Apo Kono Eh Jang! |
- Latest Update PRK Merlimau, BN Mendahului
- Pakatan Rakyat Tidak Akan Didaftarkan, Percayalah
- Bertuahnya jadi rakyat negeri Selangor..
Latest Update PRK Merlimau, BN Mendahului Posted: 06 Mar 2011 02:52 AM PST Peratusan mengundi di Merlimau sehingga waktu pusat mengundi ditutup adalah sebanyak 78.98%, kurang 2% dari sasaran yang ditetapkan oleh pihak SPR. Setakat pukul 4 tadi peratusan masih rendah dengan 76% dan usaha Ketua Menteri Melaka mengarahkan skuad bermotosikal masuk ke kawasan kampung-kampung untuk membawa pengundi keluar mengundi nampaknya sudah mendatangkan hasil. Berdasarkan tinjauan rambang, BN mampu memperolehi majoriti sekitar 3000 – 3500 undi dan dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi, sasaran itu dijangka boleh dicapai. Kawasan-kawasan bandar masih lagi dikuasai PAS dan kawasan-kawasan majoriti Melayu termasuk Chin Chin dan Merlimau Pasir yang diketahui menjadi kubu kuat pembangkang akan terus dikuasai BN seperti tahun 2008. Peratusan keluar mengundi bagi masyarakat India adalah sebanyak 72% dan ini adalah merupakan petanda yang baik memandangkan sambutan hebat pengundi India dalam kempen rumah ke rumah yang dijalankan calon BN, Roslan Ahmad. Setakat ini BN memperolehi 4875 undi dan PAS 1127 undi. |
Pakatan Rakyat Tidak Akan Didaftarkan, Percayalah Posted: 05 Mar 2011 07:18 PM PST Penulis tertarik dengan keluhan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengenai sikap pakatan pembangkang yang masih tidak mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan sah, sama seperti BN. Masalahnya kata Datuk Wan Ahmad, setiap kali pilihanraya, ketiga-tiga komponen ini akan menyelitkan sama lambang komponen yang lain jika salah satu daripada mereka bertanding seolahnya pakatan ini sudah rasmi sebagai sebuah gabungan. Memang ya pun, dah berbelas pilihanraya kecil sejak 2008 dah, masih lagi PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP. Bila ditegur, mereka akan bermain politik dan menuduh SPR tidak adil, alat kepada BN dan sebagainya. Salah ke SPR menegur tu? Kalau pun nak menutup keadaan sebenar 'Pakatan Rakyat' ini, janganlah pihak lain dijadikan mangsa. Begitu juga dengan Pendaftar Pertubuhan, sudah ada 2 ke 3 parti baru atau parti yang diambil alih dengan nama baru wujud di Malaysia ini sejak 2008, tak pernah ada masalah pun. Tapi dengan Pakatan Rakyat, masalah…betul ke ada masalah atau pembangkang sendiri tidak serius untuk mendaftarkannya sebab takut hilang undi? Lambang bunga raya latar belakang warna oren tu semakin sayup penulis rasa, lama betul tak nampak dah. Lagipun, kalau masalahnya dengan Pendaftar Pertubuhan, kes ini dah masuk ke mahkamah sekarang, tapi takde pulak dengar. Lelaki Y yang diharapkan untuk menyatukan semua parti ini dibawah satu komponen, masih gagal dalam usaha tersebut. Setakat membentuk kerajaan di Selangor dengan janji jawatan kalau setuju bergabung, bukanlah layak dipanggil kejayaan pun. Itu kalau ada jawatan, kalau takde? Di Merlimau ini yang bertanding PAS tapi dalam banyak hal penulis lihat yang dicanang p[ada poster ialah perkataan Pakatan Rakyat. Seolah mereka ini bersatu tapi depan mata sendiri penulis lihat DAP dengan DAP, PAS dengan PAS dan PKR dengan PKR. Bersatu apa jadahnya macam tu? Penulis langsung tak jumpa perkataan UMNO pada mana-mana poster calon BN walaupun dia datang dari UMNO. Kenapa masih nak menipu rakyat? Tak cukup lagi ke dengan pembohongan mega 16 September? Masih lagi bermain politik orang munafik pembangkang ni ya, zaman dah berubah, pembangkang di Malaysia masih lagi tak berubah. Berhentilah main angan-angan ni. Minyak dengan air tak mungkin bercampur begitu juga PAS dengan DAP. Bila calon PAS cakap pasal Islam dengan lambang DAP mengiringinya, penulis rasa mual, mual yang amat sangat. Pasal apa, pasal tak kena langsung. Dek kerana 'pertembungan sumbang' ni, banyak benda