Razlan's |
Posted: 17 Mar 2011 02:51 AM PDT
Kedatangannya dari Keningau, Sabah ke ibu negara tidak menjanjikan kesenangan seperti diimpikan. Dia seterus berkahwin dengan Noraini Mohamed dan dikurniakan enam orang anak berusia antara satu hingga 12 tahun. Kerana kedaifan dan Maulana sendiri kini tidak mempunyai sebarang pekerjaan, mereka sekeluarga hidup merempat di bilik sewaan di sebuah rumah setinggan di Taman Hock Ann, Jalan Klang Lama. Lebih malang lagi rumah tersebut akan dirobohkan oleh syarikat pemaju yang mana Maulana dan keluarga bakal merempat. Berdasarkan aduan orang ramai yang simpati dengan nasib keluarga itu, Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Seputeh, telah bertindak membantu mereka. "Keluarga ini mempunyai enam orang anak dan suami merupakan seorang OKU di Perumahan Hock Ann yang mana perumahan ini akan dirobohkan. "Kerana bimbang kes keluarga yang menginap di bawah jambatan yang pernah kami bantu sebelum ini berulang, maka kami bertindak segera membantu mereka dapatkan rumah," kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Mohamad Rafii. Kini mereka telah berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Dua orang anak Maulana bersekolah di Seri Setia, Jalan Klang Lama. Sementara seorang lagi anaknya yang berumur lapan tahun tidak bersekolah kerana tidak memiliki sijil lahir. Empat orang anaknya tidak memiliki sijil lahir kerana Maulana sendiri tidak mempunyai kad pengenalan kerana mempunyai masalah dengan Jabatan Pendaftaran di Sabah. Tetapi dia memiliki sijil lahir. "Alhamdulillah, kami telah menyelesaikan masalah perumahan keluarga ini. Mereka telah dipindahkan ke Perumahan PPR. "Ingatan kami kepada mereka yang mahu berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja agar memikirkan kembali niat dan hasrat itu. "Bukan senang untuk kita mencari rezeki di bandar besar sekiranya tidak mempunyai keluarga yang membantu. "Untuk memulakan kehidupan di Bandar, minimum RM3,000 diperlukan, ini adalah untuk membayar deposit sewa rumah, bil api dan bil air. "Saya percaya, ini merupakan jumlah wang yang banyak bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap," kata Mohd. Razlan. Utusan Malaysia - Mega Muka 9 |
You are subscribed to email updates from Razlan's To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan