Khamis, 7 April 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Battle is on for all seats as 213 join the fray in Sarawak

Posted: 06 Apr 2011 09:10 PM PDT

Battle is on for all seats as 213 join the fray in Sarawak

KUCHING: The 10th Sarawak state election is set to be a keenly-contested one with fights in every one of the 71 constituencies. A total of 213 candidates are in the fray and many seats will see multi-cornered fights – with two seats seeing six contestants.

The two seats are in Balai Ringin and Belaga. In Ngemah and Jepak, there will be five-cornered fights.

The Election Commission said there were 27 straight fights, 23 three-cornered fights and 17 four-cornered fights.

When nominations concluded, Barisan Nasional found out for the first time in 24 years that it did not win any seat unopposed.

In the last election in 2006, Barisan won two seats uncontested.

Only in 1987, when there were 48 seats, was there a contest for every seat with the now-defunct Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) challenged PBB, SUPP and SNAP in the fray.

Facing a three-cornered fight for the Balingian seat is Chief Minister and PBB president Tan Sri Abdul Taib Mahmud, who is up against his cousin Datuk Salleh Jafaruddin and PKR's Suriati Abdullah.

In Miri, Deputy Chief Minister and SUPP president Tan Sri Dr George Chan is facing DAP's Ling Sie Kiong in a straight fight for the Piasau seat.

Senior Customs officer in graft probe falls to death at MACC building

Posted: 06 Apr 2011 08:49 PM PDT

Ummah digalak berdoa hadapi ujian kesusahan, kesenangan

Posted: 06 Apr 2011 08:46 PM PDT

Ummah digalak berdoa hadapi ujian kesusahan, kesenangan
Oleh Shahril Anuar Abdul Ghalim

2011/04/07
MANUSIA dalam apa juga keadaan pasti akan berdoa dan bersyukur. Tidak kira berita gembira mahupun duka, seharusnya kita berserah kepada-Nya. Masyarakat dunia kebelakangan ini sering diuji. Ujian yang hadir akibat tindakan manusia dan juga takdir daripada-Nya. Bencana dan tragedi yang menimpa adalah ujian agar kita selalu ingat kepada-Nya.

Di Malaysia, banjir yang melanda di beberapa negeri di Utara Semenanjung adalah salah satu daripadanya. Walaupun keadaan masih di bawah kawalan tetapi musibah ini adalah ujian yang amat besar kepada mangsa yang terbabit.
Kerugian yang dialami membabitkan wang ribuan ringgit, kehilangan harta benda, kepayahan kehidupan selepas banjir dan juga mungkin mengalami trauma di masa mendatang. Kesan psikologi rentetan kejadian banjir ini juga harus dipandang serius.
Rasa takut, bimbang dan terancam mungkin akan mengambil masa untuk hilang dalam diri mangsa banjir. Bersyukurlah kerana dugaan dan ujian ini tidak seteruk dan sedahsyat negara jiran kita di rantau ini dan berdoalah agar kita tidak ditimpa bencana sedemikian.

Jika kita imbau mengenai kejadian gempa bumi yang berlaku di Jepun baru-baru ini, kita amat terharu dengan berita yang dilaporkan. Antaranya ialah dianggarkan berbilion ringgit jumlah kerugian, ribuan nyawa yang menjadi korban, ratusan bangunan mengalami kemusnahan, puluhan negara yang menawarkan bantuan dan satu doa diungkapkan agar kejadian seumpama itu tidak berulang.

Semua insan tidak kira bangsa, warga negara dan agama meratapi kesedihan yang melanda rakyat Jepun. Memetik salah satu tajuk berita di akhbar yang berbunyi 'apabila alam tunjuk kehebatan, tiada kuasa manusia dapat menghalang'. Ungkapan ini sememangnya benar jika dihayati secara mendalam.

Alam yang diciptakan untuk manusia menghuninya adalah suatu anugerah dari Pencipta. Dan harus diakui juga akan segala kebinasaan dan kejadian alam juga adalah ketentuan dan ujian-Nya ke atas nikmat yang diberikan selama ini kepada manusia.
Semua itu adalah sesuatu yang tidak dapat kita elakkan daripada terjadi. Tetapi bagaimana pula akan bencana yang terjadi atas dasar tindakan manusia itu sendiri? Jika kita bertanya khabar pada negara di Timur Tengah, kita dapat lihat bagaimana pertelingkahan politik yang berlaku atas dasar kerakusan perilaku manusia.

Kekacauan politik di Tunisia, Mesir, Yaman, Bahrain dan juga Libya yang membawa kepada kesengsaraan rakyat dan kehilangan nyawa. Kuasa menjadi punca kepelbagaian penderitaan dan huru-hara. Manusia sendiri yang menciptanya (kuasa) dan manusia sendiri yang memusnahkannya.

Ekoran konflik berkenaan, kita dapat lihat betapa pelajar Malaysia yang belajar di negara terbabit terpaksa dipanggil pulang demi keselamatan. Sekali lagi kita bersyukur dan berdoa tatkala mereka menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Harapan menggunung untuk menuntut ilmu di negara orang akhirnya diuji dengan cabaran yang getir ini.

Ini adalah antara contoh kekalutan yang wujud di dunia ketika ini. Malah masyarakat dunia turut terkena tempias ekoran kejadian ini. Masyarakat dunia menyaksikan dan mengalami dua kejadian yang amat menyedihkan. Suka duka dirasai bersama atas dasar keprihatinan dan kemanusiaan.

Bagi masyarakat Malaysia, begitulah antara tiga keadaan atau tragedi yang membawa kepada satu tindakan. Emosi yang dirasai berbeza atas kejadian yang berlainan tetapi disusuli dengan tindakan yang sama iaitu bersyukur dan berdoa.

Apa yang cuba dikupas adalah mengenai emosi seorang manusia apabila berdepan dengan sesuatu keadaan. Manusia dalam apa juga keadaan sama ada suka mahupun duka, ada susulan emosi dalam luahan perasaan yang berbeza. Suka apabila mendapat sesuatu yang diinginkan dan duka apabila gagal mengecapinya.

Dua emosi dalam dua keadaan berlainan, tetapi memungkinkan seseorang insan itu mengambil langkah yang sama iaitu berdoa. Doa tanda kesyukuran dan doa agar dipermudahkan. Inilah suatu persamaan yang kekal dalam kedua-dua keadaan iaitu menyandarkan diri kepada-Nya kerana Dialah yang mencipta kedua-dua keadaan itu.

Perkara yang mudah tetapi tidak semua secara sedar mengakui betapa hebatnya apa yang diucapkan hanya atas nama doa. Seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksud: "Berdoalah, nescaya aku perkenankan untukmu".

Manusia sering kali berdoa hanya pada ketika mereka berasa lemah dan tidak mampu untuk menempuh cabaran, kesusahan atau dugaan yang menimpa dirinya. Secara fitrahnya apabila manusia berada dalam kesenangan, doa itu adalah perkara yang terakhir terlintas difikiran.

Sedangkan ketika berada dalam kesenangan manusia sepatutnya lebih bersyukur dan berdoa agar kesenangan, kemudahan dan keistimewaan yang diberikan oleh Allah SWT itu berpanjangan. Walaupun umum mengetahui bahawa doa itu adalah senjata bagi orang mukmin tetapi ia tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya. Kesusahan sering kali dianggap sebagai rintangan oleh-Nya dan kesenangan pula dianggap sebagai kejayaan individu. Walhal semuanya itu adalah dugaan dan ujian daripada-Nya sama ada kita ini sentiasa ingat dan taat pada perintah-Nya.

Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka

PENDAPAT PAKAR : ISU VIDEO

Posted: 06 Apr 2011 08:42 PM PDT

Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .
Tubuh segera Suruhanjaya Diraja
Oleh Shaarani Ismail
bhnews@bharian.com.my
2011/04/07
Rakyat perlu tahu kebenaran, pelaku dalam rakaman video seks: Penganalisis

KUALA LUMPUR: Beberapa penganalisis politik berpendapat, Suruhanjaya Diraja perlu diwujudkan segera bagi mengenal pasti dan meneliti rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang kerana rakyat perlu tahu kebenaran, kesahihan dan pelaku jika benar ia membabitkan ahli politik negara.

Mereka juga berpendapat dengan tertubuhnya suruhanjaya berkenaan, anggota yang dilantik boleh menjalankan siasatan terperinci dalam segenap aspek untuk menilai dan seterusnya mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku.

Prof Shamsul Adabi Mamat, berkata adalah tidak adil jika pihak tertentu hanya membenarkan satu suruhanjaya ditubuhkan hanya untuk kepentingan mereka, tetapi menolak tuntutan penubuhan suruhanjaya lain jika ia tidak memberikan kelebihan atau keadilan kepada mereka.

"Dalam kes siasatan video seks yang membabitkan individu yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu dilihat perlu kerana rakyat perlu diberitahu cerita sebenar sama ada ia konspirasi seperti dakwaan sesetengah pihak atau sememangnya berlaku. Semua itu hanya boleh dibuktikan melalui suruhanjaya yang benar-benar bebas.

"Sangat tidak adil jika ketika berlaku insiden tertentu, pembangkang berteriak melaungkan supaya satu suruhanjaya diwujudkan tetapi dalam kes ini dilihat terkena pada batang hidung, mereka bertindak sebaliknya," katanya semalam.

Pembangkang kelmarin sepakat menolak cadangan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video seks yang dikaitkan dengan Anwar.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata penubuhan suruhanjaya tidak diperlukan sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada siasatan polis kerana ia sudah pun dimulakan.

Seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata pembangkang sepatutnya tidak boleh memilih bulu dalam memastikan kebenaran merungkaikan sesuatu isu.

"Jika benar pembangkang khususnya PKR mahu membersihkan nama pemimpin yang dituduh, mereka harus bersetuju dengan pembentukan suruhanjaya supaya semua pihak dapat melihat kebenaran dan kesahihan dakwaan.

"Suruhanjaya itu adalah satu perkara yang dilihat perlu kerana ia tidak berpihak. Hanya kebenarannya yang menentukan sama ada pembangkang atau kerajaan dapat terus diterima atau sebaliknya," katanya.

Tunjuk bukti jam Omega'

Posted: 06 Apr 2011 08:41 PM PDT

'Tunjuk bukti jam Omega'
Oleh Nazura Ngah dan Shaarani Ismail
bhnews@bharian.com.my
2011/04/07

pix_gal0
Wan Azizah didesak tidak berlakon, alih perhatian isu video

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didesak untuk tidak cuba berdolak dalih atau mengalihkan tumpuan, sebaliknya tampil menunjukkan jam Omega milik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bukti jam itu berada dalam simpanannya.
Ini kerana tindakan Wan Azizah cuba berdalih mengenai jam itu pada sidang media kelmarin tidak mampu menjawab dan melenyapkan spekulasi yang mengaitkan lelaki dalam video perlakuan seks dengan seorang wanita yang disiarkan dalam banyak laman web adalah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Gabungan Badan NGO Malaysia, Md Radzi Daud, berkata Wan Azizah wajar membuktikan jam itu berada dalam simpanannya dan bukan yang ditemui pada wanita itu bagi menghilangkan rasa curiga rakyat yang ketika ini keliru dengan pelbagai maklumat mengenai rakaman video berkenaan.

Katanya, sebarang pendekatan fitnah, saman atau membuat laporan polis sekali pun akan dilakukan oleh mana-mana pihak demi membersihkan diri daripada tuduhan.

"Sewajarnya ia dilakukan untuk membuktikan suaminya bersih daripada tuduhan yang dilemparkan. Apa susahnya kalau sekadar diminta tunjukkan jam kerana tuduhan terhadap Anwar mungkin betul dan mungkin fitnah. Kita bukan malaikat, hanya Anwar dan Allah SWT saja yang mengetahui keadaan pada masa itu. Tidak perlu takut untuk membuktikan jika memang Anwar tidak bersalah," katanya.

Kelmarin pada sidang media di kediamannya, Wan Azizah kurang senang apabila wartawan bertanyakan mengenai jam Omega milik suaminya. Beliau dilaporkan berkata jam berkenaan masih ada padanya, tetapi apabila didesak beberapa wartawan supaya menunjukkan jam berkenaan sebagai bukti, beliau enggan dan berkata: " Why I have to show... are you the prosecutor? (kenapa saya perlu tunjukkan... adakah awak pendakwa raya).
Sementara itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, jika ditunjukkan jam tangan itu kepada umum, ia akan menjawab segala spekulasi sama ada ia fitnah atau sebaliknya yang akan memberikan kesan kepada pembangkang mahu pun kerajaan.

"Jika ia sama sekali tidak benar, maka pendedahan bahawa jam itu ada pada Wan Azizah akan mengukuhkan lagi kedudukan pembangkang dan akan memberikan kesan besar kepada mereka yang membuat tuduhan.

"Jadi, mengapa sukar mendedahkan perkara itu kerana sidang akhbar dibuat di rumahnya bukan di pejabat PKR atau di kawasan lain kerana sebelum ini beliau ada mendakwa jam itu ada disimpan di rumah. Tak perlu menyalahkan wartawan bila ditanya soalan sedemikian kerana rakyat juga mahu tahu sama ada ia spekulasi atau sebaliknya," katanya.

Bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim, berkata beliau tidak terkejut dengan tindakan Wan Azizah yang dilihat cuba berdolak dalih dalam isu jam Omega kerana sikap seperti itu sering berlaku terhadap pemimpin parti berkenaan jika menganggap ia boleh menjejaskan reputasi mereka.

Sambil menyifatkan jam itu seperti jerangkap samar yang dibuat sendiri oleh pemimpin PKR, beliau berkata kedegilan untuk menunjukkan jam kepada umum seolah-olah cubaan untuk menyembunyikan pergolakan yang tercetus daripada kes itu.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu, Dr Hasan Mad pula berpendapat tidak sukar untuk pemimpin seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh memanipulasi isu yang akhirnya terus menjadikan budaya politik kotor.

Beliau juga menggesa isu video seks Anwar ditamatkan kerana ia bukan saja memberi kelebihan kepada populariti pemimpin itu, bahkan memberi kesan negatif terhadap pembangunan negara, masyarakat Melayu dan sistem politik negara.

Sementara itu jurucakap The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd, pengedar jam Omega di negara ini menjelaskan setiap jam Omega mempunyai nombor siri yang dicetak pada jam sebagai jaminan untuk membolehkan pengguna menuntut ganti rugi sepanjang tempoh jaminan dua tahun.

Katanya, nombor siri tidak direkodkan oleh syarikat pengedar berkenaan sebaliknya hanya direkodkan oleh penjual dalam kad jaminan.