kelakar yang kita dengar berlaku dalam kerajaan campuran pembangkang. Contoh soal arak, Ronnie Liu kata beer tak haram sebab kurang alkohol, Hassan Ali kata haram. Tapi arak yang dirampas tetap dipulangkan semula, siapa menang, siapa sebenarnya ketua? Nabi Muhammad saw memang menerima waima kaum yahudi pun dalam membentuk kerajaan di Madinah tapi siapa pemimpin? Dengan PAS yang semakin hilang sokongan, hanya jadi pak turut kepada 2 gergasi yang lebih berkuasa (PKR dan DAP), toksah harap apa yang Islam PAS laung hari ini akan terlaksana di Malaysia. Itu pasal agama dan politik tidak boleh dicampurkan, agama tak ajar menipu tapi politik PAS mengagungkan penipu macam Anwar dan penipuan yang dibuatnya. Tapi bila kita cakap, dia pusing hak suku pulak. Rakyat Malaysia, terutama di Kerdau dan Merlimau perlu tamatkan penipuan dan kepura-puraan ini once and for all. Teruskanlah mengundi BN, benar kami dah lama memerintah tapi bukanlah dengan Perdana Menteri yang sama setiap kali. Setiap mereka dengan corak dan gaya tersendiri, itu yang memberi 'warna' kepada politik Malaysia. Lagipun BN, fizikal dan mental lebih stabil dibanding dengan pembangkang. |
Bertuahnya jadi rakyat negeri Selangor.. Posted: 05 Mar 2011 04:02 PM PST Semalam ada satu ceramah di Felda Jengka 22 yang dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Pada mulanya, Khalid dijadualkan berceramah bersama dengan Nurul Izzah, tapi anak perempuan Anwar itu langsung tak muncul sehingga penghujung majlis ceramah tersebut. Seperti yang dijangka, Khalid Ibrahim lebih banyak bercerita tentang "kemajuan dan kebajikan" yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan di Selangor. Kononnya, rakyat Selangor kini amat mewah dan hidup tenang dibawah pentadbiran Pakatan. Kata Khalid, ini membuktikan bahawa Pakatan mampu memberikan kesenangan buat para penyokongnya. Menurut Khalid lagi, apa yang dilakukan oleh Pakatan di Selangor tak mungkin dapat dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional di Pahang khususnya di Kerdau. Sebagai contoh, Khalid berkata penduduk di Selangor telah menikmati air percuma yang disalurkan oleh kerajaan negeri. Ini katanya jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan amat prihatin terhadap keperluan asas rakyat Selangor. Selain itu, diwar-warkan juga tentang pemberian wang khairat kematian sebanyak RM2500 dan juga wang saguhati kelahiran sebanyak RM100 bagi setiap bayi yang baru lahir di Selangor. Semua kenyataan Khalid ini disambut dengan laungan Takbir oleh puluhan penyokong Pakatan dikawasan ceramah tersebut. Dalam tak sedar, semua penyokong Pakatan di Felda Jengka 22 ini telah dibohong hidup-hidup oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Mungkin dia ingat Felda ini jauh dari Selangor, maka semua penduduknya tak tahu apa yang sebenarnya berlaku di negeri tersebut. Satu negara sudah mengetahui betapa tak cekapnya Khalid mentadbir negeri. Selain dari isu penyelewengan pasir, pelbagai lagi isu kelemahan pentadbiran juga sedang menghantui kerajaan negeri Pakatan di Selangor. Khalid dengan sewenang-wenangnya menyalahkan pentadbiran kerajaan BN terdahulu diatas semua isu tersebut. Tapi semakin dia menafikan, semakin terdedah kebenaran siapa sebenarnya yang menghuru-harakan negeri yang paling kaya di Malaysia itu. Khalid mungkin boleh membohongi para penyokong Pakatan yang berada di Felda ini, tetapi pembohongan Khalid pasti tak akan bertahan lama kerana rakyat Selangor sebenarnya sudah tak sabar menunggu Pilihanraya Umum bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan. Rakyat Selangor pastinya lebih arif untuk menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata yang asli. Dan pastinya Khalid Ibrahim serta Pakatan bukanlah tergolong didalam kategori permata. Malah, nak dikatakan kaca pun mereka tak layak sebenarnya. |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan