Isnin, 4 April 2011

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Youtube Seks “Anwar”: Tonton dan saksikanlah kebenaran kebesaran kuasa Allah!

Posted: 04 Apr 2011 05:07 AM PDT

Dunia politik negara bergegar lagi kali ini. Sebagaimana "link" yang telah diberikan oleh rakan seperjuangan, saudara Jebon, di sini, semua rakyat jelata yang sebelum ini begitu sangsi dan ingin tahu tentang kebenaran, maka bolehlah melayarinya dengan aman dan tenteram.

Usah risau. Tayangan video ini tidak memaparkan aksi-aksi panas yang akan men'juling'kan mata dan menambah dosa. Tayangan youtube tersebut telah di'edit' babak-babaknya tanpa sebarang "superimposed" dari mana-mana pihak.

Sekarang, pembaca semua boleh menonton dan fikir sendiri sama ada benar atau tidak individu yang berlakon di dalam video tersebut adalah Anwar atau tidak. Sebelum ini, ramai yang tidak percaya. Manakan seorang "Pak Syiekh" melanggan "China Doll". Nah! Lihatlah sendiri video tersebut.

Pastinya pendedahan panas ini akan ditentang habis-habisan oleh media-media propaganda pakatan pembangkang. Pastinya pendedahan menggegarkan ini akan dinafikan sekeras-kerasnya oleh Anwar dan konco-konconya. Namun, menafikan bagaimana sekalipun, Anwar dan Wan Azizah masih gagal menunjukkan kepada rakyat tentang kelibat jam tangan Omega.

Sebelum ini, Anwar mengaku memiliki jam tangan Omega tersebut dan ianya selamat di dalam simpanan isterinya, Wan Azizah, dan menafikan jam tangannya tertinggal sebagaimana yang didakwa oleh Eskay. Sehingga kini Anwar masih gagal membuktikan kebenaran kata-katanya.

Sebaliknya, video seks yang dikaitkan dengannya pula yang tersebar meluas. Melalui laporan akhbar, video tersebut telah di"upload" oleh "thepowercam" dan lokasi asal tempat di"upload"kan itu ialah di sekitar Thailand. Nampaknya, bukti Anwar menipu semakin terungkai!

Alhamdulillah. Segala doa dan solat hajat yang diadakan oleh pakatan pembangkang selama ini sudah dimakbulkan Allah S.W.T. Kebenaran semakin terserlah, mungkin itu adalah kehendak Allah S.W.T. Namun, mungkinkah petanda hidayahNya ini akan menyinari hati mereka-mereka yang telah hitam diracuni racun berbisa oleh Anwar Ibrahim dan rejimnya?

Kita doakanlah semoga mereka-mereka ini diberikan hidayah dan kembali ke pangkal jalan. Allah sentiasa menerima taubat hambanya walau sebesar mana pun sekali dosa mereka. Namun, usahlah mendabik dada sebagai "anugerah Tuhan" lagi. Bersaralah dan carilah ketenangan sebelum ajal menjelma.

Penulis cadangkan agar Anwar bermastautin di Makkah saja. Bukankah Anwar rapat dengan Kerabat DiRaja Arab Saudi. Mana tahu ada rezeki dihadiahkan seutas jam Omega, bersalut emas dan berlambangkan "chrest" DiRaja Saudi lagi!



Tiada ulasan:

Pengikut