Khamis, 1 Disember 2016

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Ucapan Dasar Presiden Umno: Teks Penuh Ucapan Najib Tun Razak

Posted: 30 Nov 2016 10:21 PM PST

MUKADIMAH Alhamdulillahi, Alhamdulillahi Rabbil A'lamin wa biHi nastain. 1. Dimulai kalam, dengan mengangkat setinggi-tinggi pujian bahawa, Dialah Tuhan Yang Maha Kaya, Dialah Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Dialah Tuhan Yang Paling Tahu segalanya. 2. Berbekalkan sifat Rahman dan RahimNya, pada … Continue reading

Rabu, 30 November 2016

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO – Destini Bangsa

Posted: 29 Nov 2016 10:06 PM PST

Alhamdulillah, berkat rahmat dan keizinan Allah SWT, kita sekali lagi diberikan kesempatan untuk berhimpun atas nama parti keramat UMNO, bagi mewakili generasi muda dan bagi meneruskan kesinambungan perjuangan. 2. Namun, sebelum saya memulakan bicara, saya ingin membawa perhatian saudara-saudara semua … Continue reading

Rabu, 10 Ogos 2016

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN SETAPAK JAYA 1A

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN SETAPAK JAYA 1A


JEMPUTAN BACAAN YAASIIN DAN TAHLIL MERDEKA DAN PERASMIAN “CHARITY MERDEKA CAR BOTH SALE” PERUMAHAN AWAM SETAPAK JAYA 1A

Posted: 10 Aug 2016 12:18 AM PDT



JEMPUTAN BACAAN YAASIIN DAN TAHLIL MERDEKA

Tarikh               :           30 Ogos 2016 (Selasa)                        
Masa               :           7.30 malam                                         
Tempat            :           Surau Addiniah Perumahan Awam Setapak Jaya 1A           

                       


PERASMIAN "CHARITY MERDEKA CAR BOTH SALE"     

Tarikh               :           31 Ogos 2016
Masa               :           8.30 Pagi
Tempat            :           Dataran Permainan Perumahan Awam Setapak Jaya 1A



Rabu, 27 April 2016

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Manifesto BN Sarawak Bagi PRN 11

Posted: 26 Apr 2016 07:58 PM PDT

Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini melancarkan manifesto 15 perkara yang berpaksikan rakyat bagi pilihan raya negeri ke-11. Manifesto dengan tema ‘Beri Peluang Kepada TeamAdenan’ dilancarkan oleh Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di ibu pejabat PBB, di sini … Continue reading

Jumaat, 4 Mac 2016

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Puteri UMNO Bersama Presiden Parti @NajibRazak #RespectMYPM

Posted: 04 Mar 2016 05:46 AM PST

1. Pergerakan Puteri UMNO Malaysia melihat Deklarasi Rakyat yang berlangsung petang tadi merupakan tindakan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Lim Kit Siang yang bersifat terdesak serta mementingkan diri tanpa melihat kesan yang mendalam terhadap pentadbiran negara.

2. Jujur, kami terkesan dengan tindakan ini. Tindakan bekas pemimpin tertinggi UMNO yang pada kami seumpama membakar lagi api perselisihan yang kini tidak surut dalam kalangan ahli UMNO. Lebih mengecewakan, apabila tindakan ini dijalankan bersama sama dengan pimpinan parti pembangkang yang kita sedia tahu tujuan mereka cumalah satu, meranapkan kepimpinan sedia ada agar mereka dapat berkuasa.

3. Janggal tatkala melihat yang dahulunya disanjung, yang seharusnya memberi pengajaran terbaik kepada orang muda dalam parti, mengambil langkah drastik bersama musuh musuh politik. Dan terlalu asing buat kami melihat mereka yang dulunya menentang, kini menjulang. Kita perlukan perubahan, yang pasti memerlukan pengorbanan, tapi bukan prinsip yang digadaikan.  Buat ahli UMNO, bersatulah. Ini masa kita memperlihatkan semangat juang.

4. Sebagai sayap yang paling bongsu, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada YAB Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang dibantu teguh oleh YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, selaras dgn prinsip kesetiaan dan ketaatan sebuah sayap kepada organisasi induk dengan mengenepikan kepentingan individu dan kumpulan serpihan.

5. Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang mewakili suara orang muda ingin melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan gangguan demi gangguan terhadap pentadbiran YAB Dato Sri Najib Tun Razak yang dipilih secara demokrasi, walhal sepatutnya tumpuan diberikan terhadap pemulihan sosioekonomi rakyat di saat kegawatan ekonomi yang sedang melanda dunia.

6. Kami melahirkan rasa bimbang dan khuatir dalam melihat pertelingkahan yang tidak berkesudahan ini bakal merugikan negara dan rakyat tanpa pemenang sebenar bak kata pepatah "Menang jadi arang kalah jadi abu". Pergerakan Puteri UMNO Malaysia sangat yakin dan percaya kepada proses demokrasi yang tidak pernah tertangguh di negara kita dan apabila sampai masa ketikanya, mandat akan dikembalikan kepada rakyat untuk memilih.

Salam hormat.

YB Datuk Hajjah Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Rabu, 24 Februari 2016

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


UMNO Selangor Mahu Siasatan Dibuat Terhadap Papan Tanda #BebasAnwar

Posted: 23 Feb 2016 07:25 AM PST

PETALING JAYA, 22 Feb – UMNO Selangor telah meminta pihak berkuasa menyiasat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kerana membenarkan papan tanda #BebasAnwar dipamerkan di beberapa kawasan di negeri itu.
Ketua Penerangan UMNO Selangor Datuk Zein Isma Ismail berkata kandungan papan tanda yang dipamerkan itu dianggap mencabar keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Semua tahu yang dia (Anwar) ditahan kerana salah lakunya terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan dan bukannya dia tahanan politik.
billboard anwar di selangor"Bagaimana PBT Selangor boleh luluskan? Ini serius dan apa yang lebih teruk papan tanda itu turut mempamerkan logo PKR," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, di sini hari ini.
Katanya, papan tanda dengan gambar bekas ketua pembangkang itu serta tulisan "Bebas Rakyat, Bebas Anwar" itu dipamerkan di beberapa kawasan di Selangor antaranya di Ampang Jaya, Kepong dan Rawang.
Zein Isma yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang mahu polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta beberapa agensi lain segera menyiasat perkara ini.
"Tindakan mereka (kerajaan Selangor) ini tidak boleh diterima, ini menunjukkan terdapat penggunaan wang rakyat telah disalah guna kerajaan negeri," katanya.
Selain itu, Zein Isma berkata tindakan kerajaan negeri yang menggunakan akhbar Selangorkini untuk tujuan politik juga dianggap tidak patut.
"Mereka (kerajaan negeri) gunakan akhbar Selangorkini untuk mempromosikan politik mereka dan kandungan akhbar ini telah disalah guna.
"Akhbar Selangorkini diletakkan di surau dan masjid khususnya pada hari Jumaat, jika orang ramai membaca terutama orang muda ia jelas akan mengelirukan mereka," katanya.
Terdahulu, beliau bersama-sama lebih 20 anggota UMNO membuat laporan polis di IPD Sungai Buloh berhubung dua isu berkenaan.

Isnin, 22 Februari 2016

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


‘Banyakkan Kawan Daripada Musuh’ – Rahsia Survival 40 tahun Najib Dalam Dunia Politik

Posted: 21 Feb 2016 11:45 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memegang satu prinsip utama sepanjang  40 tahun penglibatannya dalam dunia politik iaitu memperbanyakkan kawan daripada memperbanyakkan  lawan atau musuh.
Menurut beliau, prinsip itu dipegang teguh dan diamalkan oleh beliau  sepanjang terlibat dalam dunia politik bermula di usia seawal 22 tahun, di mana beliau telah menang tanpa bertanding sebagai Ahli Parlimen Pekan, menggantikan Allayarham Tun Abdul Razak pada tahun 1976.
"Saya berjaya dalam politik sehingga ke hari ini atas sebab apa? Sebab saya pegang pada satu prinsip iaitu banyakkan kawan daripada musuh. Sepertimana di dalam dewan ini yang dipenuhi oleh semua rakan-rakan seperjuangan yang setia bersama dengan saya, biarpun pelbagai cabaran yang melanda dan dalam keadaan paling cemas, tuan-tuan dan saudara-saudara masih bersama saya.
PEKAN, 21 Feb -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada majlis Solat Hajat dan Tahlil di Masjid Sultan Ahmad Shah malam ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Majlis diadakan sempena 40 tahun Perdana Menteri dalam arena politik. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA?
"Alhamdulillah, saya dan isteri  tersentuh hati dengan kesudian rakan-rakan seperjuangan yang  setia memberi sokongan selama ini dapat duduk bersama di dalam majlis bersempena 40 tahun penglibatan saya dalam dunia politik ini.
"Saya tetap kenang budi baik dan persahabatan tuan-tuan dan insyaAllah saya akan bantu setakat mana yang mampu saya bantu. Saya tak mungkin mampu nak bagi kontrak pada tiap seorang, namun InsyaAllah kalau saya boleh bantu, saya akan bantu," kata beliau ketika berucap di Majlis Bersempena 40 Tahun Penglibatan Najib Dalam Politik di Dewan Tun Razak II di sini hari ini.
Bagaimanapun kata beliau, ini tidaklah bermakna bahawa sokongan dan kesetiaan  yang diberikan selama ini hanya secara membuta tuli atau tanpa ada teguran.
"Dan kita tidak seharusnya mengamalkan sikap sedemkian Tetapi kalau kita mahu menegur, tegurlah  dengan bertempat dan dengan caranya. Jangan tegur dengan cara yang  merosakkan parti. Sudahlah kita ada musuh di luar, jangan pulak ada musuh dalam selimut.
"Dato Khalid Yunus dalam ucapannya berkata saya adalah seorang  penyabar.  Tapi saya nak beritahu sabar saya ada hadnya. Jangan fikir boleh berbuat sesuka hati. Jangan fikir saya tidak akan bertindak kalau melampaaui batas. Tapi bila saya bertindak, ia mestilah berdasarkan fakta demi untuk  kepentingan parti dan kerajaan," tegasnya.
Beliau turut menyeru rakan-rakan seperjuangannya di dalam parti agar terus mempertahankan dan memperjuangkan perjuangan parti UMNO dalam apa saja kapasiti.
"Saya tahu tuan-tuan tak kaya. Saya sudah pergi rumah tuan-tuan. Tetapi saya masih ingat sepanjang perjuangan kita,  tuan-tuan tak pernah minta apa pun pada saya. Masa itu, apabila dipanggil saja semua datang. Apabila ada pilihanraya semua turun. Tak minta apa pun tapi semua datang. Kerana apa? Kerana itulah nilai perjuangan, kesetiaan dan persahabatan kita yang kukuh.
"Teruskan perjuangan di atas apa juga kapasiti yang ada pada kita. Tak semestinya kita ini Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian atau YB, selagi masih ada nafas maka selagi itulah kita mesti tegakkan perjuangan demi Islam, bangsa dan negara ini melalui UMNO, kerana tanpa UMNO kelamlah masa depan Islam, Melayu dan negara kita. Tidak ada apa yang kita tidak boleh lakukan sekiranya kita bersatu, dan jika berpecah belah, kita akan lemah dan jatuh.
"Saya nak berpesan pada tuan-tuan, setelah layar dikembangkan, setelah sauh diangkat, berpantang maut sebelum ajal berbalik haluan. Kita akan terus berjuang atas nama Islam, Bangsa dan Tanahair," akhiri beliau.

Selasa, 29 September 2015

Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Catatan Di Belakang Tirai Besi

Posted: 28 Sep 2015 10:59 PM PDT

Selasa, 22 September 2015

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


CINA DAP BIADAP & RACIS DI TESCO KEPONG

Posted: 22 Sep 2015 11:00 PM PDT


Puak puak ni makin rasa besar kepala sekarang ni. Belum jadi kerajaan lagi dah tunjuk betapa racisnya mereka ini terhadap kaum lain. Terang terangan mengaku yang dia seorang yang Racis. 

Inilah berkat asuhan pemimpin DAP terhadap pengikut mereka. Adakah DAP ini contoh yang baik yang patut kita angkat sebagai pemimpin? Tepuk dada tanya selera. 

Cerita selanjutnya di SINI





Rabu, 9 September 2015

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Berikutan Lebih 6 Laporan Polis Ketua Pemuda Wilayah Bakal disiasat di bawah Akta Hasutan? #IniBaruPemuda

Posted: 09 Sep 2015 02:13 AM PDT



Pembangkang Semakin Ketakutan Menjelang Tarikh 16 September 2015
Pembangkang semakin hari semakin kian dihimpit ketakutan apabila orang-orang Melayu semakin berani bersuara mempertahankan hak di bumi bertuah ini.
Hari ini apabila kita bercakap mengenai hak Melayu, kita akan dituduh sebagai perkauman dan menghasut. Jika orang Cina DAP bercakap mengenai isu yang serupa, mereka seolah-olah kebal dan terhindar daripada undang-undang.
Saya telah dipanggil oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman hari ini untuk membantu siasatan berhubung laporan Polis yang dibuat terhadap saya.
Lebih 6 laporan Polis dibuat terhadap saya berdasarkan berita yang dikeluarkan oleh portal Malaysiakini & Malaysia Gazette berkaitan himpunan 16 September ini.
Pihak PDRM menegaskan akan menyiasat saya dibawah akta hasutan kerana dikatakan menghasut orang-orang Melayu untuk turun beramai-ramai pada 16 September ini.


Namun perlu saya tegaskan di sini bahawa saya bukan penganjur ataupun jawatankuasa dan saya tidak tahu siapa dan apa yang ingin direncanakan pada himpunan 16 September 2015
Apa yang saya tahu adalah maklumat himpunan ini disebarkan melalui aplikasi WhatsApp & Facebook.
Namun ingin saya maklumkan kepada semua bahawa saya bersama rakan-rakan akan turut serta pada himpunan 16 September ini bagi menunjukkan kesetiaan kita sebagai rakyat tetap dan masih terus utuh bersama kerajaan.
Saya percaya demokrasi perlu didokong dengan sepenuhnya. Jika BERSIH memilih untuk turun ke jalanan bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka tetapi kita juga akan turun ke jalanan bagi menunjukkan rakyat masih sokong kerajaan.
Untuk perhatian penganjur Bersih 4.0, saya orang Melayu dan sebagai rakyat Malaysia telah beri kerjasama penuh kepada pihak PDRM. Mengapa anda masih belum berbuat demikian?
Ini tanah tumpahnya darahku !!

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

9 September 2015

SP: Jangan lupa saksikan rancangan SOAL JAWAB malam ini di TV3 bersama Ketua Pemuda Wilayah mengupas isu Bersih 4.0.


Ahad, 6 September 2015

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Tahniah Pemuda UMNO WP!!! #WilayahkuCeria #IniBaruPemuda

Posted: 06 Sep 2015 03:34 AM PDT





Melalui mesyuarat-mesyuarat cawangan Pemuda UMNO di seluruh Wilayah Persekutuan, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) menerima dan mengangkat usul mewujudkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di sini untuk dibawa ke peringkat seterusnya.
Alhamdulillah dengan pengumuman yang dibuat oleh YB Dato' Seri Ismail Sabri semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Labuan hari ini, ianya umpama menjadi satu detik manis dan terindah dalam perjuangan seluruh ahli PPUWP.
Mewakili PPUWP saya mengucapkan tahniah dan syabas buat sahabat-sahabat yang mengusulkan cadangan ini di peringkat cawangan.
Mungkin kewujudan MRSM ini bukan untuk kita (Pemuda) tetapi ianya mungkin untuk kegunaan anak-anak, saudara mara dan barangkali untuk adik-adik kita suatu hari nanti.
Inilah perjuangan yang boleh dibanggakan oleh sekalian ahli-ahli Pemuda UMNO di Wilayah Persekutuan demi kepentingan anak bangsa. Maka diharapkan semangat perjuangan ini terus dikekalkan oleh ahli-ahli Pemuda UMNO Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk masa depan generasi akan datang.
Mewakili PPUWP, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Seri Ismail Sabry kerana meluluskan permohonan kami dan mendengar suara hati anak-anak Wilayah Persekutuan.

MOHD RAZLAN RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

6 September 2015


SP: Tahniah Pemuda UMNO WP. 1 lagi usaha yang murni demi masa depan anak anak bangsa.

Jumaat, 28 Ogos 2015

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Ketua Pemuda MCA Sokong Bersih 4.0? #sehatisejiwa

Posted: 28 Aug 2015 01:30 AM PDT

KENYATAAN PEMUDA MCA
MCA sebagai salah satu parti komponen di dalam Barisan Nasional sewajarnya senada dengan kerajaan BN berkaitan sesuatu isu. Tetapi apa yang kita lihat kebelakangan ini Pemuda MCA dilihat lebih gemar menongkah arus.

Terbaru isu BERSIH 4.0. Sepatutnya Pemuda MCA menunjukkan yang mereka senada dengan Kerajaan menolak Perhimpunan Bersih 4.0 tetapi kenyataan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon yang disiarkan di Malaysikini jelas menunjukkan yang beliau tidak sensitif dan bertindak melulu.

Menurut Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Sdr. Mohd. Razlan Rafii, Ketua Pemuda MCA ini seharusnya lebih sensitif dalam isu ini. Bersih 4.0 adalah agenda politik DAP dan Pembangkang dan seandainya beliau ingin seiya sekata dengan pembangkang janganlah jadi seperti gunting dalam lipatan.

Baca kenyataan balas Ketua Pemuda Wp di SINII







Khamis, 20 Ogos 2015

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Adun #DAPig Dedahkan Azmin Ali Berbohong Pasal Isu RM7.65 Bilion #AzminDEIG #SEHATISEJIWA

Posted: 20 Aug 2015 02:30 AM PDT







Adun DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu mendedahkan pembohongan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali. 

Azmin ketika menggulung usul penyata mengenai syarikat pelaburan strategik, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menjelaskan lima ahli Lembaga Pengarah syarikat itu iaitu Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO). Kata Azmin, adun-adun ketika membahaskan usul tersebut cuba bermain dengan sentimen 'check and balance' dengan memberi gambaran ahli Lembaga Pengarah hanya tiga orang sahaja iaitu Menteri Besar, CEO dan COO. "Jadi saya harap dalam keghairahan kita untuk mendapatkan penjelasan ini, kita juga harus berlaku adil dalam pembentangan," kata Azmin. 

Bagaimanapun, Bee Yin bangkit mencelah meminta penjelasan kerana kedudukan hanya tiga ahli Lembaga Pengarah di dalam DEIG itu diakui sendiri oleh pengurusan tertinggi Menteri Besar Incorporated (MBI) selaku badan yang bertanggungjawab ke atas DEIG. "Apa yang dikatakan memang betul tetapi apa yang kita (jawatankuasa) tulis di sana (penyata), jawatankuasa memandang serius pelantikan tiga orang Lembaga Pengarah DEIG adalah perakuan daripada MBI bahawa tiga orang sahaja sebagai ahli Lembaga Pengarah masa dalam pendengaran tertutup. "Apa yang kita (jawatankuasa) tulis di sana jawapan MBI," tegasnya. 

Azmin yang terkejut dengan tindakan Bee Yin itu hanya mampu menafikan dan berjanji akan menyemak semula maklumat tersebut. "Saya akan semak keterangan yang diberikan dalam jawatankuasa berkenaan tetapi dari segi logiknya tidak mungkin CEO dan COO tampil memberikan keterangan sedemikian," kata Azmin. 

Ahli Dewan Undangan Bukit Antarabangsa itu kemudiannya beralih kepada isu yang dibangkitkan Adun DAP-Kampung Tunku, Lau Weng San yang mengatakan DEIG sebenarnya telah memulakan operasinya. Kata Azmin, kenyataan yang dibuat Weng San hanya berdasarkan maklumat DEIG telah memanggil RFI (request for information) dan RFP (request for proposal). 

Jelasnya, RFI dan RFP yang dipanggil itu bukan oleh DEIG sebaliknya ia dipanggil oleh MBI berdasarkan aset-aset MBI kerana DEIG hanya akan beroperasi pada awal 2016. Bee Yin sekali bangun mencelah mempersoalkan kenyataan Menteri Besar itu. Kata Bee Yin, bagaimana sebuah syarikat yang belum beroperasi boleh mengeluarkan iklan memanggil RFI dan RFP. "Request for information pada iklan di The Edge di bawah nama DEIG dan bukan MBI, boleh jelaskan?," soal Bee Yin. 

"Saya hendak jelaskan aset-aset yang dipanggil untuk RFI dan RFP ini adalah aset MBI," jawab Azmin. "Tetapi iklan itu di bawah nama Darul Ehsan Investment Group," tegas Bee Yin. Weng San yang membangkitkan perkara itu ketika berbahas bangun untuk memohon pencerahan tetapi Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh tidak membenarkan dan meminta Azmin menghabiskan penggulungan.


Sumber : Blog REZQEENHILL


Jumaat, 22 Mei 2015

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Teks ucapan perdana menteri bentang RMK11

Posted: 21 May 2015 06:51 PM PDT

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Alhamdulillahi Rabbil A'lamin, wa bihi Nastai'n Selawat dan Salam kepada Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW, suri tauladan sepanjang zaman. Tuan Yang Dipertua, Saya dengan penuh ta'zim berdiri dalam Dewan yang … Continue reading

Isnin, 4 Mei 2015

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Pengendali Laman FMC "YANA" Tiada Kaitan Dengan Puteri UMNO - Ketua Puteri UMNO Malaysia

Posted: 04 May 2015 03:21 AM PDT

Pengendali laman FMC tidak ada kaitan dengan Puteri UMNO

Pergerakan Puteri UMNO menafikan pengendali laman Familia Myvi Club (FMC) yang dikenali dengan panggilan Yana mempunyai kaitan dengan sayap parti berkenaan.

Bagaimanapun, saya meminta pihak berkuasa berkenaan menyiasat segera siapa sebenarnya dalang di belakang laman berkenaan yang memburuk-burukkan nama Puteri UMNO sekali gus cuba menyembunyikan perbuatan jahat mereka di bawah nama parti.

Saya sudah merujuk nama pengendali laman berkenaan dan mendapati tidak mempunyai rekod di dalam senarai ahli Puteri UMNO Gombak seperti yang didakwa.

Malah, wajah yang dipaparkan yang mendakwa pengendali laman itu turut tidak dicam ahli pergerakan Puteri UMNO Gombak sendiri.

Saya memberi amaran kepada mana-mana ahli FMC yang terlibat di dalam insiden Sabtu lepas untuk segera tampil dan memberi kerjasama demi menyelesaikan isu ini segera.

Beberapa dakwaan yang mengatakan mereka dilindungi 'orang dalam' juga seharusnya disiasat selain diambil tindakan sewajarnya.

Saya melihat tindakan sebegini lebih kepada usaha menyelamatkan diri dan tidak cuba memberi kerjasama untuk membantu polis dalam siasatan, tindakan sebegini hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Puteri UMNO juga tidak akan berkompromi dalam isu ini selain mahukan pembelaan adil terhadap keluarga mangsa.

Jelas, kemalangan yang berlaku Sabtu lepas merupakan kejadian yang menyayat hati sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi yang menjadikan rakyat negara ini tuding-menuding dan meletakkan kesalahan kepada pelbagai pihak tanpa pengesahan pihak berkuasa.

Apa yang pasti, dua kanak-kanak kecil sudah menjadi yatim piatu kerana kehilangan ibu bapa dan perlu dibela serta diberi kasih sayang sehingga dewasa.

Saya melawat kanak-kanak ini selepas mendapat tahu situasi yang menimpa mereka. Pergerakan Puteri juga melahirkan rasa simpati dengan kejadian yang menimpa dan meminta pembelaan sewajarnya diberikan kepada kedua anak kecil ini.

Nur Firuza Amira, 7 dan adiknya Nur Firuza Aqila,4, menjadi yatim piatu selepas ibu bapa dan adik mereka terlibat dalam kemalangan tersebut.

Saya turut merasa pilu dan sangat sedih apabila melawat mereka dan mendengar sendiri rintihan Nur Firuza yang mahu pihak berkuasa menangkap individu yang melanggar ayah mereka.

Mangsa, Fairuz Nizam Husain,35, yang memandu Pajero Sport disahkan maut di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri Azhari,27, dan bayinya, Nur Firuza Annisa yang turut tercampak ke jalan raya dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berdasarkan maklumat yang menjadi viral di laman sosial, kemalangan dipercayai berpunca daripada enam kereta Perodua Myvi yang sedang berlumba sebelum dua daripadanya bergesel dan merempuh sehingga terbalik Pajero Sport yang dinaiki mangsa.

Bagaimanapun dakwaan itu masih dalam siasatan pihak polis.

Saya berharap, isu pengendali laman FMC yang mendakwa merupakan ahli Puteri UMNO sudah diterangkan dan dapat dihentikan segera.

YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Puteri UMNO
Ahli Parlimen Masjid Tanah

4 Mei 2015

Pengikut