Rabu, 13 April 2011

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Rakyat Sarawak kena tolak Pakatan Lanun..

Posted: 12 Apr 2011 04:49 PM PDT

Anwar Ibrahim berjanji kepada rakyat Sarawak yang dia dan Pakatan akan menjaga kebajikan semua rakyat negeri ini dengan penuh perhatian. Kerana itulah dia akan memberi wang kebajikan sebanyak 400 ringgit setiap tahun kepada semua warga emas yang usianya 60 tahun di sini.

Tapi itu jika Pakatan menang katanya. Kalau Pakatan kalah selepas pilihanraya ini, Anwar kata rakyat Sarawak akan lebih menderita dibawah pentadbiran zalim kerajaan Barisan Nasional.

Penulis ingin memberitahu rakyat Sarawak semua, Anwar itu memang bohong saja. Dulu dia juga janji perkara yang sama di negeri Selangor. Malah dia janji perkara yang lebih lumayan untuk diberikan kepada rakyat negeri Selangor kalau Pakatan menang disitu.

Kata Anwar, ibu tunggal akan dapat wang bantuan dari kerajaan Pakatan kalau mereka menang. Dan bila sudah menang, mana ada wang dan bantuan yang diberikan. Menindas rakyat dan mengaut semua kekayaan negeri Selangor lagi nampaknya semua pemimpin Pakatan.

Bukan saja janji nak bantu orang tua, Anwar dan pemimpin Pakatan juga janji nak berikan 1000 ringgit kepada anak-anak Selangor yang mahu masuk ke Universiti. Sampai sekarang sudah 3 tahun mereka perintah di Selangor, masih lagi tak ada satu sen dibantu anak-anak Selangor yang mahukan pendidikan.

Bukannya sehari dua tempoh masa dari tarikh yang mereka jual janji kepada rakyat di Semenanjung, tapi masuk hari ini sudah 3 tahun mereka berkuasa dan perintah, satu apapun tak ada seperti yang mereka janjikan itu.

Semuanya palsu saja. Janji itu memang senang, tapi tak mungkin Anwar dan pemimpin Pakatan nak laksanakannya. Mereka mahukan undi saja, lepas itu mereka tinggalkan semua rakyat dan kaut untung dari hasil negeri Sarawak ini.

Tengok di Selangor, kekayaan negeri disapu bersih oleh pemimpin Pakatan. Siapa penasihat ekonomi di Selangor kalau bukan Anwar Ibrahim. Katanya gaji cuma seringgit, tapi tak diberitahu jumlah yang dirompaknya di belakang rakyat.

Rakyat Sarawak ini kena tahu yang janji-janji Pakatan hendak bantu rakyat langsung tidak ditunaikan di Semenanjung. Sekarang mereka nak tipu kita dengan janji yang sama seperti mereka perdayakan rakyat disana.

Bagi penulis, Pakatan ini semua sebenarnya lanun yang kepalanya adalah Anwar Ibrahim. Parti mereka itu pun parti lanun juga. Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan di Semenanjung telah dirompak oleh mereka. Sekarang mereka mahu menjadikan Sarawak sebagai mangsa mereka pula.

Kalau kita fikir baik-baik, apakah lanun mampu memerintah dengan adil dan saksama? Nasib rakyat akan jadi lebih teruk dan juga tak terbela kalau lanun-lanun ini dibiarkan masuk merompak di Sarawak.

Rakyat Sarawak, tolaklah mereka sebelum terlambat.

Tiada ulasan:

Pengikut