Pegawai kastam maut di pejabat SPRM

Posted: 06 Apr 2011 08:38 PM PDT

Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .
Pegawai kastam maut di pejabat SPRM
Oleh Norfatimah Ahmad, Nor Azizah Mokhtar, Safeek Affendy Razali dan Shah Che Ahmad
bhnews@bharian.com.my
2011/04/07
pix_gal0
KUALA LUMPUR: Pegawai kastam yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan semalam, datang ke pejabat itu di Jalan Cochrane secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang dibongkar baru-baru ini.

Ahmad Sarbani Mohamed, 56, (atas) yang memegang jawatan Penolong Pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor, datang ke pejabat SPRM bersendirian menunggang motosikal.
SPRM juga mengesahkan Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang ditahan 1 April lalu pada jam 1 tengah hari di pejabat kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dan dibawa ke SPRM Wilayah Persekutuan untuk membantu siasatan dan dilepaskan dengan jaminan 2 April pada jam 12.30 tengah hari.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali dalam sidang medianya, berkata Ahmad Sarbani dikatakan datang pada jam 8.26 pagi semalam, untuk berjumpa pegawai penyiasat SPRM yang menjalankan siasatan untuk berbincang sesuatu berhubung perkara itu.

Oleh kerana pegawai penyiasat terbabit sedang bermesyuarat, beliau menunggu di lobi bangunan sehingga jam 9.30 pagi sebelum datang seorang pegawai lain untuk mengiringi Allahyarham ke sebuah bilik 'pantry' di tingkat tiga.

Katanya, kira-kira 45 minit selepas itu, pegawai yang mengiringinya meninggalkan Ahmad Sarbani sebentar untuk mendapatkan pegawai penyiasat yang ingin ditemui Allahyarham.

"Apabila pegawai pengiring terbabit masuk semula ke bilik rehat, beliau dapati pegawai kastam itu sudah tiada dalam bilik. Selepas mencari di sekitar kawasan pejabat, seorang pegawai kami terlihat satu tubuh manusia atas lantai di tingkat satu," katanya.
Beliau berkata, SPRM kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum menghubungi keluarga dan majikan mangsa.

Siasatan terhadap Allahyarham dijalankan selepas 62 pegawai kastam ditahan dan disoal siasat menerusi Operasi 3B kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain, baru-baru ini. Penahanan membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun dan daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah ditahan reman.

Selepas operasi itu, sejumlah RM602 juta wang yang terbabit dalam pengubahan haram dibekukan, RM382 juta harta disita, manakala RM31.2 juta lagi dilucutkan hak. Siasatan menemui simpanan dalam akaun bank sehingga hampir setengah juta, RM850,000 dalam akaun amanah saham dan kereta mewah.

Sementara itu, menurut sumber, ada beberapa saksi melihat Ahmad Sarbani berlari ke arah tingkap di tingkat tiga sebelum jatuh ke tingkat satu yang dikatakan digunakan sebagai gelanggang badminton. Mangsa cedera parah pada muka dan kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber turut berkata, Allahyarham datang ke pejabat SPRM untuk menukar kenyataannya kepada SPRM sebelum ini serta mendapatkan tandatangan pengesahan pada borang yang menyatakan beliau dibebaskan dengan jaminan.

Lagi berita kes Sarbani, dapatkan akhbar Berita Harian, hari ini

Snap tuduh PKR hancurkan perpaduan kaum Dayak

Posted: 06 Apr 2011 08:33 PM PDT

Snap tuduh PKR hancurkan perpaduan kaum Dayak

KUCHING 6 April — Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), Edwin Dundang hari ini menuduh Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghancurkan perpaduan kaum Dayak kerana meletakkan calon menentang Snap pada pilihan raya negeri Sarawak, 16 April ini.

Beliau berkata, parti kaum Iban itu tidak akan tunduk lagi kepada PKR kerana Snap telah memberi laluan kepada PKR bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) - Ba"kelalan, Batang Ai dan Tamin.

"Mereka yang mencabar kita (Snap) adalah mereka yang mencabar perpaduan Dayak. Mereka adalah pengacau," katanya selepas proses penamaan calon bagi 71 kerusi DUN yang dipertandingkan selesai hari ini.

Dundang menerima kejutan apabila PKR meletakkan calon bagi kerusi Marudi meskipun sebelum ini Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali mengumumkan PKR bertanding di 49 kawasan serta menyerahkan Marudi dan Pakan kepada Snap.

Presiden Snap itu sendiri akan bertanding di Marudi yang menyaksikan pertandingan empat penjuru berhadapan calon BN, Sylvester Entri ak Muran yang juga penyandang, calon PKR Gerang ak Dagom dan calon bebas, Michael Ding Tuah.

Snap mempunyai 26 calon bertanding di kerusi majoriti kaum Dayak. — BERNAMA

Posted: 05 Apr 2011 09:22 PM PDT


7 amanat Najib

Pesanan Presiden UMNO untuk pertahan kuasa orang Melayu

1- Utamakan maruah dan kepentingan parti daripada kepentingan diri

2- Pentingkan pasukan bukan kumpulan sendiri

3- Tawan pemikiran, hati dan jiwa rakyat

4- Mahir teknologi maklumat dengan menguasai media baru

5- Tumpu empat juta pengundi baru menjelang pilihan raya akan datang

6- UMNO mesti menuju sifar masalah

7- Dahulukan rakyat dalam sebarang tindakan

BN perlu kaji sikap, kehendak pengundi Cina

Posted: 05 Apr 2011 09:14 PM PDT

header
Rencana

BN perlu kaji sikap, kehendak pengundi Cina

Kepemimpinan parti komponen ambil iktibar, perbaiki kesilapan untuk dapat kembali sokongan

PILIHAN raya kecil Sibu dan Hulu Selangor memperlihatkan dengan nyata pola pemilihan pengundi bandar, khususnya pengundi Cina, masih tegar menyokong pakatan pembangkang. Walaupun profil dan demografi pengundi di Sibu dan Hulu Selangor sangat berbeza, trend pemilihan pengundi Cina di kedua-dua kawasan pilihan raya terbabit hampir sama. Dianggarkan lebih 70 peratus pengundi Cina di Sibu dan Hulu Selangor menolak Barisan Nasional (BN). Hal sama berlaku dalam beberapa pilihan raya kecil sebelumnya di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang, malah di Kuala Terengganu pada 2009.

Justeru, boleh disimpulkan pengundi bandar rata-ratanya masyarakat Cina, masih menolak BN. Apakah trend begini akan terus kekal atau berubah menjelang pilihan raya umum akan datang? Persoalan ini barangkali adalah isu penting yang perlu difahami kerana ia bakal menentukan landskap politik dan arah aliran politik nasional pada masa depan. Persoalan besar yang belum terungkai ialah, apakah yang membuatkan pengundi Cina masih tegar menolak BN? Apakah mesej penting yang mereka ingin sampaikan? Apa yang mereka mahukan? Inilah antara persoalan asasi yang perlu dipecahkan BN, khususnya parti komponen yang mewakili masyarakat Cina dalam BN dan kerajaan.

Mereka perlu jujur mencari jawapan dan ikhlas bertindak mengatasi isu dan masalah yang timbul. Parti yang mewakili masyarakat Cina di dalam BN tidak harus terlalu cepat menuding jari kepada orang lain bagi menutup kelemahan sendiri. Mereka perlu jujur dan ikhlas mengakui dan memperbaiki kelemahan yang ada jika tidak mahu melihat nasib mereka menjadi lebih buruk dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 daripada apa yang berlaku pada Mac 2008.

Hakikatnya, selama ini undi pengundi Melayu yang banyak menyelamatkan mereka sehinggakan pemimpin mereka menang pada pilihan raya dan berjaya mengekalkan kedudukan sebagai menteri dan timbalan menteri atau sebagai ahli exco dalam kerajaan negeri yang dikuasai BN.

Persoalannya, bersedia dan mampukah MCA dan Gerakan serta parti yang mewakili masyarakat Cina di Sarawak dan juga Sabah menyelesaikan semua isu ini sebelum PRU akan datang? Atau mereka kini 'lemas dan kebuntuan' dalam mencari jalan keluar dan hanya terus bergantung kepada Umno bagi membantu mereka atau sering kali cenderung menyalahkan Umno jika mereka gagal mendapatkan sokongan pengundi Cina?
Sebelum persoalan ini dijelaskan, kita harus menyedari asas yang membentuk dan mempengaruhi pemikiran politik masyarakat Cina di Malaysia. Bagi masyarakat Cina, ada tiga teras utama yang sangat berpengaruh membentuk sikap dan pendirian politik mereka. Malah ketiga-tiga aspek ini juga dianggap sebagai 'the three pillars of Chinese identity in Malaysia (Tiga Teras Identiti Cina– TTIC). Pertamanya ialah Pendidikan Cina; kedua, Media Cina dan ketiganya, ialah Huatuan (Pertubuhan Cina).

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sikap dan pemikiran politik masyarakat Cina dibentuk oleh ketiga-tiga unsur teras ini. Parti politik Cina juga tidak berupaya untuk mempengaruhi sikap politik masyarakat Cina berbanding dengan apa yang boleh dilakukan oleh TTIC ini. Sebaliknya, dalam kebanyakan isu dan senario sosio-politik, parti politik Cina sering menari mengikut rentak paluan TTIC.

Lebih ironis, parti politik Cina harus memperlihatkan simpati dan berkongsi perjuangan dengan TTIC jika tidak mahu dihukum dalam pilihan raya. Identiti Cina dipelihara, dicorakkan dan ditentukan oleh TTIC. Parti politik Cina pula dilihat hanya berperanan sebagai ejen menjayakan agenda perjuangan TTIC.

TTIC mempunyai fungsi dan peranan penting dalam mempertahankan serta memperjuangkan isu mengenai identiti etnik Cina di Malaysia. Misalnya, teras pertama Pendidikan Cina– berfungsi mempertahan dan mengembangkan kebudayaan dan bahasa Cina di kalangan masyarakat Cina supaya jati diri generasi Cina akan datang tidak hilang ditelan proses sosialisasi dan pembudayaan masyarakat Malaysia.

Pemimpin pendidikan Cina percaya bahawa tanpa sekolah Cina, bahasa dan kebudayaan Cina tidak mungkin dapat dipertahankan di negara ini. Dong Zhong dan Dhong Jiao Zhong adalah dua pertubuhan penting yang sering menjadi pejuang kepada pendidikan Cina di Malaysia.

Media Cina seperti akhbar, media elektronik dan media mayanya berperanan membangkitkan kesedaran isu dan masalah masyarakat dan identiti Cina di negara ini. Ia juga sangat berpengaruh membentuk sikap dan pemikiran masyarakat Cina.

Huatuan atau pertubuhan Cina pula mewakili dan menjaga pelbagai kepentingan masyarakat itu dalam bidang ekonomi dan perniagaan, bahasa dan kebudayaan serta pelbagai minat, kecenderungan masyarakat Cina. Terdapat hampir 3,000 pertubuhan Cina di Malaysia pada hari ini yang mewakili dan menjaga pelbagai kepentingan masyarakat Cina. Nyatalah betapa masyarakat Cina sangat kuat berpersatuan dan mementingkan perpaduan dan penyatuan fikiran dalam memperjuangkan pelbagai kepentingan mereka. Justeru, tidak hairanlah apabila pertubuhan Cina ini sangat aktif menjalankan pelbagai aktiviti mereka yang amat berpengaruh ke atas pemikiran masyarakat Cina dalam hampir semua hal termasuk politik. Huatuan inilah NGO Cina yang sangat kuat pengaruhnya ke atas pemikiran dan sikap politik masyarakat Cina di Malaysia.

Persoalannya sekarang, apakah pada hari ini MCA, Gerakan dan BN mendapat sokongan TTIC? Atau sebaliknya TTIC sudah memutuskan sejak Mac 2008 untuk mengalihkan sokongan mereka dan terus memihak kepada DAP dan Pakatan Rakyat? Kalau inilah pendirian TTIC, apakah perkara ini akan berubah menjelang PRU-13 nanti? Inilah cabaran terbesar MCA dan Gerakan serta parti Cina lain dalam BN. Inilah juga cabaran paling sengit dan paling besar yang mesti dihadapi BN daripada sekarang dalam usahanya mendapatkan kembali undi dan sokongan masyarakat Cina untuk mempertahankan kerajaan semasa.

Kenapakah masyarakat Cina lebih cenderung melihat DAP - parti sosialis berbilang kaum yang lebih dekat di hati mereka berbanding MCA dan Gerakan? Apakah ini isu yang ada hubung kait dengan soal imej parti, kepemimpinan dan agenda perjuangan antara MCA dan DAP? Atau ia berkait pendekatan keras dan perkauman dibawa oleh DAP? Atau apakah masyarakat Cina melihat MCA dan Gerakan serta SUPP di Sarawak serta kepemimpinan parti ini sudah lesu dan gagal dalam memperjuangkan agenda politik, ekonomi dan sosio-budaya masyarakat Cina? Atau mungkinkah ini soal pilihan lebih besar antara BN dan pakatan pembangkang? Semua ini perlu dicari jawapannya secara jujur oleh MCA, Gerakan dan BN jika mereka ingin mengubah keadaan.

Penulis ialah Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM)

UNIVERSITI SUKAN AKAN JADI KENYATAAN.

Posted: 05 Apr 2011 08:52 PM PDT

KBS guna pakai model KNSU
Oleh Jumiati Rosly
jumiati@bharian.com.my
2011/04/06

RAZALI (tengah) menyaksikan Zolkples (kiri) dan Jong Wook bertukar perjanjian kerjasama antara KBS dan KNSU, semalam.
RAZALI (tengah) menyaksikan Zolkples (kiri) dan Jong Wook bertukar perjanjian kerjasama antara KBS dan KNSU, semalam.
Satu cara untuk menghargai bekas atlit dalam bidang pendidikan: Razali

WALAUPUN hasrat menyaksikan negara ini memiliki universiti sukan masih samar, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil langkah sendiri dengan bakal mengadaptasikan model digunakan Universiti Sukan Kebangsaan Korea (KNSU) menerusi program berkembar.
Satu-satunya universiti sukan di Korea Selatan itu menjadi pilihan KBS menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) berikutan kecemerlangan universiti itu melahirkan pemenang pingat di Sukan Olimpik yang lalu dan juga tenaga pengajarnya yang hampir semuanya menggunakan khidmat bekas atlit.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata dia percaya memberi peluang kepada bekas atlit dalam bidang pendidikan adalah salah satu cara terbaik mengiktiraf sumbangan atlit dan menjamin masa depan atlit selepas bersara daripada menyertai pertandingan kompetitif.

"Kita akan melihat bidang pendidikan ini bagi membantu masa depan atlit dengan menggunakan model dari Korea. Kebanyakan profesor di sana adalah bekas atlit dan saya percaya ini adalah salah satu cara menghargai bekas atlit dalam bidang pendidikan," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara MSN dan KNSU, semalam.

Menerusi program berkembar itu nanti, pelajar akan dapat mengikuti pengajian di MSN menerusi program diatur KNSU dan sijilnya akan diiktiraf universiti terkemuka yang melahirkan ramai pemenang pingat di Sukan Olimpik termasuk menyumbang satu pertiga daripada jumlah pungutan pingat Korea Selatan (keseluruhan 13 emas) di Beijing pada 2008.

Katanya, delegasi KNSU juga akan melihat kemudahan disediakan MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) sama ada menepati piawaian universiti itu untuk program berkembar yang akan diadakan nanti.
Dalam majlis menandatangani perjanjian itu, MSN diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Zolkples Embong dan Presiden KNSU, Kim Jong Wook menandatangani perjanjian yang antaranya menyatakan persetujuan kedua-dua pihak mengadakan kerjasama daripada segi latihan atlit, kejurulatihan dan pegawai serta pertukaran kajian dalam sains sukan.

Razali berkata Korea berminat untuk mendalami kepakaran negara dalam sukan sepak takraw, skuasy dan badminton manakala negara berharap dapat mempelajari sukan hoki, memanah, lawan pedang dan taekwondo

Gambar suasana penamaan calon DUN N7 Semariang

Posted: 05 Apr 2011 07:06 PM PDT

Gambar suasana penamaan calon DUN N7 Semariang

Ketibaan calon BN DUN N7 Semariang, YB Sharifah Hashidah yang diiringi Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pagi tadi.

Kelibat penyokong mula tiba sekitar 7.30am mula memenuhi ruang Dewan Rekreasi Kampung Semerah Padi.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Live!Penamaan Calon Dun Demak

Posted: 05 Apr 2011 07:05 PM PDT

Live!Penamaan Calon Dun Demak


Sekitar penamaan calon,


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

LIVE DARI MUKAH: perarakan ke pusat penamaan calon

Posted: 05 Apr 2011 07:03 PM PDT

Bacaan doa sebelum bergerak ke pusat pena

WAJIB BACA : KEPADA AHLI PAS YANG BERHAJAT TINGGALKAN PARTI TERSEBUT

Posted: 05 Apr 2011 06:45 PM PDT

PERINGATAN : BACA SAMPAI HABIS

Mesti Baca! Kenapa Kami tinggalkan PAS - Terbaru Luahan Sebenar Dari Bekas Seorang Ekstrimis PAS

AS;HARAP PARA PEMBACA DAPAT BACA SAMPAI HABIS UNTUK KITA RENUNGI DAN KAJI MENGAPA KITA HARUS MENOLAK PERJUANGAN SEMPIT PAS!

KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS

Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.

Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun. Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.

Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai
perlembagaanya.

Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu Adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami utk bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu2 kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan2 kami lain yg mengalami kejutan budaya. Kami redha menerimanya sebgai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut! Kerana apa yg kami sangka Islam yang adil,cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yg zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.

Panel2 yg datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang2 orangnya seperti Arwah Ustz Fadhil Noor (Bekas Presiden PAS), Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustz Siddiq Noor, Ustz Azizan (MB Kedah skrg), Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi. Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara2 yg salah! Mana2 ibubapa yg melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah. Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya 1 jam tidur sehari saja), dilarang mandi selama 1 minggu, diberikan makanan- makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu).

Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan utk menyokong PAS dan jika tiba masanya utk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yg penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS). Ketaatan yg paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibubapa sekalipun. Malah kami masih ingat dgn jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, "Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan2 semua bersama dengan kami?" Kami yg sedang mabuk dgn candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata!

Kami ditawan serta di brain wash utk menjadi tentera2 militan PAS. Kami diajar utk wala' (taat tidak terhingga) kepada pemimpin PAS, hatta kalau ada exam hari ini dan diarahkan utk pergi berdemonstrasi oleh Amir Kampus (Presiden PMIUM/Pengerusi Jemaah Islam Kampus JIK), maka kami wajib menurut. Pada akhir sessi Tamrin tersebut, kami dipaksa berbaiah kepada pemimpin PAS dengan bersaksikan Allah, Rasul, Malaikat dan Alam Semesta dan bersumpah bahawa laknat Allah akan menimpa kami jika kami keluar dari ketaatan kpd jemaah iaitu PAS! Dalam keadaan tertawan, ramai antara kami yg terpaksa berbaiah dan akhirnya terikat dgn perjanjian bathil ini.

Semasa dalam Tamrin ini lagi, Nashrul dan saya mula tertanya2...Islam yg kami kenal adil tetapi yg kami jumpa di sini zalim. Islam itu tidak menindas, tapi kami ditindas. Islam itu agama yg aman, tetapi kami disiapkan utk menjadi militan. Kesemua ini berlaku dgn izin serta pengetahuan jelas dan sedar para pemimpin PAS! Walaupun begitu, kami tetap kekal bersama dgn PAS kerana menyangkakan inilah jemaah terbaik yg sedia ada di Malaysia. Takkan nak sokong UMNO yg takde Quran dan Sunnah dalam perlembagaanya... kami memujuk diri sendiri. Namun demikian kami jelas bahawa buat masa ini, inilah jemaah Islam terbaik. Jika ada yg lebih baik dari PAS, maka kami akan menyertainya.

Rentetan dari itu, menjadilah kami aktivis PAS di kampus. Study kami entah ke mana...kerana kami sentiasa dikerah utk melakukan gerak kerja PAS di kampus mahupun di luar kampus.Demonstrsi menjadi mainan buat kami. Mesyuarat jemaah hampir setiap malam. Ramai antara sahabat2 kami yg berbaiah gugur dan tidak graduate kerana diajar utk meletakkan aulawiyat (keutamaan) pada jemaah lebih dari pelajaran. Saya dan Nashrul bertambah tidak puas hati. Kami melakukan islah (pembaikan) dari dalam utk meyedarkan jemaah (PMIUM) tentang bahaya pelajaran kami yg terabai dek ditarbiyah dgn salah oleh PAS.

Tetapi kami masih taat kpd PAS demi Islam. Islam kah mereka ini yg mengorbankan anak2 para petani, nelayan, peneroka serta ibu bapa dari kampung yg menghantar anak mereka utk mendapat segulung ijazah, tetapi akhirnya hanya pulang ke kampung semula sebagai seorang penganggur yg berkelulusan terakhir SPM? Sedangkan Rasulullah tidak mengajar begitu. Konsep Jihad diselewengkan sebegitu jijik sekali oleh PAS.

Di kampus juga kami melihat dengan jelas betapa orang2 agama begitu korup sekali. Gerai-gerai Ekspo Konvokesyen yg strategik di sapu mereka seluas2 nya untuk persatuan mereka serta persatuan-persatuan proksi PAS.Tender air batu, tong gas dimonopoli sepenuhnya oleh orang-orang yg memperjuangkan Islam ini. Malah banyak kes siswi2 yang cantik semuanya disapu oleh pimpinan kampus yg rata2nya adalah pelajar Akademi Islam. Ada kes abang senior kami yang keluar dari jemaah kerana tunangnya meninggalkan dirinya setelah dilamar oleh seorang pemimpin Jemaah Islam Kampus! Banyak lagi penyelewengan mereka yg saya tak terkata di sini. Namun ia tetap tidak menyebabkan kami keluar dari ketaatan kpd PAS.

Ramai di antara kami yang terbeban dengan gerak kerja jemaah sehingga pelajaran kami terabai termasuk diri saya yang mengulang satu tahun di Fakulti Perubatan. Ramai juga sahabat kami yang gugur tidak graduate atau jika graduate sekalipun dengan kelulusan cukup-cukup makan.Pada ketika itu saya mula menyalahkan PAS dan mendesak Nashrul sebagai sahabat baik saya 'reconsider' kedudukan kami dalam PAS. Nashrul tetap menyuruh saya kekal taat kpd jemaah. Diketika kami pelajar aliran sains gagal, pelajar aliran sastera dan Akademi Islam semua lulus dgn 1st class honours walaupun tak study kerana sistem pelajaran mereka yg lebih fleksibel dan mudah. Saya kekal menyokong PAS bersama dgn Nashrul tetapi kami sentiasa jelas, jika ada jemaah lain yg lebih baik dan syumul berbanding PAS, maka kami akan menyertainya.

Kami tetap membuat usrah tetapi naqib-naqib kami dari aliran Akademi Islam tidak faham masalah kami pelajar aliran sains. Akhirnya kami mengambil Professor Dr Mohd Zaki Abdul Muin (Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM) utk menjadi naqib kami. Asalnya usrah ini utk pelajar kejuruteraan tetapi saya dibawa Nashrul ikut sekali. Prof Zaki adalah merupakan seorang aktivis PAS yg cukup ikhlas di dalam berjuang. Beliau seorang yang teguh berpegang kepada prinsip Islam. Orangnya bersih dari riba' dan korupsi. Rumah dan keretanya dibeli dengan cash tanpa loan dari mana2 bank. Orangnya cukup sederhana dan warak dan menjadi contoh kepada kami agar menjadi seorang Muslim yang berjaya.

Disebabkan kemenangan PAS merampas terengganu, dan mengekalkan kekuasaan di Kelantan pada pilihanraya 1999, dia diminta oleh PAS utk jadi Pengarah (CEO) Terengganu Advance Technical Institute (TATI), di sana beliau cuba bawa PAS yg ideal, tak korup, cuba jadikan TATI modul pembelajaran teknologi terbaik. Beliau melantik seorang bekas Pegawai Tinggi BPR (kini SPRM) sebagai Pengurus Besarnya untuk mengatasi serta menghindari masalah korupsi. Sayangnya, disangka panas sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Ada perselisihan di antara Prof dgn Harun Taib ketua Dewan Ulamak PAS dan merangkap exco pendidikan negeri.

Wang ehsan utk TATI, Prof Zaki enggan beri kepada kerajaan Terengganu sebab beliau nak beli barang-barang untuk TATI sedangkan Terengganu mahu menggunakan peruntukan wang ehsan untuk TATI itu bagi tujuan politik lain. Prof juga tak setuju mesin TATI digunakan utk print poster politik pada harga yg sgt rendah. Ada org hasut Harun Taib pecat pengurus besar ex BPR tu atas alasan kononnya dia tu SB (Special Branch Polis)! Cuba bayang, suspek saja, bukannya ada bukti. Kalau BN buat seperti itu, suspek saja kakitangan kerajaan sokong PAS, terus pecat, tidak kah ini satu kezaliman? Prof Zaki beri kata dua, kalau hendak pecat pengurus besar dia,pecat diri Prof Zaki sekali. PAS Terengganu beri notis 24 jam get lost dr TATI kepada Prof. Prof tidak dipanggil bicara pun. Anwar kena pecat kurang-kurang Tun Dr. Tun Dr. Mahathir panggil, bagi peluang bela diri.

Prof tinggalkan puncak kerjayanya di UM. Kalau beliau tinggal di UM, sudah tentu jadi dekan Fak. Kejuruteraan UM, diangkat jadi Majlis Tertinggi Universiti dan ada peluang jadi Naib Canselor UM. Tapi demi Islam, Prof tinggalkan UM dan pergi ke institusi lubuk macam TATI dan ditendang keluar seperti anjing kurap. Langsung tak fikir tentang sumbangannya selama ini untuk PAS. Langsung tidak difikirkan kebajikan Prof, anak2 serta isterinya. Macam ni ke Parti Islam? Jauh lagi korup dan zalim dari UMNO!

Kami beramai2 marah teramat kepada PAS. Nashrul dan saya malah bertekad kami hanya akan aktif semula dalam PAS setelah Hadi Awang dan Harun Taib mampus. Kami marah sangat dengan PAS. Tetapi Prof Zaki kata pada kami, jangan keluar dari ketaatan kepada jemaah. Kami dengan itu kekal taat dan sokong PAS demi Islam.

Akhirnya sahabat saya Nashrul sambung belajar di UK. Semasa di sana Nashrul rajin bersolat di masjid. Disitulah dia mengenali pelbagai jemaah. Saya pada ketika itu, berada pada tahun ke 4 dan final year perubatan. Maka Nashrul berjumpa dengan pelajar2 Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan mereka utk defend jemaah2 haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah2 PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith2 sahih Rasulullah yg tak pernah kami diajar atau didedahkan. Nashrul akhirnya akur dan mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT. Nashrul ditunjukkan hadith2 sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas pun yg membenarkan menjatuhkan pemerintah.

Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yg dia jumpa kini. Saya pada asalnya pun skeptic....tetapi inilah yg kami cari. Satu manhaj yg mengikut full sunnah Rasulullah. Kami pun masuk berdebat dengan ramai ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith2 yg kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut...jawapan2 mereka seperti jawapan Tun Dr. Mahathir yg kata Nabi simpan janggut kerana takde pisau gillete, kalau laksana hudud semua orang akan kudung etc!!! Mereka tolak puluhan hadith2 ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!! Pandangan 'ulamak' seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak adapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas.

Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yg kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan.Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadith Rasulullah. Mana-mana ulamak yg meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadith2 Nabi hanya terpakai utk Daulah Islamiyah seperti ustaz2 PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah. Mereka (PAS)mengiktiraf bahawa system khalifah/ daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki.

Sebenarnya, hanya 4 khalifah pertama sahaja yang benar2 naik jawatan melalui sitem syura. Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini. Maka setiap pelanggaran sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah.Setelah Saidina Ali, Saidina Muawiyah naik dgn Majlis Tahkim, dan setelah itu sitem monarki bermula di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah.

Tetapi para ulamak yg hidup pada zaman tersebut tetap megiktiraf Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yg mesti diberikan ketaatan bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun. Malah Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dgn manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dgn begitu kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yg zalim ini.

Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma'mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk! Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yg mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa utk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma'mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan ummat paling utama. Begitu juga dengan para khalifah Islam yg begitu ramai yg kaki perempuan, kaki khamar etc..tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS...sangat aneh.

Jatuh menjatuh oleh rakyat ini berterusan dan setiap kali berlaku, digantikan oleh pemimpin yg lebih zalim, lebih lemah, dan lebih menjauhi sunnah. Hingga akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyah buang syura dan ambil parlimen! Hapuskan serban dan diganti tarbus..Tetapi mereka kekal diiktiraf daulah islamiyah...sangat pelik.

Natijahnya, sistem Islam terhapus sama sekali dan kita mengamalkan demokrasi kini. Jika kita tidak juga kembali kepada sunnah dan berterusan mahu menjatuhkan pemerintah yang Islam, tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh orang kafir. Singapura sudah cukup sebagai contoh, kita dapat lihat orang Melayu yg sokong PAP Lee Kuan Yew kerana marah kepada UMNO menyesal tak berkesudahan kerana menjadi warga kelas kedua di negara sendiri. Lihat saja Iraq, penyingkiran Saddam Hussin tidak membawa keamanan langsung buat negara malah saban hari berlaku tembak menembak dan kekacauan. Sahabat saya dari Iraq yg sambung belajar dengan saya berkata, orang Iraq menyesal menggulingkan Saddam. Ada juga orang yang menjadikan Indonesia sebagai contoh dengan mengatakan penggulingan Suharto telah menyebabkan ekonomi Indonesia berada pada tahap tertinggi kini.

Neraca ekonomi sahaja kah yang kita pakai? Tidak nampakkah bala bencana seperti Tsunami, Banjir, Gempa Bumi, Letusan Gunung Berapi serta banyak lagi bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa? Ini semua adalah kemurkaan Allah. Jatuhnya Suharto menyebabkan merdekanya Timor Leste dan menjadi kerajaan Kristian pertama di Nusantara. Pluralisme agama tumbuh subur di sana. Adakah Islam diletakkan tertinggi? Pancasila masih didokong tertinggi walaupun Suharto dijatuhkan sudah 14 tahun lamanya. Janganlah kita tuli dalam menilai. Inilah harga yg dibayar utk perjuangan khawarij menjatuhkan pemimpin.

Sebaliknya jika kita bersabar, bertaubat bersungguh2 serta beribadat, nescaya Allah akan gantikan dengan pemimpin yg lebih baik, negara yang lebih aman dan makmur serta pentadbiran yg lebih mendekati sunnah.

Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: "Ketahuilah mudah-mudahan Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta'ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan dirolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri daris segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah." [Al-Wajiiz fii 'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]

Maka kami berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yg ada sekarang yg kebetulannya adalah UMNO. Kerajaan kita tidak lah seburuk mana,kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yg luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahan yg rata2 nya dikuasai oleh orang Islam...banyak lagi. Jika PAS memerintah, maka segala ketaatan kami secara hukumnya adalah kepada PAS. Ini kehendak ugama. Tetapi melihat kezaliman mereka selama ini serta korupsi mereka sedangkan belumpun benar2 berkuasa, maka sebelum mereka menjadi pemerintah , maka PAS akan kami tentang bersungguh2 sebelum nasi menjadi bubur.

Menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadith yg membenarkan perjuangan PAS utk menjatuhkan pemimpin yg sedia ada. Perlembagaan PAS sendiri (yakni Quran dan Hadith) mengharamkan kewujudan PAS. PAS wajib ditolak kerana perjuangan mereka adalah perjuangan khawarij. Utk kami, kami sangat jelas akan perkara ini kerana kami mendengar dengan jelas bahawa PAS akan mengangkat senjata jika gagal di dalam demokrasi sepertimana FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Hujah kami ini bukanlah hujah UMNO kerana UMNO tidak tahupun akan hujah ini, malah menekan ulamak-ulamak salaf di Malaysia seperti Ustaz Rasul Dahri dengan mengharamkan buku2 karangan beliau yg menolak bidaah seperti doa nisfu syaaban, tahlil, bacaan Yaasin pada malam Jumaat etc. Walaupun menerima tekanan dari pemerintah, ulamak2 salaf tetap taat kepada pemerintah kerana inilah yg betepatan dgn sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah serta para ulamak salaf sepanjang zaman.

Kami tenang dan aman dengan manhaj yg kami ikuti ini. Kami berjuang kini utk meyedarkan semula sahabat2 kami yg telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus. Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama2 dengan kami mendokong ajaran Rasulullah
-Rahman Kadir-

MANA ITU JAM HA ?

Posted: 05 Apr 2011 06:39 PM PDT


Put your stuff here

MULA BERKEMPEN....

Posted: 05 Apr 2011 06:24 PM PDT

Perebutan 71 Kerusi DUN Sarawak Bermula

Perebutan bagi 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) bermula hari ini dengan calon-calon mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini.
Mereka yang berhasrat bertanding diberi masa satu jam bermula 9 pagi ini untuk mengemukakan borang pencalonan mereka di pusat-pusat penamaan calon yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Borang pencalonan itu kemudiannya akan dipaparkan kepada umum selama satu jam dari 10 pagi bagi sebarang bantahan.
Bagi mereka yang diterima menjadi calon, mempunyai masa 10 hari untuk berkempen bagi memancing sokongan untuk dipilih sebagai wakil rakyat, kurang sehari berbanding tempoh kempen pada pilihan raya negeri 2006.
Calon-calon berkenaan yang mewakili pelbagai parti politik atau bertanding sebagai calon Bebas, akan berusaha memancing sokongan daripada sejumlah 979,796 pemilih berdaftar, termasuk 18,363 pengundi pos.
Pengundian ditetapkan pada 16 April di 1,749 pusat pengundian.
Petugas pilihan raya Barisan Nasional (BN) adalah yang terbanyak berikutan empat parti komponen BN negeri akan bertanding di kesemua 71 kerusi.
BN negeri terdiri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), telah bersepakat mengenai formula pembahagian kerusi berlandaskan semangat perkongsian kuasa parti gabungan berkenaan.
PBB, tunjang BN negeri, diperuntukkan jumlah kerusi terbanyak iaitu 35 kerusi manakala SUPP sebanyak 19 kerusi, PRS (sembilan kerusi) dan SPDP (lapan kerusi).
Sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri, BN menguasai 63 kerusi daripada 71 kerusi.
BN mengumumkan barisan calonnya pada Ahad lepas, mengekalkan 52 penyandang dan memperkenalkan 19 muka baru.
Pengerusi BN Sarawak dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang akan memasuki penggal ketujuh menerajui negeri ini, akan mempertahankan kerusi DUN Balingian manakala Presiden SUPP dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan akan mempertahankan kerusi DUN Piasau.
Timbalan Presiden PBB dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu akan mempertahankan kerusi DUN Layar, Presiden PRS Datuk Seri Dr James Masing akan mempertahankan kerusi DUN Baleh dan Presiden SPDP Datuk William Mawan, mempertahankan kerusi DUN Pakan.
Bagi parti-parti pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di 49 kerusi, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) (dijangka bertanding di 27 kerusi), DAP (15 kerusi) dan PAS (lima kerusi). Parti lain yang dijangka bertanding ialah Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR)

LAWATAN PM KE KOREA

Posted: 05 Apr 2011 06:00 PM PDT

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, left, and South Korean President Lee Myung-bak, right, walk for their summit at the presidential Blue House in Seoul, South Korea, Tuesday, April 5, 2011. (AP Photo/Jo Yong-Hak, Pool)

Read more: New Straits Times Online http://www.nst.com.my/#ixzz1IhU5GZHR

SEKITAR HARI PENAMAAN CALON DI PRN SARAWAK

Posted: 05 Apr 2011 05:53 PM PDT

Berikut adalah suasana di sekitar Kampung Bandarsah tempat permulaan perarakan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Openg ke Pusat Penamaan Calon di Sekolah Kerajaan Datuk Merpati Jepang. 









Sarawak enters campaign mode

2011/04/05
Share |



Two staff members of Dewan Suarah Sibu carry chairs to be used for the nomination process for  the Bawang Assan state constituency in Sibu. Nominations for 71 state seats in Sarawak take place today, with polling set for April 16, after a 10-day campaign period. — NST picture by Mohd Kamil Rahim
Two staff members of Dewan Suarah Sibu carry chairs to be used for the nomination process for the Bawang Assan state constituency in Sibu. Nominations for 71 state seats in Sarawak take place today, with polling set for April 16, after a 10-day campaign period. — NST picture by Mohd Kamil Rahim
KUCHING: Barisan Nasional named its Ba' Kelalan candidate yesterday as it eases into campaigning which will start in earnest at the end of today's nomination process. The BN will launch its campaign by unveiling its manifesto, expected to focus on economic growth, development and unity.

On the other side of the political divide, the promised opposition onslaught suffered further setbacks with the sole Parti Keadilan Rakyat incumbent assemblyman Dominique Ng Kim Ho quitting the party to contest as an independent.

More evidence of a disjointed opposition campaign came to light yesterday when Pas went ahead to announce five candidates, less than 24 hours before the nomination process.
This is the first time that Pas, which does not enjoy a strong presence in Sarawak, is contesting five seats as compared with only one in 2006.

An assortment of independent candidates could surface today with the Election Commission having sold 883 nomination forms as of yesterday.

There will be a minimum three-cornered fight in at least 25 constituencies involving BN, PKR and Sarawak National Party (SNAP) as the two opposition parties had failed to reach an understanding on seat allocation.

As candidates brace themselves for the tough physical challenge when campaigning in interior areas, BN deputy chairman Tan Sri Muhyiddin Yassin will head for Mukah today.

Muhyiddin is lending support to Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud who will file his papers at Dewan Suarah Mesra Mukah to defend the Balingian seat.

Among the other seats expected to see keen contests are Ba' Kelalan -- where PKR state head Baru Bian is standing against BN's Willie Liaw; Piasau, where Sarawak United Peoples' Party president Tan Sri Dr George Chan Hong Nam had said he would defend the seat "until I die" and Layar where another BN stalwart Tan Sri Alfred Jabu Numpang is defending his seat.

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said police had identified six seats where security measures would be increased.

MENGAPA KALI INI TOLAK SURUHANJAYA DI RAJA ?

Posted: 05 Apr 2011 05:46 PM PDT

akut kebenaran ke? ...Pakatan Rakyat nak bantah tubuh Suruhanjaya Diraja

Pihak pembangkang selalu dakwa mereka 'raja kebenaran'.Namun pelik kecut pada cadangan nak tubuh Suruhanjaya Diraja siasat secara telus dan terbuka kes video seks libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Karpal Singh kata Selasa pakatan rakyat akan tentang sebarang usul penubuhan suruhanjaya berkenaan baik di dalam atau luar parlimen.Takut ke? atau bimbang ada hal-hal yang terbongkar pada rakyat bila siasatan rapi dijalankan nanti.-5/4/2011 PR tolak suruhanjaya diraja



KUALA LUMPUR - Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menolak keperluan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat rakaman video salah laku seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang itu.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata tiada keperluan menubuhkannya kerana kerajaan perlu memfokuskan kepada penyiasatan berhubung laporan polis yang dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mengapa harus ada suruhanjaya diraja bagi menyiasat rakaman ini? Datuk T secara terbuka mengakui dan dari pengakuan mereka, yang jelas adalah jenayah yang dilakukan mereka dan mengapa mereka tidak ditahan.

"PR akan menentang langkah tersebut dan tidak akan mengambil bahagian terhadap pembentukan suruhanjaya diraja," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, semalam.

Dalam sidang akhbar sama, Karpal mempersoalkan tiada tindakan polis menahan 'Datuk T' walaupun telah melakukan kesalahan di melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

"Semua kesalahan telah dilakukan secara terbuka, tetapi tidak ada tangkapan dilakukan mereka. Apa yang harus dilakukan itu jelas menunjukkan Datuk T boleh ditahan," katanya.

INIKAH AJARAN PAS KEPADA PENGIKUTNYA ?

Posted: 05 Apr 2011 05:44 PM PDT

Rabu, 6 April 2011

PAS MOHON MAAF

PAS Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung kematian seorang pelajar berusia tujuh tahun dua hari lepas yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini. Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya juga memohon maaf kepada para guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.
Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.
"Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti," katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini Selasa.
Hashim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang menambah, PAS Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.
Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah itu, Rus'sele Eizan pula berkata, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti itu beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.
Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru-guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.
"Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tingg
Saya maafkan dia

ARAU – Bapa angkat pelajar mati didera, mengakui telah memaafkan perbuatan warden asrama, Sekolah Rendah Islam Al Furqan, Jejawi yang dikatakan mendera anaknya, Syazani Saiful, 7 sehingga mati.

Mohd Zamri Shafie, 40 bagaimanapun meluahkan rasa kesal dengan kejadian tersebut yang dianggap tidak sepatutnya berlaku di sebuah sekolah yang merupakan pusat pendidikan dan perkembangan ilmu.

"Saya sudah memaafkan guru terbabit bagaimanapun, kesal dengan tindakan beliau yang sanggup memperlakukan anak saya sedemikian.

"Saya sebelum ini sudah beberapa kali bertemu dengan guru tersebut dan belia adalah seorang guru yang sangat baik. Jadi apa yang berlaku sangat mengecewakan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Hutan Buluh, Jejawi, di sini semalam.

Mohd Zamri yang juga bekerja di sebuah kilang di sini berkata, tujuan utama beliau menghantar anaknya ke sekolah agama terbabit adalah bagi memberi pendidikan dalam bidang agama terutama dari segi hafazan dan al-Quran.

"Tujuan saya hantar anak ke situ untuk diberi penekanan yang lebih terutama dalam pelajaran agama Islam dan bacaan al-Quran kerana Syazani pandai baca al-Quran dan suaranya juga sangat merdu.

YB BN BILA LAGI ?

Posted: 05 Apr 2011 05:35 PM PDT




BILA LAGI YB BN NAK BUAT MACAM NI ?

Klip video: Keluarga pertahan Anwar, dakwa ‘taktik politik lucah Umno-BN’

Posted: 05 Apr 2011 05:12 PM PDT


Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 5 April — Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil pendirian berani menonton klip seks yang kini disebarkan menerusi dunia siber dan membuat keputusan muktamad — ia "satu lagi contoh taktik politik lucah diangkat dan dijulang Umno-Barisan Nasional."

Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan hari ini, isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarganya berkata:

"Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

"Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu."

Kenyataan bersama itu berkata, video seks yang disiarkan di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu disebarkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak Umno.

"Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik," tambah kenyataan itu lagi.

Wan Azizah juga merupakan Presiden PKR, komponen Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar.

Anwar kini berada di Sarawak sempena kempen pilihan raya negeri Sarawak.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, kenyataan keluarga Anwar itu menambah, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

Malah dalam kenyataan itu mereka berkata, "siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara."

Kenyataan itu juga berkata, jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Anwar.

Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang, kata kenyataan tersebut lagi.

"Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang Umno-Barisan Nasional.

"Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara," kata Dr Wan Azizah dan keluarganya dalam kenyataan satu halaman itu.

Dalam menghadapi dugaan ini, kenyataan itu menambah, mereka yakin isu semasa ini ada hikmah di sebaliknya.

"Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 — ulang tahun ke-12 PKR yang lahir daripada kegawatan politik negara.

"Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina," katanya.

Oleh itu keluarga Anwar berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan Umno-BN ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

Klip video yang mengaitkan Anwar melanggan seorang pelacur asing kini dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.

Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.

Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu dilaporkan panjangnya 21 minit.

Klip video hitam putih itu turut membawa jalur warna putih di bahagian bawah dengan tulisan Thai, yang tidak terdapat pada rakaman yang didedahkan kepada media sebelum ini.

Tiada ulasan:

Pengikut