Apo Kono Eh Jang! |
Anwar: Punya Dia Taknak Bagi, Orang Punya Dia Minta Posted: 16 Mar 2011 10:12 PM PDT Kalaulah ada gelaran yang sesuai untuk kita gambarkan Anwar dalam sepatah dua perkataan, Bapak Divertion itulah yang paling kena sekali denganya. Manakan tidak, dikala satu negara turun ke jalanan meminta Anwar menyerahkan DNA, boleh pulak Anwar minta Perdana Menteri dan Datuk Rais serah DNA untuk kes yang tidak terlibat langsung oleh mereka. Kelakar dan gila dah nak sama banyak. Anwar ni tau ke tidak apa masalahnya sekarang? Kalau DNA berusia 2 ke 3 hari dalam dubor Saiful tu (bahagian peri anal) menjadi pertikaian tak sudah pasukan peguam Anwar, apa lagi kes yang mana tidak ada berkaitan langsung? Walaupun penulis yakin kedua tokoh tu (Perdana Menteri dan Datuk Rais) tidak ada masalah nak bagi DNA tapi kena tentulah kesnya. Takkan tak pasal-pasal nak kena bagi DNA atas kes yang tiada kaitan dengan mereka secara langsung seperti pembunuhan Altantunya dan rogol amah tu. Nanti boleh menimbulkan macam-macam reaksi negatif pula, maklum orang Malaysia utamakan persepsi dari fakta. Lagipun, dimana Perdana Menteri terlibat dalam kes Altantunya yang sampai beliau nak kena bagi DNA? Begitu juga Datuk Rais, kenapa nak bagi DNA bila amah tu sendiri cakap Datuk Rais tak pernah rogol dia? Penglibatan Perdana Menteri dalam kes Altantunya ini hanya wujud dalam angan-angan dan mimpi Anwar Ibrahim, rakyat semua tahu Perdana Menteri bukan sebegitu bodoh nak terlibat dalam masalah-masalah macam ni. Kedua yang terlibat dalam mereka-reka tuduhan tersebut juga sudah lari menyembunyikan diri di luar negara dengan kehidupan mereka dibiayai kerajaan Selangor. Tiada satu pun yang sahih yang boleh mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan tersebut. Hal ini (Perdana Menteri dan Datuk Rais serah DNA) tiada dalam prosiding mahkamah seperti mana anggapan para balaci Anwar, ia hanya terluncur keluar bila Anwar tersepit nak jawab soalan wartawan berkenaan soal serah DNA ini diluar mahkamah. Yang pengikut PKR begitu bodoh nak mensensasikan perkara ini apahal? Orang yang tak berkaitan disuruh serah DNA, yang patut serah, tak mahu pulak bekerjasama. itu pun tak boleh nak fikir ke? Anwar sendiri taknak serah DNA walaupun itu boleh buktikan dirinya tidak bersalah (kalau benar tak meliwat), kenapa pada fikiran Anwar Perdana Menteri dan Datuk Rais nak kena serah DNA dimana kes yang mereka tidak berkaitan? Simple saja perkara ini sebenarnya tapi dah diputar belit Anwar dan kuncu-kuncu sehingga ternampak macam isu nasional. Pendek kata, Anwar sengaja nak alih isu, itu memang peribadinya bila menjawab soalan yang dia tidak suka. Umpamanya, kita tanya Anwar yang hijau itu pokok ke buah, dia jawab pagar itu bapak saya punya!!! Kalau bukan cuba nak mengalih isu, Anwar dah sakit jiwa. Pilih mana antara satu. Dan tambah menggeletek hati, Anwar dan pasukannya nak mengadakan jelajah 1Malaysia memberi penjelasan berhubung soal DNA ini. Bukankah ini boleh ditakrifkan sebagai menghina mahkamah? Kes masih berlangsung dan sepatutnya Anwar terang kepada mahkamah kenapa tak mahu serah DNA, bukan dok pusing keliling negara menipu rakyat. Alasan Anwar untuk tidak serah DNA ialah takut dimanipulasikan, konon dalam kes liwat 1 DNAnya dicalit pada badan mangsa. Ini semua adalah pembohongan Anwar sebab seingat penulis, tidak ada isu DNA yang timbul dalam prsosiding kes liwat 1 kerana bidang forensik jenayah pada ketika itu masih sesuatu yang baru di Malaysia, apa lagi nak calit pada pada mangsa. Lagipun Anwar didakwa meliwat Azizan pada 1992 sedangkan perbicaraan berlangsung pada 1998, apa DNA lagi yang tinggal? Sampel darah Anwar diambil kerana dia dakwa disuntik dengan virus HIV dan kandungan arsenik yang tinggi, bukan untuk perbandingan DNA. Anwar toksahlah menipu, sejak dulu lagi sudah banyak Anwar menipu rakyat negara ini, tidak terkecuali penganutnya sendiri. Ingat penipuan mega 16 September cukuplah nak menggambarkan sifat sebenar Anwar yang dianggap hero Malaya oleh penganut tegarnya. Maaf cakaplah ya, penulis memang tak nampak sebab lain kenapa Anwar enggan serah DNA melainkan DNA bawaan air mani yang dijumpai dalam dubor Saiful itu memang miliknya, itu yang dia takut sangat-sangat. Ini lebih logik dari mengaitkan orang lain dengan kes yang mereka tidak ada kena mengena. |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan