyat sedang menunggu hasil siasatan untuk mengetahui siapa sebenarnya lelaki yang beraksi dalam video lucah tersebut," tegasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut