Khamis, 7 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Kematian pegawai kastam : Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak perlu letak jawatan

Posted: 07 Apr 2011 07:03 AM PDT

"BERIKAN keyakinan dan kepercayaan kepada SPRM untuk perangi rasuah, tidak perlu tunduk kepada tekanan pihak tertentu," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau dengan tegas menolak desakan pelbagai pihak tertaama parti pembangkang yang mahukan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamad meletakkan jawatan berikutan kematian seorang pegawai kastam semalam.

Sambil mempertahankan kewibawaan SPRM, Syed Ali menegaskan perletakkan jawatan Abu Kassim bukan jalan penyelesaian dalam kes tersebut.

"Mengapa Abu Kassim perlu meletakkan jawatan ketika beliau berusaha keras untuk memerangi gejala rasuah di negara ini, ?" soal beliau.

Beliau mengingatkan pihak-pihak tertentu supaya tidak mengeruhkan keadaan dengan menjadikan isu tersebut sebagai batu loncatan untuk melemahkan bidang tugas SPRM.

"Kita perlu berikan sokongan kepada SPRM dan Abu Kassim dalam memerangi gejala rasuah, dan isu kematian pegawai kastam memang kita bersimpati, ini mungkin takdir Allah S.W.T," jelasnya.

Beliau berkata, kematian pegawai kastam berkenaan adalah diluar jangkaan dan kes tersebut masih dalam siasatan piolis.

Semalam, Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati di Tingkat 1, Bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, Cochrane, Kuala Lumpur.

Ahamd Sarbani sebelum itu dipercayai dipanggil ke pejabat berkenaan untuk siasatan kes rasuah yang dikatakan membabitkan beberapa pegawai kastam.

Serentak itu juga DAP menuntut supaya satu suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Ahmad Sarbani.

Menurut Syed Ali lagi, punca kematian pegawai berkenaan tidak perlu dimanipulasikan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik.

Beliau turut menyelar sikap DAP yang cuba menangguk di air keruh untuk mencipta populariti.

"Tidak ada siapa pun yang dapat menjangkakan insiden itu akan berlaku dan kita turut bersimpati dengan keluarga allahyarham," tegasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut