Rabu, 6 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Mengapa Wan Azizah & Anwar takut sangat pegang al-quran

Posted: 05 Apr 2011 09:36 PM PDT

Oleh SYED ALI ALHABSHEE


GEMPAR seluruh negara apabila sebahagian besar akhbar arus perdana menyiarkan gambar aksi pemimpin parti pembangkang yang dikatakan terbabit dalam aksi lucah dengan seorang pelacur asing.

Serentak itu juga, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang medianya menyatakan bahawa lelaki di dalam video berkenaan bukan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wan Azizah menjelaskan demikian selepas beliau dan keluarganya turut menonton pita rakaman video seks tersebut sambil mendakwa susuk tubuh lelaki dalam video lucah itu berbeza dengan susuk tubuh Anwar.

Bagaimanapun, sehingga kini polis masih meneruskan siasatan untuk mengenalpasti siapakah sebenarnya lelaki 'misteri' itu berdasarkan ketulenan video berkenaan.

Seperti yang saya tegaskan menerusi laman blog ini semalam, Wan Azizah mahu tidak mahu perlulah menerima ketentuan Tuhan jika sahih lelaki terbabit adalah Anwar.

Malah saya turut menasihatkan beliau supaya tabah menerima hakikat tersebut dan tidak perlu lagi berselindung disebalik gegaran politik.

Saya mengambil pendekatan demikian kerana sejak isu video seks itu terbongkar dan turut disebar menerusi laman-mana internet, Wan Azizah dilihat begitu bergantung kepada 'keajaiban politik' daripada berpijak di bumi nyata.

Memang, sesiapa pun terlalu sukar untuk menerima realiti sedemikian rupa, tetapi jika ditoleh kembali kepada pengalaman silam Anwar, kemungkinan tersebut bukan sesuatu yang mustahil. Pada hemat saya, waima apa sekalipun bala atau musibah yang berlaku, tentulah ada sebab dan hikmah daripada Allah S.W.T.

Sehubungan itu, sebagai seorang Islam yang berpegang kepada kitab al-quran dan al-hadis, jalan terbaik ialah kita bersumpah bersaksikan kalam Allah jika yakin kita tidak melakukan sebarang kerosakan dan kemudharatan di atas muka bumi ini.

Justeru, tidak perlu Wan Azizah dan keluarganya takut untuk bersumpah bersaksikan al-quran dan lafaz nama Allah S.W.T. jika beliau berada di pihak yang benar.

Ya, Wan Azizah boleh berhujah bahawa undang-undang akan menentukan kebenarannya, tetapi sebagai penganut Islam, bukan menjadi kesalahan jika dia bersaksikan al-quran untuk membuktikan kebenarannya.

Seluruh rakyat terutama umat Islam tertanya-tanya, mengapa takut sangat Wan Azizah termasuk Anwar untuk memegang kitab suci al-quran ketika sedang berada dalam kepayahan sedemikian rupa.

Oleh sebab itu, awal-awal lagi saya sudah nyatakan bahawa Wan Azizah perlu membebaskan dirinya daripada kurungan politik PKR.

Isu video seks bukan isu cetak rompak vcd Upin & Ipin' tetapi membabitkan maruah dan isu moral pemimpin politik yang amat trajis dalam abad ini.

Kini, rakyat menjadi keliru dan diserabutkan dengan pelbagai tanda tanya.

Rakyat semakin keliru ; siapa sebenarnya aktor hebat itu ?

Mereka mahu jawapan segera, siapakah aktor hebat yang beraksi lucah dengan pelacur daripada Cina dalam video seks berkenaan.

Pelbagai persoalan juga turut menerpa dalam kepala saya, sarat dengan andaian dan anggapan serta harapan.

Pertama tentulah saya juga tertarik dengan isu jam tangan jenama Omega yang didakwa oleh Wan Azizah ada dalam simpanannya, tetapi gagal ditunjukkan kepada pihak media.

Pada pandangan saya, jam tangan Omega mungkin akan menjadi petunjuk kepada pihak polis dalam meneruskan siasatannya.

Keduanya, saya terpegun dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau meragui lelaki yang beraksi seks dalam video tersebut adalah Anwar.

Pada saya, macamana Nik Aziz nak kenal lelaki berkenaan sebab beliau pun tak tengok rakaman video tersebut.

Malah Nik Aziz sendiri pun tidak diberikan peluang menonton aksi seks tersebut dan mengakui hanya diberitahu oleh rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR).

Bagi saya, elok sangatlah jika tok guru PAS itu tidak menonton aksi lucah tersebut kerana dikhuatiri Nik Aziz bakal ditanya oleh pengikut-pengikutnya ; macamana gaya dan aksinya ?

Lebih baik Nik Aziz jangan tonton filem lucah

Ketiganya, saya bersetuju sangat jika satu suruhanjaya diraja segera dibentuk bagi menyiasat secara menyeluruh dan terbuka mengenai video seks tersebut walaupun ditentang keras oleh pembangkang terutama Karpal Singh.

Karpal Singh adalah peguam utama dalam perbicaraan kes Anwar ditiduh meliwat Mohd. Saiful Bukhari.

Kesimpulannya saya berpendapat pendedahan video seks yang identiti sebenarnya masih menjadi pertikaian banyak pihak akan membongkar sejauhmana bersihnya 'lelaki' tersebut.

Bagaimanapun, seperti orang ramai sudah menjangkakan bahawa pihak pembangkang akan menuduh apa jua musibah yang berlaku itu adalah perancangan parti pemerintah.

Inilah tabiat buruk dan persepsi jahat yang cuba di tanam oleh pembangkang dalam usaha mereka untuk menutup kejijikan dan kebusukan moral ketua pembangkang yang dikatakan beraksi lucah itu.

Sampai bila pembangkang akan menegakkan benang yang basah sehingga setiap kali bala yang berlaku, mereka akan tuding jari kepada UMNO.

Sampai bila pembangkang seronok berbohong dan memutarbelitkan pelbagai fakta kebenaran walaupun telatah mereka sekarang ini menjadi bahan ketawa orang ramai.

Ada sahaja yang mereka selewengkan jalan kebenarannya yang seolah-olah cuba memberi gambaran bahawa mereka adalah sekumpulan manusia terpilih yang istimewa, bersih daripada segala noda dan dosa.

Kita tunggulah hasil siasatan polis mengenai isu video seks itu yang paparan imej lelaki berkenaan seperti yang disiarkan oleh akhbar semalam, sudah mampu memberikan imej pengenalannya.

Cuma tak ada yang berani secara terbuka berkata bahawa lelaki itu adalah lelaki yang dipertahankan oleh Wan Azizah !

Hanya Allah S.W.T. yang maha mengetahui segala-galanya.

Tiada ulasan:

Pengikut