Sabtu, 2 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali minta polis dedahkan segera identiti sebenar pemimpin pembangkang beraksi lucah

Posted: 01 Apr 2011 07:34 PM PDT

POLIS perlu dedahkan segera siapakah lelaki yang dikatakan pemimpin pembangkang beraksi lucah dalam video seks membabitkan pelacur asing bagi menghentikan pelbagai tududan dan andaian mengelirukan.


Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee penjelasan itu amat diperlukan kerana sebelum ini timbul pelbagai tanggapan termasuk mengaitkan pemimpin UMNO sebagai perancang dalam pembikinan video berkenaan.

"Sejak isu video seks itu terbongkar, pembangkang mula menabur fitnah jahat kononnya kospirasi UMNO termasuk didalangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad," tegasnya.

Tuduhan liar itu kata Syed Ali, amat tidak bertanggungjawab dan sengaja dilakukan pembangkang untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

"Semalam Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar kata lelaki yang beraksi lucah itu adalah tulen, maka saya desak polis mendedahkan siapakah identiti berkenaan," tegasnya.

Ismail semalam telah menjelaskan kepada media bahawa rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen, hasil laporan pakar.

KPN difahamkan telah menyerahkan keputusan laporan siasatan berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul Aziz menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pita rakaman vidio seks itu telah dipertontonkan kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Beri peluang pemimpin politik dan isteri malang itu saksikan tayangan aksi lucah

Berikutan perkembangan tersebut juga, PAS difahamkan akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa terdekat ini bagi membincangkan isu tersebut.

Sementara ramai pemimpin PAS terutama di Kelantan dan Terengganu serta Kedah dikatakan mula mengambil sikap berdiam diri dan enggan lagi 'menyebut' nama individu pembangkang yang dikatakan terbabit dalam aksi lucah dengan pelacur asing dalam ceramah politik mereka.

Sehubungan itu, Syed Ali berharap penjelasan KPN akan mematikan segala bentuk fitnah dan persespsi negatif yang tersebar sebelum ini berhubung isu video seks berkenaan.

Malah katanya, pembangkang mula menjadikan isu video seks tersebut sebagai modal ceramah politik jalanan mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin UMNO.

"Saya amat berharap Jabatan Peguam Negara akan melakukan siasatan secepat mungkin berhubung isu tersebut kerana ia merupakan kes berprofil tinggi yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang," ujarnya.

Beliau juga turut mencadangkan kesemua pemimpin utama parti-parti politik di negara ini termasuk isteri lelaki yang didakwa beraksi lucah itu diberikan peluang menyaksikan tayangan video berkenaan.

Beliau berpendapat, isteri pemimpin pembangkang berkenaan harus bertanggungjhawab melihat pita rakaman video berkenaan bagi membolehkan beliau memberi penjelasan kepada pengikutnya secara jujur.

"Jika tak tengok kebenarannya, sampai bila isteri malang itu akan menjadi patung bernyawa dan bermain politik hanya untuk menjaga kepentingan peribadi suami daripada memperjuangkan keadilan untuk rakyat," soal Syed Ali lagi.

PAS akan bersendirian kerana kecewa betapa jijiknya moral regu mereka dalam PR

"Kita perlu kepada ketelusan dan bertanggungjawab, maka semua pemimpin politik sama ada daripada pihak pemerintah dan pembangkang wajar diberikan peluang menyaksikan aksi pelakon berkenaan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menambah, PAS kini semakin tertekan berikutan penjelasan Ketua Polis Negara semalam.

Beliau menjangkakan hubungan PAS bersama sekutu politiknya dalam Pakatan Rakyat (PR) membabitkan PKR dan DAP semakin renggang.

"Oleh sebab itu, apabila isu video seks itu meletup, PAS mula mengambil sikap berdiam diri berbeza dengan DAP, yang melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas," ujarnya.

Syed Ali tidak menolak kemungkinan PAS akan keluar daripada gabungan PR kerana terlalu kecewa dengan seorang pemimpin pembangkang yang didakwa terbabit dalam aksi lucah.

"Demi mengekalkan kuasa mereka di Kelantan, Kedah termasuk di Terengganu, mustahil bagi PAS untuk mempertahankan kepentingan politik individu terbabit yang moralnya begitu rendah," tambahnya.

Beliau berkata, berdasarkan kepada perkembangan terkini, PAS dijangka akan bertanding secara bersendirian pada PRU ke-13 tanpa memerlukan sokongan DAP dan PKR.


Tiada ulasan:

Pengikut